Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Beriadah di Pinggir Pekan..

Selepas tengok belon2 berterbangan ke udara.. kami pergi tempat rekreasi yang tak pernah kami pergi.. walhal dekat sangat2 dengan rumah..

Kami ni nama jerk duk kat Putrajaya.. bukan pernah pun nak pergi ke taman2 rekreasi ni yang ada kat Putrajaya ni.. kalau orang tanya.. mesti malu nak jawab sebab tak tau.. huhuhuhuu.. padan muka..

So, tempat yang kami pergi tu.. aku pun tak tau apa nama taman rekreasi tu.. main terjah jerk.. yg aku tau dia kat belakang Presint Diplomatik..

Sampai2 jerk cari tempat menarik utk menjamu selera... ada satu tempat dekat dengan taman permainan.. sesuai sangat2..


Anak2 aku cam biasalah.. makan sket bebenor.. main jerk lebih...

tak ramai pengunjung pun.. tukang sapu ramailah.. kalau ada pun hanya beberapa family jerk.. tapi ntah ke mana diorang.. yg ada kereta jerk..

pulun habis main berdua..

lepas aku makan.. aku pun join sekali.. dah lama rasanya tak main buaian.. huhuuhuuu.. sekali sekala apa salahnya mak orang nak main kan.. 

Then en hubby ajak kami jalan2 kawasan sekitar.. letih gaks berjalan.. maklumlah dah lama tak beriadah camni.. huuhuu.. 

aku jumpa buah ni.. korang kenal tak buah ni?? apa tak tau??? takkan tak tau kott... ni buah kelapa sawit laaa...

teringat mak aku.. dulu2 dia suka rebus buah ni.. aku suka kunyah2.. sedap.. lemak2.. kadang2 mak aku buat talam.. sedap tau.. 

jalan2 lagi.. ambik gambar.. posing sana sini.. gambar aku tak mau tunjuk aaa.. muka takde mekap.. buruks..

jumpa pokok ni.. apa ntah namanya.. bunga dia cantik banget!! PINK!

Bila sampai kat atas sket.. sunyi jerk.. tiba2 ada lebah menghampiri Fateh.. cepat2 kami beredar.. manalah tau kot2 ada sarang dia ke.. tak pasal2 semua kena serang.. risau gaks kalau tempat tak ramai orang ni.. macam2 ada..  

masa nak sampai ke bawah tu.. aku terpandang sesuatu di rumput... embun! sorry gambar tak clear.. maklumlah kan.. tak expert..

teringat aku zaman kecik2 masa kat kampung.. aku suka main ngan embun.. kutip embun ngan batang sejenis rumput.. pastu letak atas tangan.. khusyuk!

embun yang berjaya aku kutip dari rumput menggunakan batang sejenis rumput..
kalau korang tak pernah buat.. cubalah.. seronok kalau kutip ramai2..

Comments

Suraya Baharun said…
oooo...baru tahu kak ina buah kelapa sawit bleh makan & buat kuih...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah