Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Holiday @ Langkawi Last Day : Mahsuri

Lepas check-out,  kami meneruskan perjalanan semula ke daratan.. singgah makan tengahari dulu pastu singgah sat ke kedai Gamat.. aku cuma beli bam gamat jerk utk buat stok sebab aku suke..


sana.. sana.. tak sabar2 nak tarik beg sendiri..

  
sambil tunggu kawan en hubby yg tertidur.. huhuhu...


Kemudian kami singgah Makam Mahsuri.. dah lama aku tak pergi sini.. kalau tak silap aku 10 tahun yg lalu aku pergi.. sekarang ni dah banyak berbeza.. dah lebih cantik..



tempat persinggahan sebelum ke makam Mahsuri..  macam2 ada.. tiket nak masuk dewasa RM5.. RM2.50 utk kanak-kanak 7 - 9 tahun.. bawah 7 tahun RM1 sajork..

ada deretan kedai.. ada laluan yg panjang sebelum sampai ke makam..

sejarah.. tinggal kenangan.. Al-Fatihah..

 ada mini zoo di perkarangan luar rumah Mahsuri..

 Amiera di depan rumah Mahsuri..

kenangan di rumah Mahsuri.. comel jerk rumah ni.. lantai kayu rumah ngeri jerk.. takut jatuh! 

perigi Mahsuri.. banyak sungguh air perigi ni.. siap orang minum lagi.. erkkkk... tak lalu aku.. hope pengunjung jangan terlalu taksub.. 

awat gambar ni Fateh nampak kurus eh.. (memang dia kurus pun).. ngeeeeeeeeee...
 
di kediaman Datuk Pekerma Jaya (abang ipar Mahsuri) 

macam Muzium pun ada..



Kemudian kami ke Muzium Mahsuri.. bergambar adalah tidak dibenarkan ya.. dalam Muzium ni ada gambar2 dan cerita2 Mahsuri serta salasilah keturunan beliau.. dan keturunan ke-7 kalau tak silap aku.. Wan Aisyah.. Amiera seronok membaca kisah2 yg dipaparkan.. ada juga dijual buku kisah2 Mahsuri dan minyak wangi Mahsuri.. RM18 sebotol.. aku tak beli pun.. bau dia oklah..

Memandangkan masa masih awal.. kami jalan2 dulu ke Langkawi Parade.. sempat lagi kami tengok wayang cerita Journey 2.. sesuai utk anak2.. walaupun terlewat setengah jam.. tapi bolehlah mengisi masa lapang kami.. kali ni Fateh agak boleh dikawal.. mungkin cerita tu menarik perhatian dia..


best gaks cerita ni.. budak2 lagi suka..

Bila dah tak tau nak pi mana.. kami ke airport.. pulangkan kereta sewa.. dan terus check-in flight.. sambil menunggu masa untuk berlepas kami berehat di restoran berdekatan..

kat sini Fateh dah tak duduk diam.. berlari2.. 

dah nak balik.. Fateh meragam.. last2 dah nak sampai tertidur jugaks.. baru lega.. asyik dapat sit akhir jerk.. mencik tul..

hampir sampai kat LCCT.. flight delay 5 minit sebab jem kat LCCT..

Berakhirlah percutian kali ni.. pengalaman yg tak dapat dilupakan.. sungguh seronok..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah