Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cupcake Tsunami

Ehem...

Semalam kecoh tentang tsunami dan gempa bumi.. aku pun tak terkecuali..

Nak cerita gaks pasal semalam.. semua orang kan cuti sempena pertabalan DYMM Agung baru kita.. waris Merong Mahawangsa tu..

Badan aku pulaks sakit2 since malam semalam.. dengan sakit kat atas mata.. lepas sarapan aku telan ponstan pastu sambung tidur..

Petangnya.. gigih jugaks aku surf internet sebab dah janji ngan Amiera nak buat cupcake ngan dia..

Masa tengah dok surf resepi tu.. tiba2 aku rasa semacam.. kepala aku pening.. pastu aku bersandar kat kerusi.. still rasa tak sedap.. aku ingatkan aku dah nak pengsan ke kan... huhuhuuhuu.. tup2.. en hubby bagitau aku.. dia rasa ada gegaran.. lorrr... silap taksiran daaaaa.. rupanya kesan gempa bumi.. aku dah gabra sebab ni first time ok aku rasa.. cepat2 aku capai tudung ngan handbag nak cabut lari.. hehhehehhe.. tapi masih ragu2 nak turun ke bawah.. tak lama lepas tu dah takde gegaran.. tak jadi turun.. cari info di tv agak lambat dikeluarkan.. en hubby cari info di fb.. sah.. gempa bumi di Indonesia.. so, malas nak cerita pasal tu.. semua orang memang dah tau.. cuma marilah kita sama2 berdoa agar kita semua dijauhkan dari bencana alam..

Janji tetap janji..


Dalam kebimbangan tu.. aku teruskan jugak niat nak buat cupcake.. masa tengah nak buat bancuhan baru aku teringat.. suka2 hati aku jerk salin bahan2 jerk.. tapi cara nak buat.. aku tak salin... nilah gabra punya pasal.. hahhahahha.. padan muka.. terpaksa buka balik lappy aku..

Resepi kali ni aku ambik dari dayangjack.blogspot.com... nak cuba resepi baru.. tapi masih berkonsepkan kukus.. walaupun resepi ni adalah untuk kek.. tak kisahlah kan.. masuk dalam bekas cupcake.. rasa tetap macam cake.. suka2 aku jerk kan nak durjana resepi orang... sebab aku nak cuba resepi ni kerana ianya tidak menggunakan telur..

Untuk resepi kek coklat kukus tanpa telur ni boleh pergi kat blog dayangjack.blogspot.com

kek coklat kukus yang aku buat masa besday en hubby tu resepi lain.. bleh pi kat blog http://rozzan.blogspot.com/2010/07/permintaan-resipi-kek-cokelat-kukus.html

sementara menunggu bancuhan siap.. suh Amiera main susun2 dulu bekas cupcake kat dalam loyang..

oh ya.. ada sedikit kelainan pada bancuhan kali ni.. color sangatlah gulap gulita.. aku rasa mungkin disebabkan serbuk koko yang aku beli aritu.. hmmmm...
 
 
 tuang bancuhan tadi dalam cupcake.. untuk percubaan aku hanya buat 10 bekas sahaja.. baki bancuhan aku masuk terus dalam loyang satu lagi..  

sambil menunggu kek masak.. aku buat buttercream.. untuk buttercream bahan2nya adalah...

untuk 10 cupcake ok.. 

50gm butter
30gm gula
100 gm creamwell

cara : pukul/putar semua bahan hingga kembang

bila dah siap dikukus.. aku kukus lama gaks dalam 40 minit... hehehhehhe.. sebab loyang ni duk kat level atas sekali.. risau gaks takut tak masak kan.. level kat bawah tu aku letak loyang untuk kek..

bila cupcake dah sejuk.. aktiviti mendeco bermula... aku tutupkan permukaan cupcake ngan buttercream tanpa warna..

lepas tu letakkan edible image angry bird dan ultraman.. then hias lah sekeliling edible image tu ngan buttercream yang telah diwarnakan..

so, sempena amaran tsunami semalam.. aku namakan cupcake aku ni Cupcake Tsunami.. amacam care?? abaikan hat comot2 tu ye.. baru nak belajar dek non..

ini budak.. bangun tidur jerk terus ngadap aku.. pastu menjerit2 nak buttercream.. hmmm.. lalu yerk tekak dia ngadap buttercream semata2..

lepas dah siap semua tu.. baru aku teringat..aku terlupa nak bubuh satu bahan yang tak tahu samada penting atau tidak dalam acuan kek aku tu.. hehhehehhe.. tapi aku rasa kek tu agak kepekatan kandungan serbuk koko.. mungkin serbuk koko yg aku beli tu kuat rasa kepahitannya.. so, cadangan aku.. next time baik dikurangkan kandungan serbuk koko..

itu sahaja acara memasak kali ni..  sekian terima kasih.. selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah