Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh demam..

Salam petang Selasa.. hujan lebat kat luar ni kan.. sejuk jerk rumah aku ni.. Fateh tengah tidur.. sian aku nengok dia.. resah jerk tidur.. panas sangat gamaknya badan dia..  dia kesejukan.. lepas bagi ubat demam baru ok sket dia tidur.. demam dia ni On Off.. dah habis tempoh masa ubat tu.. panas dia naik balik..

time ni dia menggigil kesejukan..

Fateh demam since malam semalam..

Biasalah kan kalau anak aku demam.. aku tak akan gi keje.. sebab aku tau.. kalau aku hantar dia jugak ke taska keadaan dia akan bertambah teruk..

Pagi tadi aku bawak Fateh pi klinik kat rumah aku ni.. senang sangat2.. jalan kaki sajork.. tak sampai 5 minit.. sampai klinik pun dah tak ramai orang.. alhamdulillah.. Allah mempercepatkan urusan kami.. jumpa Dr pompuan baik sangat2.. so far Fateh tak de sangat selesema dan batuk yang teruk.. biasa2 jerk.. tiba2 jer dia demam.. risau gaks kan... dr check tonsil dia tak merah sangat.. lagi aku risau.. takut ada virus lain yang serang dia.. dr tak bekalkan antibiotik.. kalau demam fateh melebihi 3 hari dr suggest pi klinik semula utk ambik darah.. tadi jugak timbang berat fateh.. dah naik 13.2.. erkkk.. patutlah letih jerk aku dukung dia..

ubat demam, batuk dan ubat sapu kat mulut sebab ada ulser sket..

Baru sat tadi aku check belakang badan dia dah start ruam2 kecil.. mungkin sebab terlalu panas kat dalam.. suhu tadi pun dah cecah 38 lebih..

Harap2 takde apa yang serius.. harap demam virus biasa jerk.. doa2kan fateh cepat sembuh ya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah