Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Padang Kota

Salam Jumaat..

Meh nak sambung balik aktiviti cuti2 kami di Penang.. lepas ke Bukit Bendera kami sambung perjalanan ke padang kota.. pun tak pernah dengar.. maklumlah kami jarang ke Penang ni.. nasib baik ada BIL yang tahu jalan.. kalau tak mahu sesat kami kat Penang.. dengan jalan yang sempit dan pemandu2 kereta yang tak berhemah.. nak masuk kiri kanan suka2 hati mak pak diorang.. weiii.. bagi signal lah! terkejut beruk kami bila ada satu kereta main masuk jerk laluan kami.. grrrrrrrrrr... bodo punya olang.. lu ingat ni apa?? game lumba kereta ke?

Dalam kalut2 tu pun sempat lagi aku snap bangunan2 menarik dari dalam kereta..

Komtar.. 


  
Menara Jam..

Sampai di Padang Kota.. kami jalan2 cari makan..

macam2 makanan dijual.. ada pasembor.. kerang rebus.. dan lain2 lah.. tak sempat aku nak terjah..

Fateh ada jerk keletahnya kalau nak bergambar..


budak2 seronok bermain di tepi tembok.. aku pulak naik risau takut diorang jatuh..

lepas kenyang kami bergerak balik.. kali ni kami balik naik feri.. nak menunggu naik feri ni hampir sejam.. mungkin sebab waktu tu ramai orang baru balik keje.. tu yang jem tak hengat..

 ready nak masuk ke dalam feri..
 
inilah jenis feri yang bawak orang dan kenderaan2..

Fateh nak tengok jugaks.. cian dia.. tidak diendahkan dek akak dia..

aku pun tak sanggup nak dukung dia.. nak tau kenapa?? haaa.. boleh pulaks dia bagi perfume free kat kami dalam kereta.. jenuhlah menahan hampir sejam..

kapal yang dah agak usang..

So, itu saja perjalanan cuti2 kami di Penang.. 

Ni kenangan anak2 aku ngan baju dari Penang Hill.. baju Fateh tersendat sket.. aku tak perasan masa beli.. cisss... 

Comments

Suraya Baharun said…
comey je baju fateh ngan kakak...
Faina Arisya said…
su..

harga baju tu takde lah mahal sangat.. tapi hat tu jerk yg berkenan dan sedondon..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah