Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lapis 2nd Edition

Salam petang Selasa...

Fuhhhh... lama siot aku tak update blog.... ada 2 perkara yang buat aku malas... satu sebab aku kurang sihat.. ngan batuk2 yang buat aku sakit2 kepala.. ngan sakit2 sendi dan sakit2 belakang... aduiiiii... ni lah tanda2 awal bila umur dah meningkat ni... makan ubat malas.. susah sungguh aku ni.. dah sakit2 baru sibuk nak makan ubat... kui..kui..kui.. dan seperkara lagi... aku sibuk ngan keje.. so, kalau sibuk tu faham2 jerlah.. malas nak usha blog sendiri..

Ni aku dah free sket.. so, kenalah cari idea nak tulis..so, n3 aku kali ni ada sangkut paut ngan n3 resepi memasak aku sebelum ni.. tak lain tak bukan.. kuih lapis..

Asalnya.. hari Sabtu lepas.. Amiera kena gi sekolah.. cuti gantian untuk cuti hari raya haji nanti.. so, katanya.. kena bawak makanan... alahai.. ni lah yang aku malas sekali.. suka sangat bagitau last2 minute.. mana nak cari?? en hubby pulaks main futsal.. mula2 nak buat kek coklat jerk kan.. tup2.. susu cair/segar nan ado dalam stok.. last2 resepi yang paling senang.. kuih lapis laaa.. stok memang ada.. dan kali ni aku tidak mempedajalkan resepi asal cuma aku kurangkan sket sukatan gula dan air.. yang lain2 aku follow...




jemput makan ya...

untuk di bawa ke sekolah..

Hasilnya ok.. cuma masih agak lembik... aku pun tak tau kenapa.. ntah mana silapnya lagi.. tapi still boleh makan.. so, lepas ni aku kena cari resepi lain yang betul2 ngam2 soi lah... tak pun aku korek jerk buku resepi mak aku nanti.. hehhehehe.. malu nak cerita kat mak aku.. anaknya tak mewarisi kemahiran maknya... huhuhuuuhu..

Yang aku heran.. Amiera kata ada makan2 kat sekolah.. then bila aku tanya.. kawan2 makan ke tidak kuih.. katanya ada yang makan ada yang tidak.. pastu aku tanyalah Amiera makan apa lagi.. kawan2 bawak apa.. katanya dia makan bihun jerk.. pastu makan kuih yg mama buat.. aiiittt.. bukannya ke Amiera tak suka kuih2 manis2 ni.. pastu dia cakap.. Amiera suka lah.. sedappp... (sambil buat muka ngades2nya tu..).. pastu pulaks dia tak offer kat kawan2 dia yang lain..

Masa lepas sekolah tu.. Amiera sempat lagi ke rumah kawan dia kat blok sebelah.. lepas tu kawan dia temankan dia balik.. balik tu siaplah kena sound ngan aku.. aku pesan lain kali kalau nak pergi rumah kawan telefon mama dulu... buat susah hati aku jerk.. kata Amiera ada kawan nak datang rumah.. tapi dia malu... katanya lagi kawan tu nak makan kuih yg mama buat.. petangnya kawan Amiera ngan 2 orang adik-beradik dia datang rumah belah petangnya.. bila teringat cerita Amiera aku hidanglah kuih lapis ni ngan makanan2 lain..happy tengok budak2 makan.. teringat masa aku sekolah rendah dulu.. pergi rumah kawan yg dekat ngan sekolah kalau ada sekolah petang.. siap mandi ngan makan sekali kat rumah dia.. mak dia baik sangat2.. kenangan yg tak akan aku lupakan sampai bila2..

Comments

Suraya Baharun said…
wahhh!!!nampak cantik skit...
Faina Arisya said…
Su..

bolehlah.. takdelah cantik bebenor..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah