Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Nyamuk Aedes mengganas..

Since sebelum CNY lagi boleh dikatakan hampir hari2 aktiviti fogging dijalankan di kawasan perumahan aku..

Dan hari ni aku tertarik nak wat n3 pasal demam denggi kerana semalam aku telah dimaklumkan oleh en hubby melalui jiran2 sebangunan.. satu kes kematian telah berlaku akibat demam denggi di blok aku.. sebelum CNY.. juga telah berlaku satu kes kematian di blok sebelah.. ini sangat membimbangkan..

kredit to http://sgtv-mommies-club.blogspot.com
kalau uols pi blog ni.. ada info mengenai fogging..


Aktiviti fogging ni diorang selalu buat pukul 6 petang ke atas.. dan kadang2 sampai ke maghrib.. dan selalunya waktu2 ni kaum2 ibu sangat sibuk nak uruskan rumah.. bertung-tang dengan lesung.. aku selalu dengar.. masing2 sibuk nak memasak..


Semalam.. wakil fogging ketuk rumah aku utk sembur rumah aku.. tapi aku buat tak layan jerk.. bukannya apa.. time tu Fateh tengah tidur dan kami tengah ngadap makanan.. pastu diaorang selitkan risalah kat bawah pintu.. antara kandungan risalah tu.. menyatakan.. aktiviti fogging tidak dapat dilaksanakan kerana kami TIADA di rumah... hehhehehhee.. dan disamping tu jugaks diorang ajar cara2 utk sembur rumah menggunakan aerosol..

Disebabkan risau.. aku sembur semua bilik kecuali ruang tamu... so, far sebelum ni tak pernah lagi jumpa nyamuk aedes.. nyamuk biasa tu adalah.. tapi sejak dua tiga hari ni memang dah takde.. itu pun sebab aku tutup tingkap bilik.. kalau tak tu mesti ada sekor dua yang cari darah..

Walaupun nyamuk aedes ni kecik.. tapi gigitannya boleh membawa maut... aku risaukan orang2 tersayang di sekeliling aku.. risaukan anak aku di taska yg bersebelahan dengan blok aku.. risaukan anak aku yg bersekolah berhampiran dengan kawasan rumah aku.. risau cukup risau..beware!! jangan biarkan anak2 atau orang2 tersayang kita berada di luar rumah menjelang maghrib dan sesudah subuh..

Tanda Serangan Denggi - artikel dari http://pmr.penerangan.gov.my/
  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit Perut
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

Tempat Pembiakan

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
  • Di dalam rumah
    Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
    Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
    Perangkap semut.
  • Di luar rumah
    Di dalam tayar buruk.
    Saluran air hujan.
    Tin-tin kosong atau botol.
    Bata bangunan atau kawasan pembinaan
    Cawan getah
    Lubang pokok
    Tunggul buluh
    Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

Apa yang aku perhatikan.. walaupun aktiviti fogging sentiasa dijalankan... tapi masih tetap ada kes2 demam denggi.. pada aku.. aktiviti fogging ni cuma salah satu cara pencegahan.. tapi yang paling utama adalah mencari punca di mana nyamuk2 aedes ni membiak.. selain memastikan rumah sendiri bersih dari pembiakan nyamuk aedes.. Jawatankuasa blok juga perlu bertindak dengan menjemput orang ramai mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar.. apa yg aku nampak.. antara blok aku dan blok sebelah.. ada satu lorong berlurah yang semak samun.. dan tak mustahil menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.. selain tu jugaks.. aku ada nampak di belakang blok sebelah blok aku... bila time hujan.. ada akan satu takungan air yg besar macam kolam.. dipenuhi semak samun.. dan tak mustahil juga salah satu tempat pembiakan nyamuk aedes.. usaha pembersihan perlu melibatkan pelbagai agensi kerajaan selain orang awam..

Panjang lebar aku berceloteh.. tapi sampai ke maklumat ni?? ke mana harus aku salurkan?? tapi aku rasa... isu kebersihan ni sepatutnya sedia maklum oleh jiran2 seblok aku.. takkan tu pun aku nak pi habaq kat AJK.. aku harap sangat pihak yg berkaitan dapat menangani wabak denggi yg semakin mengganas.. jangan sampai kena batang hidung sendiri baru sibuk nak prung prang sana sini..

Cuti panjang beberapa hari ni.. apalah salahnya diadakan gotong royong tergempar ke kan... usaha murni ni sangat2 aku hargai... tapi kami tak dapat join lor... huhuhuhuuhuuu... dush.. dush.. dush kat diri sendiri.. bukan tak nak join ok!! tapi esok kami semua akan berlepas melalui udara dan mendarat di sebuah pulau.. hehehhehehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah