Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Holiday @ Langkawi Day 3

Hari ke-3 kami dah prepare ngan macam2 aktiviti sepanjang hari...

Kali ni kami join ngan sorang member en hubby..

Lepas breakfast kat hotel (makan kat Aseania tak sedaplah..).. kami naik kereta yang disediakan oleh agen pelancongan untuk ke jeti.. kami ambik pakej Island Hopping iaitu pakej ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Helang.. Pakej ni kami ambik coz kebetulan agen tu buka kaunter kat hotel.. so, malas nak cari agen lain.. ambik jerk pakej yg ada.. dewasa RM25 kanak2 RM20 (mahal.. kalau agen lain bleh dapat RM15)..

bergambar kenangan di jeti.. ramai siot yg dah nunggu nak naik bot..


best sangat2 naik bot.. lajus... angin kuat.. air sejuk.. terpejam2 mata Fateh sampai nak tido..

destinasi pertama.. Pulau Dayang Bunting.. masa diberi 1 jam untuk menjelajah Pulau Dayang Bunting.. agak mencabar perjalanan utk ke tasik dayang bunting.. kunjungan kami di sambut mesra oleh penduduk tetap di situ..

inilah penduduk tetap kat situ.. sentiasa menyambut dengan tangan terbuka nak sentap bungkusan2 plastik yg di bawa.. hati2 ok!


inilah tasik dayang bunting.. jenuh jugak nak sampai sini.. kena naik turun tangga.. dah macam treasure hunt pulaks.. ramai yg mandi manda kat situ.. aku tak sanggup.. dahlah panas terik.. Amiera nak lepaskan gian.. dapat basahkan kaki pun ok lah..

sebelum naik bot semula.. posing2 dulu.. wajib!

pemandangan di sekitar pulau2.. Subhanallah.. sungguh cantik! menakjubkan..

destinasi ke-2.. pulau Helang (aku yg bagi nama.. hehhehe).. kat sini banyak helang2 berterbangan dan mencari makanan.. banyak bot2 yang datang campak makanan kat laut.. sebab tu helang suka datang sini.. kami just perhati dari bot saja.. melihat gelagat helang mencari makanan..

destinasi terakhir adalah Pulau Beras Basah.. tapi tak nampak lah pulaks beras basahnya.. masa diberikan juga 1 jam.. dan kat sini Amiera nak sangat mandi manda.. nasib baik aku dah bawak baju budak2 ni siap2.. walaupun panas terik.. diorang sanggup.. tapi kat sini leceh sebab takde toilet disediakan.. so, pandai2 lah korang nak tukar2 baju yer..

kenangan Island Hopping.. diorang snap2 gambar kami masa kat jeti.. sekeping piring plastik ni harganya RM10.. kalau aku tau.. baik kami bergambar berempat.. jimat sket.. berkerut2 dahi aku menahan panas..

Lepas habis round ke pulau2.. kami balik ke hotel.. bersihkan diri.. pastu keluar semula untuk aktiviti seterusnya.. kami sewa satu kereta.. dapat kereta saga jerk sebab byk kereta sewa dah sold out.. huhuhuhu..

Nasib baik kawan en hubby mahir sket tentang selok belok di Langkawi.. senang nak cari kedai makan dan jalan2.. Mula2 kami lunch dulu kat kedai makan di Padang Matsirat.. pastu kami meneruskan perjalanan ke Beras Terbakar.. kat situ shopPINK kain batik.. mak aku dah pesan siap2..

kesan sejarah.. disinilah tapak beras di bakar utk mengelakkan beras di rampas oleh Siam.. banyak sungguh duit syiling.. nak buat apa ntah diorang lemparkan syiling tu.. jangan khurafat ok!

kat sini banyak gerai2 jualan... murah ke tak murah kain batiknya.. aku rasa sama jerk harganya kat mana2 pun kat Langkawi ni.. bila dah banyak2 tu aku jadi tak reti nak pilih.. corak pun lebih kurang jerk..


Kemudian kami ke Pekan Kuah coz wife kawan en hubby tak sabar2 nak shopPINK kat Ismail Group.. kami follow jerk..

Yang paling best masa shopPINK kat pekan Kuah.. coklat Daim sold out ko.. jenuh kami pi cari merata tempat.. dari Ismail Group ke kedai2 berhampiran.. pergi ke Idaman Suri.. pun habis.. then jumpa kat satu kedai ni.. harga memang tak hengat melambung tingginya.. nasib baik aku langsung takde perancangan nak beli coklat Daim.. lagipun bukannya favourite aku.. aku cuma beli coklat peberet aku jerk.. pastu kami pergi ke Jeti.. pun habis..

Kaki pun dah sakit2.. kami balik ke hotel.. bonet dah penuh ngan barang2 (nak tau apa yg aku shopPINK?? tgg n3 seterusnya ya..)..

Malamnya ingat nak kuar jalan2 cari makan.. tapi Amiera tak larat.. so, aku pun decide.. biar aku ngan anak2 stay kat hotel.. en hubby tapaukan makanan utk kami.. sambil menunggu en hubby pulang.. bolehlah aku kemas2 utk balik esok harinya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah