Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lepat pisang

Ingat tak n3 masakan malas aku sebelum ni..

Haaa.. kan aku ada tulis.. dalam malas2 aku tu sempat lagi aku masak lepat pisang.. teringin wei nak makan.. bahan2 since Jumaat lepas aku dah beli tapi tak terbuat masa cuti2 baru ni..

Memandangkan pisang emas semakin masak dan daun pisang semakin kekuningan.. daripada dibuang macam gitu jerk.. baik aku buat..

lepat pisang yang sudah di kukus.. panas2 lagi ni..

Resepi:- (pun semudah ABC)

Lepat Pisang


10 biji Pisang emas di bawa belayar bersaiz sederhana
1 cawan tepung gandum - ayak dulu yo
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
secubit garam

Cara:

1. Layu kan daun pisang yang dah siap dipotong.. saiz empat segi tepat.. agak2 dalam 6cm.. aku belasah jerk.. takde masa nak ngukur2 ni..
2. Lenyekkan pisang emas.. pastu masukkan semua bahan2 tadi.. kacau sebati..
3. Pastu sudukan kat atas daun pisang tadi.. pastu lipat daun pisang tu molek2 ..
4. Kukus 20-25 minit..
5. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu baru sedap di ngap!

  
tapi aku ni jenis tak menyempat.. panas2 tu jugak aku bawak kuar.. dah ngap masuk mulut.. uwarhhhh... panas.. panas.. 

jemput makan semua..  selamat mencuba..

** teringat mak aku.. dulu dia rajin buat lepat pisang tapi mak aku suka campur ngan kelapa.. aku tak suka sangat... hehehehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah