Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Alhamdulillah.. Fateh bakal di bedah?

Semalam..

Agen insurans bagi aku cek.. almost RM4k.. tak sempat nak snap pic.. semalam dah settlekan.. blehlah cover balik kos rawatan masa Fateh masuk wad April yg lalu.. alhamdulillah.. kurang beban.. syukur sangat2.. terima kasih agen yg sangat baik hati dan senang berurusan.. terkadang aku pulaks yg rasa malu.. maklumlah satu opis katakan...

Dokumen Fateh masuk wad bulan lepas masih tak submit lagi kat agen tu.. tapi mungkin tak akan dapat cover semua.. apa kan daya mungkin tiada rezeki di situ.. at least kata agen tu mungkin hanya akan dapat elaun wad.. tak kisahlah.. asalkan dapat mengurangkan kos rawatan tempohari..

Minggu lepas.. beberapa hari selepas Fateh masuk wad.. Fateh demam semula.. kami bawak balik dia ke Annur.. dr Khairul takde.. dr Paed yg bertugas refer kami ke Serdang.. tapi aku macam tak sanggup.. sebab nak jumpa pakar ENT belum tentu dapat cepat.. then kami cadang ke HUKM.. kebetulan dr Paed tu pernah bekerja di PPUM.. katanya di sana ada walk-in.. so, besar kemungkinan kat HUKM pun sama..

Esoknya.. kami call HUKM..


Staff nurse tu suh kami datang dulu.. mereka akan tengok dulu surat rujukan dr Paed..

So, bergegaslah kami ke HUKM.. dahlah lama tak pi sana.. kalut cari jalan.. dengan jemnya awal pagi tu... hehehhehe.. pusing sana sini.. last2 jumpa jugaks.. satu hal pulaks nak cari parking... erhhhh! takde pulaks.. so, aku suh en hubby parking jerk kat tepi2 kereta orang.. tinggalkan no phone.. nanti orang tu nak keluar.. kita bleh dapat parking.. amacam ok tak idea aku tu?? dah terdesak beb!!

Dahlah tak pernah berurusan langsung ngan HUKM.. satu hal lagi nak carik klinik pakar ENT..

Tengok dah ramai orang.. lepas register.. nurse tu kata boleh walk-in.. alhamdulillah.. sementara nak menunggu tu sempatlah kami pi sarapan dulu..

Bila tiba giliran kami nak jumpa dr ENT.. en hubby aku pulak tengah alihkan kereta.. kebetulan.. time dia takde tu lah nama Fateh dipanggil.. masuk2 jerk.. ada sorang prof dan 4 orang dr praktikal kot.. ntahlah..

Aku paling tak suka orang yg berlagak2 ni.. eiiiiiiiii... tension tul! aku taulah pangkat ko tinggi.. (tapi kubur kat tanah jugak tau!).. tak taulah kan.. kot2 dia nak control macho dia depan dr2 pelatih tu kan.. arghhhh.. lantaklah.. yg penting anak aku mesti sihat!

Masa diagnose tu.. bukan prof tu pun yg buat.. dr pelatih tu yg buat kerja.. dia tengok jerk.. hasil diagnose tu.. dr tu kata tonsil fateh tahap 3.. tidak kritikal sangat.. dan dalam telinga dia ada air.. tapi kedudukan dia jauh di dalam.. lepas tanya perihal Fateh.. bla..bla.. bla.. prof decide operate..

So, tarikh operate dah set pada 6 Sept.. tapi Fateh kena masuk wad sehari sebelum.. dr bekalkan ubat utk 3 bulan.. tapi aku ambik sebulan dulu... mana idaknya.. nak kena bayar cash.. aku tak sempat nak keluarkan GL..

Hopefully.. Fateh bleh sihat sebelum dia di operate.. kalau tidak akan di tunda lagi.. walaupun jauh di sudut hati aku risau.. tapi nak buat macam mana.. aku lagi tak sanggup tengok Fateh sentiasa demam..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah