Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Saham Akhirat : Sumbangan Surau

Ni aku copy paste dari email yg aku dapat.. so, sesiapa yg berniat utk menderma atau membuat amal kebajikan utk bekalan di akhirat.. dipersilakan menghubungi pihak yang berkenaan...
YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROJEK MEMPERINDAHKAN SURAU AL-INSANIAH, KAMPUNG KUALA PAJAM, BERANANG, SELANGOR KE ARAH MENGIMARAHKAN SURAU SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Program Penilaian Profesional bagi membolehkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Lantikan 1/2011 melaksanakan program Community Service and Responsibility (CSR) yang merupakan program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, satu program CSR telah dirancang untuk diadakan di Surau Al-Insaniah, Kg Kuala Pajam, Beranang, Selangor  pada 8 Julai 2012 (Ahad). Surau tersebut merupakan tempat tumpuan utama penduduk setempat yang kebanyakkannya terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal untuk menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan seperti solat terawih, tadarus Al-Quran dan sebagainya.
3.  Oleh yang demikian, antara aktiviti yang akan adalah seperti gotong-royong membersihkan kawasan dan mengecat surau serta menyediakan kelengkapan surau untuk digunakan oleh qariah surau khususnya sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, dicadangkan juga untuk diadakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk golongan warga emas di kampung tersebut bagi memberi kesedaran mengenai tahap kesihatan masing-masing. 
4.    Sehubungan itu, saya ingin memohon jasa baik  YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Antara sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:
i
Kelengkapan surau:
:
a)    Al-Quran dan Surah Yasin
b)    Sejadah
c)    Telekung
d)    Selipar Wuduk 
          e)    Pinggan mangkuk utk jamuan moreh
f) Kelengkapan peralatan memasak untuk kenduri di surau – periuk nasi, kuali, dll
ii
Penyediaan Ruang Penyimpanan Barangan
:
a)    Almari Kayu
b)    Rak Besi 
c)    Rak Kasut 
iii
Aktiviti gotong-royong
:
a)    Cat berwarna putih
b)    Sabun pencuci longkang
c)    Sabun pencuci tandas
d)    Sabun pencuci lantai
e)    Plastik sampah
iv
Pemeriksaan kesihatan percuma
:
a) Strip bagi mesin glucometer (pemeriksaan gula dalam darah) – 100 orang
5.  Untuk makluman, pihak kami juga bersedia untuk ke tempat YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengumpulkan sumbangan tersebut jika diperlukan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urusetia program seperti di bawah:

                  i.       Puan Nurul Wahida Binti Mat Aron                   03-88832023
                  ii.      Puan Asmalaili bt Ahmad Sanusi                        03-88832009
                  iii.     Puan Shareena bt Sakiman                                 03-88832032


Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah