Kotakoti

Sekali pandang.. ingatkan patung barbie.. rupa2nya orang.. tapi peliks lak.. awat namanya pelik.. kotakoti..

Bila aku pi kat website dia kotakoti.com... aitttt.. ada tulisan Jepun laks.. hmmm.. whatever..

Tapi dia ni comel sangat2.. kulit putih melepak.. huhuhuhuhuhu... so, sapa2 yang teringin nak anak rupa macam dia ni.. blehlah letak kat wallpaper PC tu.. mana tau kot2 nanti anak tu ada iras2 sket ke kan... ngeeeeeeeeee.... tapi dia ni chekci laaaaaa...

pinjam gambar dari bulanpurnama89.blogspot.com dan kotakoti.com.. ambik gambar yang sopan sket..

nak tengok gambar lain2.. pi kat website kotakoti tu okay..

ni sorang lagi..




Hati2 Duhai Wanita Warga Putrajaya!

Salam pagi Jumaat..

Terkejut baca paper Metro.. maklumlah kan kadang2 jerk aku dapat tengok berita kat tv.. so, baca paper online jek lah pagi2.. kes ragut di kompleks kerajaan!! so, hati2lah especially kaum2 Hawa.. tak kisahlah kita bawak kereta ke tidak.. kebarangkalian untuk diragut tu mudah jika kita bersendirian dan di tempat yang agak sunyi..

Ni petikan dari HMetro Online..

PUTRAJAYA: “Saya ditumbuk di muka dan ditendang dari belakang,” kata penjawat awam, Sakinah Abdul Aziz, 32, yang menjadi mangsa ragut seorang penjenayah di kawasan parkir kereta bawah tanah Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.
Dalam kejadian pada jam 3 petang Selasa lalu itu, mangsa yang mengerang kesakitan dan terpinga-pinga selepas ditumbuk cuba bertahan serta nekad melawan mempertahankan dirinya.

Namun, katanya, penjenayah terbabit lebih cepat bertindak, malah selepas mencederakannya lelaki terbabit menyentap gelang emas dipakainya sebelum melarikan diri. “Sebelum kejadian itu saya sudah menghidupkan enjin kereta di parkir berkenaan untuk ke Klinik Kesihatan Presint 9, di sini, bagi menetapkan tarikh temu janji untuk melakukan fisioterapi. Kemudian, teringat mengenai buku temu janji, tetapi saya dapati ia tiada dalam kereta.
“Saya matikan semula enjin kerana mahu ke pejabat untuk mendapatkan buku berkenaan. Saya tinggalkan beg dalam kereta dan hanya bawa kunci serta telefon bimbit.

“Ketika menaiki tangga menuju ke laluan pintu keluar dari kawasan parkir, tiba-tiba tudung saya ditarik dari belakang. Saya ingat orang nak rogol sebab selepas tarik tudung dia raba leher. Saya tepis, tetapi muka pula ditumbuknya,” katanya ketika menceritakan kejadian itu di sini, semalam.

Ibu empat cahaya mata itu berkata, akibat kejadian berkenaan dia kerugian kira-kira RM4,000, selain cedera dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk melecet di tangan kanan, gusi pecah, muka bengkak, gigi goyang dan lututnya bengkak.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya.



Wordless Wednesday : Tutti utk insan2 tersayang..

Salam pagi rabu... ewah.. ewah.. senyum memanjang nampak.. apa cerita??

Eleh.. wat tak tau pulaks.. durian runtuh kome!!

sila lah jamu anak2 dan insan2 tersayang anda dengan tutti frutti.. sebelum durian runtuh aku dah jamu diorang.. ngeeeeeee...

close-up sket bagi korang2 terliuq.. dah.. dah.. petang ni pi beratur kat Tutti Frutti ya..



Lapis 2nd Edition

Salam petang Selasa...

Fuhhhh... lama siot aku tak update blog.... ada 2 perkara yang buat aku malas... satu sebab aku kurang sihat.. ngan batuk2 yang buat aku sakit2 kepala.. ngan sakit2 sendi dan sakit2 belakang... aduiiiii... ni lah tanda2 awal bila umur dah meningkat ni... makan ubat malas.. susah sungguh aku ni.. dah sakit2 baru sibuk nak makan ubat... kui..kui..kui.. dan seperkara lagi... aku sibuk ngan keje.. so, kalau sibuk tu faham2 jerlah.. malas nak usha blog sendiri..

Ni aku dah free sket.. so, kenalah cari idea nak tulis..so, n3 aku kali ni ada sangkut paut ngan n3 resepi memasak aku sebelum ni.. tak lain tak bukan.. kuih lapis..

Asalnya.. hari Sabtu lepas.. Amiera kena gi sekolah.. cuti gantian untuk cuti hari raya haji nanti.. so, katanya.. kena bawak makanan... alahai.. ni lah yang aku malas sekali.. suka sangat bagitau last2 minute.. mana nak cari?? en hubby pulaks main futsal.. mula2 nak buat kek coklat jerk kan.. tup2.. susu cair/segar nan ado dalam stok.. last2 resepi yang paling senang.. kuih lapis laaa.. stok memang ada.. dan kali ni aku tidak mempedajalkan resepi asal cuma aku kurangkan sket sukatan gula dan air.. yang lain2 aku follow...




Kuih Lapis

Baru2 ni aku buat kuih lapis..

Teringin lah weiiii.. gagah kan jugak walaupun sakit2 pinggang..

Resepi kali ni aku ambik dari periuktanah.blogspot.com

Tapi cam biasalah aku mendurjana resepi orang.. konon chef lah kan.. chef boleh blaaaaaaa.... huhuuhhuuu.. sadisssssss... ni lah nasib akibat pedajal resepi orang.. padan muka haku!!

Nak tau apa yang aku pedajal??? hmmmm... tok sah taulah.. buat malu kaum2 chef jerk.. bajet expert seantero Malaya... hehehhehe... takpe.. pengalaman mengajar erti kedewasaan... ceh!! ayat pujuk hati... huhuhuhuuh..

kaler cantik dah..

rasa sedap.. tak manis sangat.. aku kurangkan sukatan gula.. cuma... tang layer tu agak kabur sket.. ada sebab kenapa color putih jadi kabur.. ngeeeeeeeeee...... peace no war!


30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

Salam petang Isnin..

Aduiiiiiii... buntunya... aku takde idea nak taiplah wei... fenin2.. tak nak tau nak cerita apa.. takkan nak cerita kat semua aku sakit pinggang... opsss.. bukan sakit buah pinggang ok!! belakang badan aku sakit2 since Sabtu lepas.. so, nak buat apa pun tak boleh.. rasa lemah jerk badan2 ni..

dari kosong jerk blog aku ni takde story.. meh aku share sesuatu yang menarik.. kelakar pun ada bila baca.. aku korek email2 lama aku.. jumpa menda alah ni.. bleh lah nak share kat semua.. sambil2 tu aku komen ler sket kan..

****************************************************************************

search gambar kat google jerk ni..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.  ye ke tak sempat bagitau? silakan baca. 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.(betul.. betul.. betul..)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf... (betul.. betul.. betul..)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).. (ini aku tak pasti..)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain... (ini pun aku tak pasti.. zaman sekarang ni leh caya ke??)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (huhuhuhuhuhuhuuuhuuuuhu... i LIKE..)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.. (maybe..)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja... (ni kes berani mati... huwa..huwa..huwa.. bukan mati bunuh diri ok!)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan... (uhhhhhhh... tak sanggupppppppp... haiiiiicittttttttttttttttt... syuh.. syuhh.. pi jauh2..)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (aku ler tewwwww)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.. (pantang datuk nenek moyang aku..)



Payung oh payung..

Salam pagi Jumaat...

Actually cerita ni dah lama.. tapi aku nak cerita jugaks.. mana tau uols yang akan mengalami masalah macam aku tahu apa yang perlu di buat..

Sebelum tu.. sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.. ewah..ewah.. macam nak bagi award gamaknya... kepada pihak Nadi Putra kerana telah memberi bantuan kepada insan lemah seperti aku ni.. ewah.. ewah.. ngades.. gediks..

Ceritanya begini..

Pada satu hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... hari Jumaat kalau tak silap aku... aku pi ambik Amiera naik bas..




Cupcake Tsunami

Ehem...

Semalam kecoh tentang tsunami dan gempa bumi.. aku pun tak terkecuali..

Nak cerita gaks pasal semalam.. semua orang kan cuti sempena pertabalan DYMM Agung baru kita.. waris Merong Mahawangsa tu..

Badan aku pulaks sakit2 since malam semalam.. dengan sakit kat atas mata.. lepas sarapan aku telan ponstan pastu sambung tidur..

Petangnya.. gigih jugaks aku surf internet sebab dah janji ngan Amiera nak buat cupcake ngan dia..

Masa tengah dok surf resepi tu.. tiba2 aku rasa semacam.. kepala aku pening.. pastu aku bersandar kat kerusi.. still rasa tak sedap.. aku ingatkan aku dah nak pengsan ke kan... huhuhuuhuu.. tup2.. en hubby bagitau aku.. dia rasa ada gegaran.. lorrr... silap taksiran daaaaa.. rupanya kesan gempa bumi.. aku dah gabra sebab ni first time ok aku rasa.. cepat2 aku capai tudung ngan handbag nak cabut lari.. hehhehehhe.. tapi masih ragu2 nak turun ke bawah.. tak lama lepas tu dah takde gegaran.. tak jadi turun.. cari info di tv agak lambat dikeluarkan.. en hubby cari info di fb.. sah.. gempa bumi di Indonesia.. so, malas nak cerita pasal tu.. semua orang memang dah tau.. cuma marilah kita sama2 berdoa agar kita semua dijauhkan dari bencana alam..

Janji tetap janji..




Warded 2012

As salam semua...

Fuhhhh... lama siot aku tak muncul... windu aaa nak update blog.. huhuhuuu... dah seminggu lamanya.. nan ado maso nak update.. nak2 pulaks bila Fateh masuk wad baru2 ni.. masuk opis jerk hari Selasa lepas.. bertimbun fail dah menunggu aku.. hmmm.. tapi.. small matter maaa.. hari ni dah settle.. baru lah lega sket nak buat keje2 lain especially update blog kesayangan aku ni..

Baru jerk plan tahun ni nak pecah rekod.. Fateh tak masuk wad.. hmmm.. kita hanya merancang kan.. tapi yang menentukan segala2nya adalah Dia yang maha Esa..

Bermula demam panas Isnin minggu lepas.. ingat tak n3 sebelum ni.. kalau tak tau pandai2lah korang scroll down citer2 sebelum..

Lepas makan beberapa kali antibiotik.. demam Fateh masih tinggi.. tu yang buat aku risau.. nak tak nak petang Khamis tu aku ajak en hubby pi bawak semula Fateh ke AnNur untuk buat ujian darah.. risau kan.. macam2 hal sekarang ni.. nak2 pulak berkaitan dengan denggi..

Masa aku bawak Fateh demam dia dah cecah 39.7 kalau tak silap.. bila masuk jerk bilik dr biasa.. bila dia check demam.. suhu dah cecah 40 darjah.. selain mintak buat ujian darah aku mintak dr bagi ubat punggung..

Masa ambik darah tu.. en hubby yang pergi.. aku temankan Amiera kat luar.. tak nak ramai2 kat dalam bilik emergency tu kan..




Kita hanya merancang..

Genap hari ni.. en hubby menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-??... huhuhu.. malu nak habaq sebab kami sebaya ok!

Sempena ulang tahun kelahiran en hubby aku.. kami dah plan ambik cuti.. kononnya nak kuar berdua2an.. cewahhh... tapi alahai.. Fateh masih demam.. so, byk agenda terpaksa dibatalkan demi putra nan sorang.. kami hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala2nya.. mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..

Kami terpaksa celebrate kat area dekat2 jerk.. pagi2 kami ke Kajang dulu.. alang2 dah cuti kan.. ingat nak upgrade streamyx.. ni kali ke-2 ok en hubby pergi.. elok jer sampai.. dah siap isi borang.. tgh tunggu giliran.. tiba2 sorang staff bagitau system down.. grrrrrrrrrrrrrrrrr... camna ni.. asyik down jerk memanjang.. why your system alwiz down maaaaaaa.. TM POINT pls answer my question!

Dengan berat hatinya kami patah balik.. gerak ke klinik pakar kanak2 An-Nur.. sebabnya.. demam Fateh masih tak kebah lagi... dan semakin panas.. nasib baik Dr Khairul ada.. dia pun dah lama katanya tak jumpa Fateh.. bila dr check.. tonsil Fateh takde masalah sangat.. cuma lebih kepada hidung dia yg macam kena block.. susah sket nak bernafas.. dr masukkan ubat punggung sebab demam dah hampir mencecah 40 darjah.. dr bekalkan antibiotik.. pendapat aku.. fateh akan kembali pulih jika dah telan antibiotik beberapa kali..

Lepas tu kami patah balik ke rumah sebab nak bagi Fateh makan ubat antibiotik.. on the way back.. nampak van sekolah Amiera.. cepat2 ambik Amiera.. bawak dia balik rumah sekali.. terpaksa ponteng sekolah agama.. mampos dia nak kena jawab ngan ustaz..

Lepas bersiap semula..




Terung Pipit Goreng Pedas

Tak habis2 ngan n3 pasal masakan kan... hehehheheehe.. suka aku lah kan.. tak suka toksah baca ok.. aku nak simpan kat blog ni.. senang anak2 aku nanti kalau aku dah tua2.. diorang tau apa yg aku suka makan dan apa yg aku tak suka makan.. aci tak??

Tekak aku ni tekak orang kampung.. kalau lauk pauk bandar tu aku bleh makan gaks laa tapi bukannya peberet sangat..

Jumaat lepas aku pi pasar malam.. jumpa terung pipit.. teringat MIL aku buat ulam.. mak aku pulaks suka buat sambal jerk..

So, belilah sket.. teringin.. lama sangat dah tak makan kan.. mentang2lah dah duk bandar ni.. lupa pulaks asal usul sendiri.. huhuhuuuu...

Oh ya sebut pasal terung pipit ni.. adik2.. kakak2.. abang2.. tahu ke rupanya camna?? meh aku nak tunjuk rupa terung pipit dan resepi terung pipit goreng pedas..




Rendang Kambing Ijo

Alang2 aku cuti ni..

Asyik2 masak menda yang sama kan.. naik bosan aku.. new recipe pls..

Memandangkan Fateh demam.. aku masakkan bubur jerk untuk dia dan Amiera.. menu untuk en hubby ni yang buat aku pening.. dia pun dah naik bosan agaknya makan masakan aku... hehheheheh...

So, untuk hari ni aku masakkan Rendang kambing ijo... lain2 menu masakan.. nanti aku sambung kat n3 lain yo..

tak nampak sangat keijoannya.. tak reti aku nak snap kasi gambar natural..

Resepi (ikut sukatan utk dua orang makan):



Lepat pisang

Ingat tak n3 masakan malas aku sebelum ni..

Haaa.. kan aku ada tulis.. dalam malas2 aku tu sempat lagi aku masak lepat pisang.. teringin wei nak makan.. bahan2 since Jumaat lepas aku dah beli tapi tak terbuat masa cuti2 baru ni..

Memandangkan pisang emas semakin masak dan daun pisang semakin kekuningan.. daripada dibuang macam gitu jerk.. baik aku buat..

lepat pisang yang sudah di kukus.. panas2 lagi ni..

Resepi:- (pun semudah ABC)



Menu orang malas..

Semalam..

Kes malas nak masak.. aku ler tu.. kalau sindrom M datang.. alahai.. nak fikir nak masak apa pun malas..

Tapi kan.. malas2 aku tu rajin pulaks aku buat satu kuih ni.. nanti aku wat story lain yerk..

Ni menu malam semalam..

tenggiri goreng taucu.. 

resepi?? alahai.. korang hiris2 jerk bahan2 semua tu.. ikan tenggiri tu gorenglah dulu kan.. pastu korang tumis bahan hirisan tu.. pastu masukkan taucu dan air.. pastu masukkan ikan tenggiri.. kacau.. siap.. semudah ABC.. 

ayam goreng kunyit.. menu feberet Amiera.. tak pedas.. bleh ratah2 camtu jerk..

resepi ayam goreng kunyit?? alahai tak yah resepi2 ni.. senang sangat2.. macam resepi kat atas tapi tak perlu tambah air dan taucu.. hhehehhee.. semudah XYZ.. geggegee...

selamat mencuba resepi semudah ABC dan XYZ..


Fateh demam..

Salam petang Selasa.. hujan lebat kat luar ni kan.. sejuk jerk rumah aku ni.. Fateh tengah tidur.. sian aku nengok dia.. resah jerk tidur.. panas sangat gamaknya badan dia..  dia kesejukan.. lepas bagi ubat demam baru ok sket dia tidur.. demam dia ni On Off.. dah habis tempoh masa ubat tu.. panas dia naik balik..

time ni dia menggigil kesejukan..

Fateh demam since malam semalam..

Biasalah kan kalau anak aku demam.. aku tak akan gi keje.. sebab aku tau.. kalau aku hantar dia jugak ke taska keadaan dia akan bertambah teruk..

Pagi tadi aku bawak Fateh pi klinik kat rumah aku ni.. senang sangat2.. jalan kaki sajork.. tak sampai 5 minit.. sampai klinik pun dah tak ramai orang.. alhamdulillah.. Allah mempercepatkan urusan kami.. jumpa Dr pompuan baik sangat2.. so far Fateh tak de sangat selesema dan batuk yang teruk.. biasa2 jerk.. tiba2 jer dia demam.. risau gaks kan... dr check tonsil dia tak merah sangat.. lagi aku risau.. takut ada virus lain yang serang dia.. dr tak bekalkan antibiotik.. kalau demam fateh melebihi 3 hari dr suggest pi klinik semula utk ambik darah.. tadi jugak timbang berat fateh.. dah naik 13.2.. erkkk.. patutlah letih jerk aku dukung dia..

ubat demam, batuk dan ubat sapu kat mulut sebab ada ulser sket..

Baru sat tadi aku check belakang badan dia dah start ruam2 kecil.. mungkin sebab terlalu panas kat dalam.. suhu tadi pun dah cecah 38 lebih..

Harap2 takde apa yang serius.. harap demam virus biasa jerk.. doa2kan fateh cepat sembuh ya..


Main kayuh-kayuh..

Lepas asar semalam en hubby ajak beriadah bersama anak2.. Fateh time tu pulaks nak tidurnya.. nak tak nak angkut jerk..

Mula2 gi cari kedai basikal kat Bangi.. sib baik jumpa.. bleh baiki basikal Amiera.. pastu pi taman rekreasi kat Bangi.. tapi ramai siot.. patah balik ke Putrajaya.. pi taman yang dekat ngan rumah sajork sebab dah lambat..

Anak2 especially Amiera sangatlah seronok kayuh basikal.. yerlah kan.. dah lama basikal dia tersadai kat rumah...

Meh layan gambar anak2 aku berbasikal.. yang paling best gelagat Fateh.. he's so cute..



Pekeliling Gaji Baru dah kuar weiiiii...

Haloooooooooooooooooooo... salam semua...

Korang2 dah baca ke Pekeliling Baru SSM kat website JPA?? kalau belum.. pi cepat2 ok.. tengok gaji baru masing2..

Seperti yang dijangka.. jadual gaji min-max... huhuhuhu.. KGT yang masih mengikut SBPA.. aku agak kurang bersetuju.. korang2 yang naik banyak kat KGT mungkin tak terasa.. malas nak komen sangat.. apa pun redha dan terima seadanya..

Untuk detail info klik Gaji Baru 2012 atau di sini..

Ni ringkasan jadual gaji skim F, N, M, DG dan U untuk tatapan kawan2 semua yaa...



Nasi Lemak Bukan Kopi O

Amacam.. ok tak tajuk?? rancangan baru yang bakal keluar kat Channel Faina7748.... geggegegeggege...

Korang dah sarap ke?? amacam pagi ni.. monday blues kah?? tak kot.. masing2 dah senyum lebar.. KPPA dah sign pekeliling baru kan.. of course hujung bulan ni dapat gaji baru... masing2 masyuk...

Yerlah kan.. biasanya orang makan nasi lemak ngan kopi O... baru terangkat.. tapi kami dah terbiasa ngan teh panas.. minuman wajib tiap2 pagi..

Bukan nak cerita pasal teh atau kopi.. tapi aku nak show nasi lemak aku... opssss... nasi lemak yang aku buat okey!! tak mau kuning-kuning yo!!aku buat hari cuti Sabtu lepas..

Jom sarap..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty