Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

Salam petang Isnin..

Aduiiiiiii... buntunya... aku takde idea nak taiplah wei... fenin2.. tak nak tau nak cerita apa.. takkan nak cerita kat semua aku sakit pinggang... opsss.. bukan sakit buah pinggang ok!! belakang badan aku sakit2 since Sabtu lepas.. so, nak buat apa pun tak boleh.. rasa lemah jerk badan2 ni..

dari kosong jerk blog aku ni takde story.. meh aku share sesuatu yang menarik.. kelakar pun ada bila baca.. aku korek email2 lama aku.. jumpa menda alah ni.. bleh lah nak share kat semua.. sambil2 tu aku komen ler sket kan..

****************************************************************************

search gambar kat google jerk ni..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.  ye ke tak sempat bagitau? silakan baca. 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.(betul.. betul.. betul..)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf... (betul.. betul.. betul..)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).. (ini aku tak pasti..)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain... (ini pun aku tak pasti.. zaman sekarang ni leh caya ke??)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (huhuhuhuhuhuhuuuhuuuuhu... i LIKE..)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.. (maybe..)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja... (ni kes berani mati... huwa..huwa..huwa.. bukan mati bunuh diri ok!)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan... (uhhhhhhh... tak sanggupppppppp... haiiiiicittttttttttttttttt... syuh.. syuhh.. pi jauh2..)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (aku ler tewwwww)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.. (pantang datuk nenek moyang aku..)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita... (tora.. tora.. samje??)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut... (ni semestinya... tipu aaaa kalu tak ngaku!!)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan... (oppppsss.. jangan mudah jatuh cinta ok!!)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.. (haaa... pandai pun...kang desperate sangat.. pompuan bleh lali oooooo...)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu... (tau takpe..)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.. (green light!)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (woman is complex!)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.. (ohhhhh... Aron... tetiba..) 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.. (ada masa ke cik abang??)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (betul.. betul.. betul.. jangan curang sama i ok!)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (tipu kalau u tak ingat.. unless u hilang ingatan kekal!)

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (oooohhh... romantics.. cakap i lap u.. lagi lomantik lor.. sambil belit2 tangan mata pandang ke atas berkelip2..)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (am i have a bff??)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (kalau aku ler.. aku luku2 kepala budak tu.. amboi.. amboi.. ingat aku hape??)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (tambah lagi.. keikhlasan... percayalah.....................sambil nyanyi lagu CT)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (sudah semestinya.. jangan pulaks lalu jerk pompuan chekci.. chekci.. mata terbeliak tak toleh bini sebelah.. grrrrrrrrrrrrrrrrr.... ada yang kena kerat 20 ni kang!!)

 27. Senjata wanita adalah airmata!! (bukan sahaja senjata.. tapi itulah penawar segala masalah... uhuk..uhuk..uhuk.. tetiba sadis laks..)

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (en hubby.. bila mau kasi bunga ni?? dah kematu nunggu ni..)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... (ni very dangerous.. so, pria2 di luar sana.. jagalah wanita yang anda cintai.. sekali dia beralah.. selamanya dia takkan toleh kepada anda lagi... nasihat pakar wanita dan kanak2..)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.. (100% agreed...)

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah