Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti2 Bukit Tinggi - Japanase Village

Salam..

Meh nak sambung balik cerita ceriti cuti2 kami di Bukit Tinggi atau sekarang ni dikenali sebagai Berjaya Hill..

Lepas keluar dari Colmar tu.. kami singgah di Japanese Village.. nak tengok jugaklah kan.. apa ke bendanya.. menarik ke kan... masuk adalah percuma ok!

Sampai di situ.. semua kereta kena park di tempat yg telah disediakan.. bagi pengunjung2 yg menginap di Colmar.. boleh menaiki bas yang disediakan untuk ke JapaneseVillage ni..

Nak ke Japanese Village tu adalah satu perjalanan yg agak memenatkan.. so, kalau korang yg ada asma atau adik beradik lelah.. blehlah berenti kejap2.. pastu bawak siap2 air kosong ok.. lotih! walaupun Japanese Village ni terletak di Bukit Tinggi.. tapi tak sejuk mana pun.. kalau dah penat tu berpoluh2 gak lah..


Tak nak cerita banyak.. layan gambar sambil cerita ceriti..

Apa yang ada di Japanese Village tu?? baca signboard ok!

time ni korang standby membongkok.. memang betul2 membukit..

Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika.. mmm...

naik lagi ke atas.. erkkk... letih oooo.. sakit lutut aku ni..

pemandangan yang menarik.. 

sampailah ke rumah Jepun ni.. kocik yo.. macam pondok.. ada 2 wanita berkimono duduk bersimpuh.. alololo.. aunty.. tunggu abg samurai balik ke??

pandangan tepi rumah.. dapur kot..

sungai ni tak sure buatan sendiri atau semulajadi..

like father like son..

keje si Fateh ni kutip batu2 kecik pastu lempar ke sungai.. aku naik risau..

kalau sapa2 rasa letih kaki dan sakit2 urat.. blehlah singgah ke SPA dulu yo..

lepas ni akan jumpa Botanical Garden.. tapi aku dah tak larat nak pi..

sebelum balik.. singgah dulu di kedai Souvenier.. pekena ice-cream.. hat biasa2 tu seketul RM2.. yg jenis cornetto RM5..

nyamannya.. 

AMARAN!! tak boleh makan sebarangan sebab boleh mengundang insan2 yang tak diundang!


posing lagi..

aittt.. tak habis2 lagi.. hmmm.. sedap ke??

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah