Bingung..

Actually.. dalam seminggu ni aku jadi serba salah.. banyak sangat agenda hujung minggu ni..

Sepupu aku belah arwah ayah aku nak kawen.. pakcik aku tu baik sangat2.. dia banyak bantu aku ngan abang masa kami bujang2..

So, dia invite kami utk join upacara akad nikah, sanding dan bertandang...

Pada awalnya, kami akan serta upacara sanding dan bertandang... ntah macam mana.. aku dapat msg dari nenek sedara belah mak aku.. pun nak adakan kenduri kawen anak dia.. alamak.. tak pergi rasa serba salah pulaks.. sebab aku selalu tempah baju aku kat nenek sedara tu.. aduilaaaaaaaaa...

So, untuk hari Ahad nanti.. ada 2 majlis nak kena pergi.. huh! memang sibuk dengan majlis perkahwinan.. pastu aku merangkap anak yg paling dekat ngan rumah mak aku (walaupun ada lagi yg lebih dekat).. nak tak nak kenalah singgah umah mak aku dulu nak bawak diorang pergi sekali..

Dan semalam... aku bertembung ngan Ustazah aka jiran rumah aku.. katanya Sabtu ni ada cuti ganti sekolah Amiera... lorrr...so, nak tak nak aku kena batalkan niat nak pergi majlis persandingan sepupu aku tu... nasib baik pakcik aku faham.. hopefully..

Dan malamnya pulaks.. abah aku call.. dia tak nak pergi kenduri kawen sepupu aku tu.. katanya tak larat.. ok fine.. means.. aku tak perlu bermalam rumah mak aku.. aku just balik hari Ahad utk ke kenduri nenek sedara aku tu.. habis.. Allah permudahkan segalanya.. alhamdulillah.. tak payah aku bingung2..

Satu hal lagi yang masih memeningkan kepala otak aku ni.. rumah aku kat Nilai tu buat hal lagi.. tak sudah2.. aritu saluran paip tersumbatlah... nasib baik en hubby ngan abah aku dah tolong settlekan.. pastu pulaks.. masalah since kami duk kat rumah tu lagi.. ingatkan dah ok masa kami upah brother sorang ni.. rupa2nya tak selesai jugaks.. ni lah yang aku maleh sangat2 nak upah orang Melayu buat kerja.. bayar nak mahal.. tapi keje hampeh!! eiiiiiiiii....

Aku tak tau apa punca masalahnya.. dulu2 selalu gaks kami buat report kat BBN Development.. tapi diorang ambil tindakan dengan cara mudah.. check2.. habih rabak plaster ceiling dapur aku.. tapi still takde solution.. buat aduan lagi.. pastu repair endah tak endah jerk.. dan sampai satu tahap dah habis tempoh utk buat aduan ni.. eiiiiii... geram sungguh2.. rasa nak buat report jerk kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.. ada sesapa yg keje kat situ tak??

Aku kesian ngan budak2 sewa rumah tu.. hopefully Sabtu ni blehlah kami pi tengok masalah sekali lagi.. mungkin punca tempat lain ke kan..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (23) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty