Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kisah di sebalik kecurian.. emas lambang keunggulan..

Salam pagi Isnin..

Pagi2 ni aduiiiii... nak tulis melalut kat dalam blog boleh jerk.. tapi nak buat tajuk sedikit punya susah.. macam nak buat tajuk pilem gayanya.. walhal setakat n3 dalam blog jerk.. huhuhuhuhu...

Oklah.. actually.. aku nak cerita pasal kenduri kawen adik sepupu aku semalam.. ni belah arwah ayah aku..

Majlis diadakan di kompleks kejiranan kat Putrajaya jugaks.. tak jauh dari rumah aku.. sebelum tu aku nak cerita sket satu peristiwa yang sungguh menyakitkan hati..

Sebelum tu.. en hubby ada urusan urut mengurut.. en hubby aku bukan tukang urut ok!! dia hanya tukang urut peribadi aku jerk tau.. ehhh.. eh... jangan pikir lain ok!.. aku ni kan jenis penakut nak pi mengurut kat luar... sakittttttt ooooooooooo kena urut.. sebab tu kalau aku sakit2 urat en hubby ler yg tolong urutkan... hehehhehe.. takde lah malu sangat nak jerit sana sini.. hehhehehe...

Masa en hubby nak pi tu.. dia bawak sekali hadiah pengantin utk letak kat dalam kereta.. tapi sampai kat kereta kunci lupa bawak pulaks.. so, en hubby letak jerk atas kereta.. selesai urusan urut mengurut.. balik rumah.. hadiah masih tersergam indah atas kereta... sampai rumah.. kami bersiap utk ke majlis perkahwinan tu.. bila sampai jerk kat kereta.... u know what???


Bad news!

Hadiah tu dah hilang... aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii... sapalah punya pedajal... hadiah pun nak curik ke??? hampagas betul lah.. dah takde keje lain agaknya.. mencuri jer keje ko kan!! ko ingat ko selamat ke curi barang2 orang ni.. kalau aku dapat... aiiiiii... aku siku2 kepala ko tau tak!! tak sampai pun setengah jam compare sejam ditinggalkan masa en hubby pi ngurut.. dah losap! memang takde hati perut langsung... sakit hati aku tau!!

So, dengan berat hatinya kami pi majlis.. bayangkan lah pi kenduri kawen orang tak bawak hadiah! sepupu sendiri pulaks tu!!! eiiiiiii... malu ko!!

Nak makan pun rasa tak selesa... aku ambik sket jerk nasi.. aku tak lalu walaupun hidangan sungguhlah enaknya.. aku suap anak2 aku makan... baki nasi tu baru aku telan.. tu pun aku rasa.. macam tak masuk jerk nasi kat tekak..huhuhuhu.. sedih mengenangkan hadiah yang hilang!!!

Nak jugak rasanya aku buat sembahyang hajat.. bagi pengajaran sket kat pencuri2 tu.. biar Allah bagi balasan cash kat dunia ni.. tapi apakan daya.. bulan mengambang penuh... sabar jerlah...

Tak mau sedih2.. meh kita tengok gambar sekitar majlis dan pengantin yang sungguh segak bergaya dengan songket..

budak2 ni memang tak boleh lama duk dalam majlis.. ada jerk projek masing2..

my sweetheart..

couple yg tak matcing.. fareeda aku takde color blue laa..

anak dara aku yg kian membesar..

encem boy tengah meneran.. pantang sungguh aku kalau pi mana2 majlis dia meneran.. lama2 kat rumah tak maulah pulaks dia meneran.. hishhh.. geram sungguh!


bertemakan gold..

cake pun sama color.. teringat masa aku kawen dulu.. pun color gold! cake aku pun bih kurang jerk..

pengantin mai dah.. emas mata hitam ku.. cute jerk sepupu aku tu kan.. sepupu aku pengantin lelaki tu ler.. anak sulong pakcik bongsu aku.. muka macam budak2.. tak berubah langsung sejak dia sekolah rendah..

 duduk bersantap.. 

Lepas snap2 gambar.. kami pun balik ke kampung utk ke majlis sedara belah mak aku pulaks.. tak jauh.. dokek yo.. tak sampai pun stongah jam..

Anyway.. aku ucapkan selamat pengantin baru buat Alan dan isteri.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. semoga dikurniakan zuriat yang comel2 dan soleh..

pstttt.. bila aku tengok package perkahwinan just utk makan2 kat dewan ni.. dah lebih 10K utk 1K tetamu.. pergh!! bayangkan lagi 10-20 tahun lagi.. masa tu anak2 kita pulaks yang nak kawen.. hmmm.. mau jugak berlipat ganda mahalnya... so, kalau korang2 yang dah berangan nak buat majlis perkahwinan utk anak2 tu.. simpanlah duit banyak2.. huhuhuhuhuh... kos makin tinggi maaa... 

dan yang bercadang atau sedang mencari pakej menarik utk majlis perkahwinan.. bolehlah cuba pakej spt gambar kat bawah ni.. nasi beriani dia sedap..

 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah