Muffin Coklat Kukus Bersama Chef Amiera..

Semalam..

Projek yang asyik tertangguh2 nak buat.. resepi dah ada.. cari kat internet jerk.. kalau tak silap aku kat MakLang Azie ..

Alang2 membeli barang2 dapur semalam.. aku beli baking powder, soda bikarbonat dan chocolate chip.. bahan2 lain dah sedia ada di rumah.. tapi coklat emulco jerk tak jumpa2.. habis stok kot.. tak perlah.. cuba jerlah buat tanpa emulco..

Resepinya tak susah.. senang sangat2.. nak2 pulaks yang berkukus.. maklumlah kan.. aku takde oven.. mungkin ramai yg heran.. nape aku tak de oven.. ntahlah.. dulu2 adalah tapi jarang sangat guna.. last2 rosak.. hehehhehe... nak beli yang baru.. hmmm.. nanti2lah.. bukannya satu keperluan yang penting..

Yang paling best..  mixer pun aku takde tau.. hehehhehe.. nampak sangat aku tak masak kek2 ni.. bukan aku malas ok.. masalahnya.. anak2 aku agak kureng sket ngan kek2 ni.. ayahnya.. hahahhahaha.. lagilah tak suka.. so, kalau aku teringin nak makan kek ke apa ke... beli sajork..

Masa bujang2 aku suka buat kek.. sebab mak aku pun rajin buat kek.. nak2 pulak kalau nak raya.. lagilah syiok.. guna tangan dua kerat ni jerk nak mengacau adunan.. sampai lenguh2 tangan dibuatnya.. hebat tak??

Amiera suka muffin.. so, aku cuba nasib ngan resepi Maklang Azie ni.. hopefully menjadik dan boleh ditelan..


So, lewat petang semalam.. lepas balik dari shopping barang2 dapur.. aku ngan Amiera sama2 beriadah membuat muffin.. seronok gaks.. nasib baik Fateh tidur kepenatan.. senang sket takde gangguan..


Chef Amiera tengah bancuh bahan2.. seronok sungguh dia.. siap pakai topi Chef Sustagen tu..

tuang dalam bekas dan sedia untuk dikukus..

selepas 10 minit dikukus.. hasilnya.. ada yang diam membisu dan ada yang hampir merekah membentuk corak bunga..

di susun dalam tray untuk di sejukkan..

close-up muffin kukus yang merekah..

based on resepi, bolehlah dapat dalam 20 bekas kalau tak silap.. 5 bekas dah kena ngap.. 10 bekas Amiera bawak ke sekolah.. baki aku bawak gi opis.. hehhehe..

bila dah sejuk boleh dipacking.. Amiera bawak ke opis 

Kesimpulan dari hasil resepi ni.. dari segi teksture muffin tu.. ok.. memang gebus.. dari segi rasa dan color.. pada aku sederhana saja.. mungkin sebab takde coklat emulco tu kot.. di bahagian bawahnya agak lembab sket.. mungkin tempoh masa 10 minit tu tak cukup kot.. so after this kena lama sket mengukus.. dan yang paling penting Amiera suka..

So, pasni.. blehlah aku cari resepi2 muffin lain yang mudah dan berbentuk kukus.. ada sesapa leh share tak??


2 omelan:

Suraya Baharun said...

kak ina...tq untuk kek muffin yang comey tu...nampak pun dah sodap mesti rasa nye pun sodap...

Faina Arisya said...

su..

rasa biasa2 jerk.. masih tak dapat lawan rasa muffin kat anjung tu.. hehehhehe..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (112) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty