Pekena Nasi Arab @ Saba

Baru2 ni my SIL datang Putrajaya..

So, my en hubby berbesar hati nak belanja kami makan.. aku proposed ler makan Nasi Arab.. asyik dok dengar cerita2 orang jerk kan.. nak lah jugak rasa sendiri kan..

Lepas maghrib bergegas ke Cyberjaya.. dah lah first time nak makan.. jenuhlah cari kedai Saba.. kalau ikutkan Cyberjaya tu idaklah besar mana.. tapi bila dah malam ni.. susah sangatlah nak mencarinya..

Jumpa satu deretan kedai ni.. tak jumpa2 jugak.. tanya orang.. kata sana.. tanya orang lagi.. kata sinun.. ntahlah.. last2 ikut kata hati jerk.. sempat lagi aku google.. nak gps tak reti pulaks.. nak view google map.. slow motion.. aduiiiii... dapat alamat jerk.. bila jumpa satu deretan kedai ni.. en hubby perasan nama blok.. sib baik.. last2 jumpa jugak.. agak terkebelakang sket bangunannya dari jalan utama..



Sampai kedai.. pergh!! ramai siot.. semua meja full.. sib baik kami tunggu tak sampai 5 minit dah ada orang keluar.. sib baik.. pastu order lah apa yg patut..

Sekali yg di order pun sampai.. banyaknya nasi.... aittttt... kosong jerk!! kuah2 tak de?? hehhehehehhehe.. jakun laks aku.. hanya berbekalkan cili ala2 sambal belacan..

Bila di suap nasi tu ke dalam mulut... hmmmmmm.... lembutnya nasi... sedapnya.....

Lama2 aku makan.. aku jadi muak.. memang aku tak boleh sangat makan makanan belah2 sana.. sedangkan kari aku kureng... beriyani pun aku kureng... apatah lagi nasi Arab.. hehehhehehe.. memang tekak aku tekak orang kampung.. nasi putih jugak yg sedap!!

So, meh tengok antara menu yg kami order..

roti ni besar gedabak.. kalau time panas2 sedaplah makan.. kalau dah sejuk...kureng dah kesedapannya..

ayam banjir namanya kalau tak silap.. my SIL yg order.. sejemput jerk ayam tu kat situ.. kata banjir.. kuah takde pun..

kambing apa ntah namanya... pun sket jerk daging kambingnya.. tak padan ngan nasi yg banyak...

ayam barbeque.. tengoklah nasi dia tu.. panjang2...

Sos dia pulaks.. not bad.. rasa masam cuka.. uiiiiii... memang tak boleh makan banyak2... nanti pedih perut..

Overall.. memang sedaplah nasinya.. kalau nak makan selalu tu memang tidaklah.. boleh pengsan aku.. kalau tak pun muka aku boleh terus berubah jadi orang Arab. amacam care??. kwang.. kwang.. kwang... ada hati konon!!


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty