Yuhuuuuu... ke mana tew??

Salam semua.. sihat ke?

Hampir seminggu aku tak bersiaran di blog kesayangan aku ni..

Maklumlah.. asalnya aku takde cerita.. bila dah ada cerita nak diceritakan.. aku pulaks yg bermasalah..

Aku demam lor.. huhuhuuhu... ni pun belum pulih sepenuhnya.. tekak masih sakit2.. kepala masih berat.. hidung tersumbat sokmo.. punca.. aku rasa sebab aku makan ais-krim dan makan bubur kacang durian.. huhuhuhuhuhu.. sebab tu selama ni aku terpaksa kawal diri utk tidak makan benda2 yg boleh membuatkan aku sakit.. walaupun kadang2 teringin tu ada.. bila dah teringin ni lah padah eh!! tanggung lah!! siksa oooo...

Kesian aku kan... kesian laaaaaaaaaaaaa....

Yerlah bila aku sakit.. semua urusan rumahtangga aku tak boleh nak buat.. asyik terbaring jerk.. panasnya idaklah tinggi lebih 39 darjah.. tapi lembiknya lelebih pulaks.. maklumlah aku ni jarang demam.. sib baik ada en hubby yg sangat memahami... cececehhhh... dia lah yg take over keje2 rumah.. tq my dear.. walaupun aku terbaring2 tu.. tapi kepala aku still bekerja dok memikirkan perihal anak2.. dah mandi ke.. dah makan ke.. hehhehe... biasanya kalau aku demam.. Fateh tak dihantar ke taska.. aku boleh jerk handle dia.. tapi demam kali ni buat aku betul2 lembik.. dengan Fateh yg dah semakin ligat.. terpaksa jugak en hubby hantar dia ke taska..

Ok.. berbalik pada tajuk.. aku nak cerita pasal aktiviti riadah kami pada hari Jumaat dan Sabtu baru2 ni.. ke mana kami??


Sebelum musim cuti sekolah berakhir.. aku nak anak2 aku ada aktiviti.. walaupun tak pergi jauh2.. at least mereka ada aktiviti.. takdelah asyik terperuk jerk kan rumah.. kesian tau..

Jumaat tu.. kami tengok wayang cerita Snow White & The Huntsman.. dahlah duk sit ke dua dari depan.. sib baik selesa gaks.. wayang start kul 10 malam.. Fateh memang fokus.. walaupun saat2 akhir.. dia pun lena sebab jam dah nak dekat kul 12 tengah malam.. hehhehehhe.. 

pompuan tu cute laa walaupun kulit omputih tak berapa cantik..

Keesokannya... kami ke zoo negara.. walaupun dekat jerk.. tapi at least aku nak anak2 aku tak bosan.. sekurang2nya mereka ada aktiviti..

Lagipun seingat aku.. dah lama kami tak ke zoo negara.. aku cuba cari n3 tu kat blog ni tapi takde.. mungkin kami pergi sebelum wujudnya blog ni.. ntahlah.. tapi gambar kenangan tu memang ada.. dan yang pasti masa tu Amiera masih kecik lagi.. Fateh pulak tak pernah lagi ke zoo negara.. Fateh hanya pernah pergi ke zoo Melaka tapi masa tu pun kecik lagi.. tak tau menda.. memandangkan Fateh pun dah bleh faham.. maka lebih seronok aktiviti kami ke zoo..

Last kami pergi ke zoo negara.. harga tiket nak masuk zoo kalau tak silap aku dalam RM12 utk dewasa.. dan masa tu pun kat zoo negara takde yang menarik.. haiwan2 yg ada pun tak banyak sangat..

So, kali ni nak tengok apa perubahan yang telah berlaku.. yerlah kan harga tiket pun dah naik ke RM20 bagi pakej biasa dan RM25 utk yg nak masuk zoo serangga dan taman rama2..

kredit to zoo negara Malaysia.

So, tak nak citer banyak.. sambil tengok gambar sambil aku cerita perubahan2 yg berlaku.. actually aku suka posting aku bergambar.. baru ceria..

as usual.. sampai2 mesti posing dulu.. sempat lagi tu... walhal en hubby dah suh aku pergi dulu beratur nak beli tiket.. takut ramai.. sekali beratur diorang nak tengok ic pulaks kalau nak dapat harga tiket bagi warganegara.. caitttt.. en hubby aku pulaks tak sampai2 lagi..

zirafah dan gajah ni ntah dah keturunan berapa agaksnya.. takpun masih yg sama.. huhuhuhu.. tak berubah..

Fateh ralit nengok gajah tu.. cam tak caya jerk.. malam sebelum tengok gambar dalam phone jerk.. aku panggil suh posing... hmmm.. tak dilayannya..

ada peristiwa di sebalik gambar ni.. cer tengok betul2 muka gajah tu.. dia tengah senyum kan.. hehheheh.. sebab apa dia senyum?? sebab dia telah berjaya menyembur kat budak2 sekolah yg dok main2 ngan dia...

Fateh masih teruja ngan binatang2 di zoo..

memandangkan kami sampai agak dah nak tengahari.. binatang2 semua terbaring jerk.. ngantuks ler tu..

ehsan Bank Rakyat.. bestnya kan.. kalau banyak duit.. blehlah aku bina surau kat dalam zoo ni.. 

rumah burung.. ada perubahan dari segi papan tanda.. dalamnya.. masih seperti dulu..

alahai.. weiiii... bangunlah!! tidoq pulaks..

rimau ni serba tak kena.. keje dia asyik dok pusing jerk keliling pokok tu.. menurun ker apa?? 

pastu tak semena2 dia turun kat kolam air tu.. aku rasa kan.. dia ni dah lama tak makan daging manusia.. tu yang panas jerk tengok kami ramai2.. hehehhehe.. tengok dia macam tu aku pun takut.. cepat2 aku blaa... tak pasal2 datang angin meroyan dia.. lompat terus ke pagar.. haaa... kau.. mencelinap masing2 lari... hahhahahah.. teruk aku kan.. suka fikir yg bukan2..

banyak ruang rehat dibina dengan dekorasi yg menarik..

lepas penat berjalan.. pekena ais krim dulu.. aku tumpang sket jerk ngan Fateh ok.. sket jerk tau aku makan.. tu pun bleh sakit.. huhuhuhuu.. padan muka aku!

burung unta ni.. tegak jerk kepala tengok orang ramai.. bila dia nampak budak2 sekolah berlari2... makin seronok dia.. bising mulut dia.. tak tau lah kan.. samada dia suka ke atau dia geram.. grrrrr...

aiskrim vanilla sahaja dibenarkan.. risau sebenarnya nak bagi Fateh makan aiskrim.. tapi nasib baik dia ok.. syukur..

Fateh kat mana tu sayang?? di katanya kuda belang tu moooooo... whatever..

si landak.. 

ni lah zoo serangga dan taman rama2.. satu pembaharuan..

posing jerk udahlah.. kami tak masuk pun.. aku tak minat..

white spider.. aku rasa labah2 ni tak habis cat lagi.. huhuhu..

Ape Center.. still takde perubahan.. yg ada pun.. hat gambarajah ni..

us..

ulat gonggok.. besar siot.. geli geleman nengok kaki dia yg banyak tu..

haaa... ni best.. biasanya nengok dalam tv jerk.. kali ni tengok live.. takut arhhh ngan binatang ni..  ganas...

cantik..

kura2 ke penyu.. tak sempat nak tengok info.. besar gedabak..

ular sawa.. kebetulan diorang ada masa kami sampai... kalau tak tu memang tak jumpalah.. rumah ular ni memang takde perubahan... sorry yer dik.. akak ambik gambar korang.. kalau sapa2 nak bergambar bleh no hal.. tapi kenalah sumbangkan derma sket ikut kemampuan..

ular kecik pun ada..

masa mula2 aku snap gambar ni.. aku nampak sekor jerk.. bila aku edit gambar ni.. aittt.. rupa2nya ada sekor lagi kat bawah... hhuhuhuuh... rabun.. rabun...

ni pun baru.. blehlah posing sat.. 

air yg tenang jangan disangka tiada naga.. dialog Mawi dalam Magika..

ni sekor lagi.. pemalas sungguh.. kepala dan mata dia jerk yg bergerak.. grrrrrrr... gigit kang!

nampak perubahan yg ketara.. baru cantik.. barulah dinamakan zoo Negara..

eh.. eh.. kakak.. samalah konsep baju kakak ngan tram tu.. pink + black.. sebut pasal tram.. dah banyak tram kat situ.. nak naik kena bayar ok! kalau sapa2 rasa lutut tu ada something wrong.. baiklah naik.. toksah lah gagahkan diri nak jalan kaki..

kita minum dulu..

tapir.. tapir.. hang buat pe tu??

time ni Fateh dah tidur kepenatan.. sempatlah si papa posing ngan topi baru Fateh.. kalau tak ni jangan haraplah dia bagi.. masa shopPink ni Fateh masih ketiduran.. kalau tak semua dia nak..

kakak posing ngan topi gajah dia..

jaga2.. ada serangga besar tu kakak!

sarang lebah besar yg pernah aku jumpa..

see.. he's cool..

sekali ko dia nganga.. erkkkk... ngeri siot!

kul 3 ada persembahan.. cepat2 kami cop tempat.. duk tepi.. bolehlah...

persembahan pertama.. singa laut.. pandai sungguh dia clap..

persembahan kedua.. binturong.. bergayut guna ekornya..

burung kakak tua.. hinggap di lengannya..

pastu kami bla... persembahan tu kejap jerk pun..

tengok monyet2 ni.. Fateh masih ketiduran.. rugi sungguh dia tak jumpa monyet2 ni.. kalau tak dah kena tendangan padu Fateh.. selamat ko monyet..

children's world.. 

biasa2 sajork.. 

tunggu puteri bunian tak keluar2 ke bang?? larikssssssss...

tiba2 Amiera bleh pulak berdiri di tengah2 lautan.. apa kes??

empunya blog wajib posing gaks.. oooo... dah ada ISO.. patutlah!

kenangan kami bertiga.. en hubby tengah drive.. Fateh baru bangun tidur time ni..

apa lagi posing laaa ngan topi seladang dia.. grrr... garang ni..

fridge magnet jerk aku punya.. seketul pun mahal..

Amiera suka yg mata redup... huhuhuuu.. comel katanya!

oklah.. itu sajork cerita aku kali ni... oklah kan.. dari tak berupdate langsung... ok tatatititutu..


3 omelan:

Suraya Baharun said...

teringat kenangan g zoo awal tahun ni...mesti ramai org kan kak ina g time cuti sekolah??

Arina Shamsul said...

alahai ciannya..lepas ni kena jaga kesihatan betul2 la ye dear :)

Faina Arisya said...

su..

takdelah ramai sangat.. mungkin dah saat2 akhir cuti ni.. ramai pi tempat lain kot..

Arina..

sakit2 pun sempat lagi nak berdoodle2.. hehehhehe.. tq ya..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty