Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Muffin 2nd Edition

Hehehhehe... giler muffin..

Semalam.. aku ngikut opismate pi kedai bakeri kat Presint 9..  alang2 dah sampai ke sana.. macam2 ada.. mulalah idea nak buat muffin datang baliks.. yerlah kan.. percubaan pertama aritu sedang2 aja..

So, semalam gigihlah carik balik resepi2 kat internet.. semestinya resepi yang berbentuk kukus.. tapi alahai.. aku carik juga resepi yang berbentuk bakar.. mungkin jugak boleh di kukus.. pandai2lah nanti aku adjust..

so, inilah hasilnya.. snap pic muffin yang comel2 jerk.. huhuhuhuhu..

Nak tau resepi?? meh aku citer sket2...


Resepi asal aku ambik dari secubitgaramnor67.com dan satu lagi aku tak tau kat mana aku jumpa..

2 resepi yg sedikit berbeza dan bentuk masakan yang berbeza.. aku olah.. ikut agak2 aku jerk..

So, kawan2.. kalau nak cuba buat muffin kukus bolehlah.. simple mimple.. tapi nak lagi sedap.. korang bleh pi kat blog kak Nor tu.. kat situ macam2 ada resepi pasal muffin.. lagi sedap.. tengok gambar terliuq jerk..

Muffin Choc Chip (yg aku dah ubah sket)

Bahan A (diayak bersama):

2 cawan tepung superfine
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B:

3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan C:

1 biji telur (pukul sedikit)
11/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan coklat chip

Bahan D:

Coklat masakan - aku guna Milk Compound Choc (sukatan agak2 jerk..)
1 cawan minyak

Cara Membuatnya :

1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
2. Masakkan Bahan D dengan api kecil sehingga coklat menjadi cair. sejukkan.
3. Masukkan Bahan A yang telah diayak ke dalam bekas besar. Masukkan Bahan B. Kacau rata.
4. Masukkan telur, susu cair dan esen vanilla. Kacau rata.
5. Masukkan coklat chip. Kacau rata.

suka ngan color bekas muffin ni..

6. Sudukan ke dalam bekas muffin. Kukus selama 15-20 minit.

Amiera paling suka tabur menda alah yg colorfull tu.. suka2 hati dia jerk.. walhal benda tu ditabur atas topping.. hehhehee..

7. Dah masak, cepat2 pindahkan muffin ke dulang atau penderai (lagi bagus jika ada).

muffin yg dah dikukus diletakkan atas dulang..

menarik bila diletakkan atas piring vantage ku itew..

packing dalam tupperware utk di bawak ke opis.. nak bawak ke opis en hubby tak cukup daaa.. 

Tips : Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tak jatuh ke dalam muffin.

Overall.. kali ni agak lebih baik dari dulu.. tekstur hampir sama.. warna masih tak memenuhi kepekatan coklat yang aku nak.. cuma muffin ni jika dibakar lebih sedap dan tekstur nya juga agak berbeza..

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah