Kita hanya merancang..

Genap hari ni.. en hubby menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-??... huhuhu.. malu nak habaq sebab kami sebaya ok!

Sempena ulang tahun kelahiran en hubby aku.. kami dah plan ambik cuti.. kononnya nak kuar berdua2an.. cewahhh... tapi alahai.. Fateh masih demam.. so, byk agenda terpaksa dibatalkan demi putra nan sorang.. kami hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala2nya.. mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..

Kami terpaksa celebrate kat area dekat2 jerk.. pagi2 kami ke Kajang dulu.. alang2 dah cuti kan.. ingat nak upgrade streamyx.. ni kali ke-2 ok en hubby pergi.. elok jer sampai.. dah siap isi borang.. tgh tunggu giliran.. tiba2 sorang staff bagitau system down.. grrrrrrrrrrrrrrrrr... camna ni.. asyik down jerk memanjang.. why your system alwiz down maaaaaaa.. TM POINT pls answer my question!

Dengan berat hatinya kami patah balik.. gerak ke klinik pakar kanak2 An-Nur.. sebabnya.. demam Fateh masih tak kebah lagi... dan semakin panas.. nasib baik Dr Khairul ada.. dia pun dah lama katanya tak jumpa Fateh.. bila dr check.. tonsil Fateh takde masalah sangat.. cuma lebih kepada hidung dia yg macam kena block.. susah sket nak bernafas.. dr masukkan ubat punggung sebab demam dah hampir mencecah 40 darjah.. dr bekalkan antibiotik.. pendapat aku.. fateh akan kembali pulih jika dah telan antibiotik beberapa kali..

Lepas tu kami patah balik ke rumah sebab nak bagi Fateh makan ubat antibiotik.. on the way back.. nampak van sekolah Amiera.. cepat2 ambik Amiera.. bawak dia balik rumah sekali.. terpaksa ponteng sekolah agama.. mampos dia nak kena jawab ngan ustaz..

Lepas bersiap semula..



kami gerak ke Alamanda.. walaupun Fateh demam.. agenda kena tetap diteruskan.. walaupun bukannya berdua2an.. aku lebih suka kalau anak2 ada kat sebelah aku kalau diorang demam.. at least kita tau progress kesihatan diorang..

Sampai kat Alamanda.. kami pecah dua.. en hubby pi order makanan.. aku pi tempah tiket wayang... hehehhee.. nak kejar masa punya pasal.. mungkin kesan ubat punggung Fateh agresif semula.. nampak jerk ayam goreng terus dia rembat seketul.. lapar gamaknya.. seronok tengok dia camtu..

Kali ni kami layan citer Wrath of the Titans.. Fateh pun ok jerk layan citer ni.. elok jerk dia duk diam2.. rupa2nya citer ni sambungan daripada citer Clash of the Titans..

Habis citer ni.. Fateh dah start panas balik.. ni yang buat aku risau.. belum pun habis tempoh ubat demam tu badan Fateh dah start panas balik.. tapi masih aktif berlari..

Cam biasa.. tak syiok celebrate besday without present right?? so, rutin kami tiap2 tahun sebab dah tak tau nak bagi apa.. en hubby pilih barang2 yang nak dibeli sambil aku sebagai penasihat utama.. pastu aku lah yang bayarkan.. so, tak payah susah2 ko nak fikir nak beli apa.. tak kesahlah surprise ke tak surprise ke kan..

wallet ngan seluar Camel as a present.. 

Sebelum tu.. nak story sket pasal kisah semalam..

Sempena besday en hubby.. aku saja2 cuba buat besday cake semalam.. alang2 dah cuti2 malaysia kan..

Gigih cari resepi kek coklat kukus kat cik google.. akhirnya jumpa kat satu blog ni.. cuma cam biasalah aku adjust sana sini.. ngeeeeeeeeee..

kek coklat yang dah siap di kukus..

Berbekalkan bahan yang terhad.. gigih jugaks aku deco ala2 simple mimple.. dah lah tak pernah2 ok aku buat kek kukus dan deco2 ni.. huhuhuhuuh.. korang jangan gelakkan pulaks deco2 aku ni.. akak malu sebenarnya tapi totap nak tayang jugaks.. fedulik!

sian aku kan.. gigih susun white choc chip nak tulis perkataan.. sampai Amiera pun naik pening nak baca... huhuhuhuuh.. pasni kononnya lah kan aku plan nak beli bahan2 dan peralatan nak buat hiasan kek pulaks.. senang bila2 nanti nak celebrate apa2.. just baking by my own self.. jimat duit dan puas hati.. tapi kan... korang jangan ketawakan aku pulaks.. pesal kek tu masih dalam loyang yerk.. actually... huhuhuuh.. malu nak cerita.. maklumlah kan orang tak pernah buat kek kukus ni.. ginilah jadiknya.. aku lupa nak letak kertas kat dasar loyang.. sebab tu kek tak boleh nak keluar... uwaaaaaaaaa.... takpe.. janji kek dah siap..

Ngam2 jerk en hubby balik opis semalam dah siap semua.. cepat2 pasang lilin.. sambut besday menjelang maghrib..so sweet.. first time ok celeb besday en hubby ngan kek buatan sendiri.. dah hampir 9 taon kawen baru nak buat sendiri.. huhuhuu... dasar pemalas..

loyang pun loyang lah.. asal ado..

aiiii.. budak tecik yang sakit ni pun nak tiup lilin ke?? berebut2 ngan akak eh nak tiup lilin.. tapi lilin tengah tak mati2 jugaks... huhuhuhuhu.. magic candle.. hambek ko! bila lilin dah memercik api macam bunga api.. cepat2 Fateh lari.. hehhehe..

kek yg gebus dan very sedap.. bila disejukkan semalaman.. rasanya lagi enak.. cam tak caya jerk aku buat kek..  jemput makan semua..

Lastly.. aku nak wish kat en hubby aku..

Semoga panjang umur dan murah rezeki..

Semoga dilindungi dan diberkati-Nya..

Semoga tercapai segala impian..

Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat..

Doa dari isteri dan anak2 mu.. semoga sentiasa menjadi suami dan ayah yang penyayang dan sentiasa bersabar dengan karenah isteri dan anak2mu..


5 omelan:

Suraya Baharun said...

appy besday to hubby kak ina...kak ina memang nampak sodap la kek tu...terliur tengok...

Puteri Satu said...

alahai sweetnye...serius! akak lebih bangga bila tengok orang celebrate besday or anniversary kat rumah dari celebrate kat restoren2 mewah... walupun hanya seketoi kek biasa... :) selamat harijadi buat husband faina...

p/s bila nak kembali ke AP... rindu nak tengok rumah faina tu berseri semula cam dulu...

Faina Arisya said...

su..

tq bagi pihak en hubby.. kek tu memang sedap.. resepi dia pun mudah..

kak puteri..

tu kes terlebih rajin.. hehehhe.. tak pernah lagi nak celebrate kat hotel2.. tak mampu.. huhuuhu.. tq bagi pihak en hubby.. balik ke AP?? huhuhuh.. tak tau lagi kak.. dah pencen nanti kot.. hehehhe..

ann @ hatiberbunga said...

yum.yum.. sedapnya kek..
meh la perturun resepi, kak.. ;)

Faina Arisya said...

ann..

resepi?? ahaks.. akak tak pakar dek non.. tu pun resepi kat internet.. nanti ada masa akak share resepi yg akak jumpa tu ya..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty