Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Seikhlas Hati..

Tergerak hati untuk publish email yang diterima dari seorang kawan.. walaupun tidak mengenali beliau.. tapi sebagai kenalan sebangsa seagama dan sebagai seorang bergelar ibu.. aku rasa sangat bertanggungjawab untuk berkongsi email ni.. mudah2an.. ada insan2 atau kenalan2 di luar sana yang berhati mulia untuk memberi sumbangan walaupun RM1 dengan seikhlas hati.. hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda semua...

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

***************************************************************************
As Salam Semua,

Saya bagi pihak bapa kepada adik Muhammad Akyd Fayyadh memohon keperihatian saudara saudari semua untuk membantu sahabat warga kilang  kita Ahmad Nazim Hashim yang bekerja di kilang Flextronics Technology Penang Sdn Bhd Prai , dimana beliau memerlukan anggaran sebanyak RM50,000 bagi menjalankan pembedahan bagi penyakit jantung anaknya ( congenital heart disease).


Setakat ini beliau hanya baru dapat mengumpul sebanyak RM5,000 ringgit sahaja dan masih memerlukan RM45,000 ringgit lagi bagi memenuhi tuntutan ongkos pembedahan. Sila rujuk file yg disertakan untuk surat pengesahan dari Gleaneagles Medical Centre kepada HR dept Flextronics Prai, Surat beranak dan juga gambar adik Muhammad.




Sehubungan dengan ini  saya memohon jasa baik sahabat2 yg berkemampuan dapat membantu sahabat kita Ahmad Nazim Hashim dgn segera. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Nazim sendiri di talian 012-5140354.

Dibawah ini disertakan maklumat untuk perbankkan:

Nama: Ahmad Nazim Bin Hashim
I/C: 791019-07-5023
Akaun No.: 1070-9558-2095
Bank: Maybank

Jutaan terima kasih kepada yg sudi membantu dari segi kewangan dan juga memanjangkan email ini ke mana2 yahoogroups bagi membantu sahabat kita . InsyaAllah , mudah2'an diberkati hendaknya.

*********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah