Posts

Showing posts from May, 2012

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Keputusan yang agak memberangsangkan.. tapi

Salam.. Hmmm.. lamanya tak update blog citer hal sendiri.. takde mood ok!.. dari terbiar kosong tak berupdate aku just masukkan info2 untuk bacaan semua... ehehehhe.. ni pun baru ada idea nak taip.. Oh ya.. sebelum meneruskan cerita.. hmmm.. Karnival Sejuta Belia dah start kan.. tapi alahai.. cam malas jerk nak pergi walaupun hati meruntun2 nak pi tengok.. en hubby.. jom turun malam ni bley?? hehehhehe.. tak pasal2 kena siku.. sebab nanti aku yang kuat komplen sebab penat.. esok nak kena gi kerja.. kalau nak pergi hari cuti.. konpom padat.. lagilah malas... dulu masa kat opis lama.. apa2 aktiviti kat presint 2 tu memang tak miss tengok.. tapi bila dah pindah ke sini.. alahai.. harapkan Alamanda jerk laaa... huhuhuuh.. Ok.. berbalik pada cerita asal..

Tips Kesihatan

Copy dari email untuk panduan semua.. Kawan saya (dah arwah)...... . dari usia muda..... pagi nescafe..... 2 X.. petang nescafe....2X. .. malam nescafe....? X... depan mata saya........ . bengun dari kerusi ........ kaki dia terus patah.... tulang dia reput..... Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.. Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat

Disneyland @ Malaysia

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia. Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata,

Tazkirah Jumaat : TOLONG DUDUK

Image
Pesanan untuk semua dan utk diri sendiri gaks..   kredit kpd pihak yang mengeluarkan pesanan ini..

Sesekali teringin

Image
Petang semalam... Tekak rasa nak makan sesuatu.. nak2 pulak petang semalam hujan.. mesti sedap ngap panas2 kan.. sementara menunggu en hubby ngan Amiera balik.. cepat2 aku kemas2 dapur dulu.. dan mulakan projek masak memasak.. Menu yang teringin sangat aku nak makan petang semalam adalah roti jala cecah ngan kari ayam.. mmmm... dah terliuq ni... Mula2 aku masak dulu kari ayam.. sementara nak nunggu masak.. aku blend dulu bancuhan nak buat roti jala... sementara kari tengah mendidih.. Amiera pun sampai.. terus dia cakap... mmmmmmmmmmmmm.... sedapnya bau! (hmmm.. laparlah tu.. )

Selamat Hari Guru!

Image
Selamat Hari Guru kepada semua insan2 yang bergelar cikgu, pensyarah or whatsoever gelaran yang diberikan.. especially kepada guru2 yang pernah mengajar aku dan anak2 aku.. tak lupa juga buat sanak sedara dan sahabat handai yang bergelar guru.. terima kasih banyak2 atas usaha dan jasa kalian untuk menjadikan kami manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.. Penghargaan untuk semua Cikgu! Psttttttttt... semalam Amiera tak request apa pun untuk Hari Guru ni.. hmmm... dia ni masih ngan dunia khayalan sendiri.. ntah dia ingat ke tidak.. agaknya kat sekolah tadi mesti dia tengok kawan2 bagi hadiah kat cikgu2 dia.. tapi dia??? hmmmm.. takpe.. aku nak dengar apa cerita dia petang karang.. aku nak dia sedar sendiri akan adanya Hari Guru.. mama dia pun guru gaks pe! cikgu paling garang ok! hari2 dok tolong dia buat ulangkaji pelajaran untuk exam this week..

Jalan2 @ Ikea

Image
Aktiviti Sabtu lepas.. Lepas kami pi melawat kembar tak seiras aku aka ibu angkat Amiera yang telah selamat melahirkan baby girl baru2 ni.. kami meneruskan aktiviti jalan2 kali ni ke Ikea.. Lama sih tak ke Ikea.. kalau tak silap aku since Amiera 3 tahun kot.. sejak dari tu kami tak pergi2 dah.. sebabnya Amiera ligat.. berlari sana sini.. aku naik risau ngan barang2 kat Ikea tu.. Memandangkan Amiera pun dah besar.. Fateh rasanya boleh dikawal.. tak boleh kawal pun buat2 jerk bleh di kawal.. hehhehehe... perjalanan nak ke Ikea tu kami main hantam saja.. memang tak ingat jalan.. nasib baik jumpa jugaks.. fuhhh.. kalau tak tu memang patah balik lah jawabnya... Yang tak syoknya ke Ikea ni.. nak kena lalu semua tempat baru boleh keluar.. letih ooo berjalan..   muka sedih sebab?? alkisahnya ada sorang budak tu kacau belon dia.. lepas tu mak budak tu larang lah budak tu.. then budak tu nanges.. so, Fateh pun sebak gaks.. mungkin dia ingat dia lah punca budak tu nanges... huuuuuhu.

Puteri Fariesyah Firmayra

Haaaa... Ni baru betul.. ni lah anak sedara yang benar2 ada ikatan kekeluargaan.. welcome to our family.. Baru saja dilahirkan ke dunia pada 8 Mei yang lalu.. di Hosp Sg Buloh.. Masih tidak berkesempatan nak pergi menziarah.. InsyaAllah.. akan ketemu juga.. anyway tahniah to my BIL & Wife atas kelahiran cahayamata yang ke-2.. alhamdulillah.. dah sepasang.. ramai sungguh yg dapat sepasang tahun ni.. nak2 pulak ramai baby girl yg lahir.. InsyaAllah.. tahun depan tambah lagi sorang ahli dalam keluarga en hubby.. my SIL bakal menimang cahayamata yang pertama.. InsyaAllah.. tahniah Gie.. hope jaga kesihatan diri dan kandungan dengan baik2.. Bila tengok baby2 ni.. rasa geram sangat2.. nak baby gaks laaa... hehhehhee... tak bleh.. tak bleh.. kena ada perancangan.. target kena ada.. InsyaAllah.. semoga segala perancangan diberkatiNya.. aminnnnn...

Anak2 sedara baru..

Image
Di bulan Mei ni.. kawan2 opis aku telah selamat melahirkan zuriat yang comel2 belaka.. Sebut pasal kawan2 di opis ni.. kiranya dah macam family sendiri sebab banyak masa kita habis dengan mereka.. nak2 pulak masing2 duk sekitar sini jugaks.. so, saling kenal mengenali family masing2.. So, anak mereka dah jadi macam anak sedara aku jugaks.. walaupun tiada pertalian darah.. hanya pertalian sedara seIslam.. tapi rasa kemesraan tu dah macam sedara sendiri.. Meh aku perkenalkan anak sedara baru aku yang pertama dalam tahun ni... Namanya Dalis Sofeeya .. tapi pics takde dalam kamera digi aku.. lupa nak bawak kamera masa ziarah opismate aku tu.. lahir pada 17 Apr di klinik pakar swasta Seremban.. secara ceaserean.. Anak sedara yang ke-2..   Hanan Zulaikha.. lahir pada 7 Mei.. di Hosp Putrajaya.. seberat 2.75kg secara normal.. Anak sedara yang ke-3..   Nama masih belum disahkan.. lahir pada hari ini 14 Mei di Hosp Serdang.. seberat 3.89kg secara normal.. Tahniah diu

Aku sebatang payung

Aittttt... kisah payung lagi?? kisah ni Isnin lepas.. tapi aku nak cerita gaks pasal payung kesayangan aku tu dalam blog ni sebab since Isnin aku tak boleh nak post apa2 n3 kat blog.. khabarnya orang2 network tengah test firewall.. Ingat tak n3 aku pasal payung Strawberry.. tak ingat klik sini .. dalam n3 tu aku ada sebut pasal 'Aku Sebatang Payung'.. Dan tak semena2.. beberapa minggu kemudian.. payung kesayangan aku tu leh baca n3 tu kalau tak ingat telah dicuri orang.. Dan yang terkini.. Isnin baru2 ni.. Inilah kisah sebenar 'Aku Sebatang Payung'

Lelong.. lelong...

Image
Sapa mau.. sapa mau?? Lelong.. lelong.. banyak murah ma... buy 1 free 1 lagi lorr... manyak amoiiii.. special edisyen.. import mali maa.. kuning langcat mau ka??.. putih gebu mau ka??.. kelabu asap pun ada lor... lelong.. lelong.. kasi lelong.. kasi murah! Hehehhehehehhe... tahu dek mak aku maun kena hobin aku kang! terkebil2 aku kena lazer ngan mak aku.. Nak tau apa??

Alhamdulillah..

Salam pagi Jumaat.. Fuhhh.. hampir seminggu tak boleh nak post kat blog dan fb kat opis ni.. asyik dok tengok orang post jerk.. huhuhuhuuu... Tengahari2 karang aku update mana2 yg tak berupdate ya!

Nasib Periuk

Image
Kenapa dengan nasib periuk tu?? Agak2nya periuk mana yang bernasib baik mendapat sambutan kot.. Korang tau ke nasib periuk ni apa?? Sebenarnya nasib periuk ni adalah acara yang selalu diadakan di mana2 sahaja.. cuma gelaran jerk yang berbeza.. kalau kita orang2 Melayu ni.. biasanya panggil jamuan ringan atau apa sahaja jenis jamuan.. dan dalam jamuan ni juga ada yang terlebih rajin membawa hidangan sendiri untuk dijamu.. tapi bila dunia dah moden ni.. pastu pulaks banyak sangat ikut stail barat ni.. maka terhasillah perkataan 'potluck'.. tak bleh ke membudayakan Bahasa Melayu?? ecehceh.. ngalah pakar bahasa.. ya ampun.. So, hari ni sempena Jumaat yang mulia.. opis aku ada buat 'nasib periuk' ni.. memandangkan perancangan serta  pemberitahuan pun di saat2 akhir.. ramai yang tak prepare membawa makanan sendiri.. maklumlah kan.. dah petang2 nak pi cari bahan.. apa kes kan.. pastu nak kena memikior lagi.. fuhhh.. letih!! 'Nasib Periuk' kali ni agak kurang

Padang Kota

Image
Salam Jumaat.. Meh nak sambung balik aktiviti cuti2 kami di Penang.. lepas ke Bukit Bendera kami sambung perjalanan ke padang kota.. pun tak pernah dengar.. maklumlah kami jarang ke Penang ni.. nasib baik ada BIL yang tahu jalan.. kalau tak mahu sesat kami kat Penang.. dengan jalan yang sempit dan pemandu2 kereta yang tak berhemah.. nak masuk kiri kanan suka2 hati mak pak diorang.. weiii.. bagi signal lah! terkejut beruk kami bila ada satu kereta main masuk jerk laluan kami.. grrrrrrrrrr... bodo punya olang.. lu ingat ni apa?? game lumba kereta ke? Dalam kalut2 tu pun sempat lagi aku snap bangunan2 menarik dari dalam kereta..   Komtar.. 

Keluhan Mangsa Banjir Kilat

Image
Semalam... Kan hujan lebat sampai banyak tempat dilanda banjir.. Memandangkan waktu tu Amiera akan naik van untuk ke sekolah agama.. aku dah mintak tolong pengusaha van bagitau driver utk payungkan budak2 sekolah.. tapi.. Balik dari sekolah agama.. Amiera tanya aku samada aku baca tak msg dia.. (dlm kes ni Amiera menggunakan hp en hubby utk msg aku).. aku tak dengar msg berbunyi.. sebelah malamnya.. aku check hp.. baca msg Amiera.. ni aku taip balik apa yg dihantar oleh Amiera.. "mama kasut mira basah sebab kena hujan sampai banjir longkang dah penuh air hujan lebat air sedahana pacik rosli tak ambil mira pacik rosli buat de je mama"   sekadar hiasan.. kredit to kosmo Kalau baca depan cikgu ni tak cukup nafas ni! langsung takde stop.. Amiera.. amiera.. somput dado mak ko ni dibuek eh!! dahlah somput nak baco.. tak faham langsung kisah longkang tu!! hehehhehe... so, faham2 sendirilah yo..   Amiera geram ni mama... mmmmmmmmmmm... Kesian anak aku kan..  wal

Jalan2 @ Penang Hill aka Bukit Bendera

Image
Cuti baru2 ni.. alang2 cuti sempena Hari Buruh.. so, kami pun cuti hari Isnin.. Amiera.. hmmm.. standardlah kan.. syyyyyyyy.. Asalnya cuma nak balik umah MIL.. pastu en hubby ajak aku pi umah my SIL utk jalan2.. alang2 dah arah ke utara sana.. aku plan pulaks untuk ke Penang.. ke Bukit Bendera.. kami tak pernah pergi pun.. en hubby pun setuju.. so, plan asalnya kami akan ke rumah SIL petang Ahad dan akan ke Bukit Bendera keesokan harinya.. Bertolak dari Putrajaya agak lewat sebab nak cuci2 apa yg patut.. sampai kat umah MIL dah malam.. Planning bertukar sebab family adik en hubby pun nak pergi jugaks.. termasuk FIL & MIL.. so, tak jadiklah kami pi rumah SIL.. so, kami ke Penang terus dari Ipoh..   @ Penang Bridge.. lama dah tak ke sini..   pemandangan yang cantik.. panas terik..

Mee Rebus Ramli

Image
N3 petang Rabu.. sejuk2 hujan lebat2 ni kan... meh aku jamu uols dengan mee rebus Ramli yang famous de amous kat Perak nun.. Kebetulan kami balik ke sana baru2 ni.. so, tak lepaskan peluang makan2 kat sana.. teringin gamaknya.. dapat makan semangkuk pun dah kira puas.. tu aku lah.. sebab aku boleh terima rasanya.. tapi aku lebih prefer yang biasa dan bukannya special sebab hat special tu ada ayam.. aku tak suka sangat..   mee rebus biasa.. harga RM4.. dapat makan ni pun dah sodap.. ada kentang, tauhu, telur rebus.. hmm my peberet..   mee rebus special.. harga RM6.. en hubby order..

Mintak TOLONG!!

Image
Salam semua... Perhatian untuk bloggers, silent readers dan warga Putrajaya yang baca blog aku nieeeeeeeeee.... Kalau korang jumpa lelaki India / Bangla yang berpakaian ala2 tukang sapu.. means bukannya smart sangat lah kan.. dan sedang asyik memakai payung giler babas cun.. ala2 romantik gitu (yeiiiii.. ingat apa haaaaaa.. ingat Bollywood ke sini??).. di Presint 15 aka Presint Diplomatik.. sila rampas payung itu bagi pihak saya... pastu korang pelempang sket ngan mamat bodoh tu (gurau jerk)!! boleyyyyyyyyy???? Orang itu telah mencuri payung kesayangan saya tengahari tadi di depan klinik An-Nur.. walaupun telah dijerit oleh staff nurse kat situ.. boleh pulaks dia lari... hampagas betul punya orang.. agak2lah nak curi pun...   inilah rupa payung kesayangan saya tu! Kalau setakat payung murah2 tu aku tak kesah lah sangat.. ni susah gaks tau aku nak beli balik... dahlah payung ni masih elok lagi.. huhuhuhuhuhuhu.. plsssssssssss ya kawan2.... Dan kalau uols dah jumpa.. m