6 Ramadhan - Apa tipu2..

Salam pagi Isnin..

Sihat semua?? amacam cuti hujung minggu? seronok? ke beronok2.. hehehhehe...

Cuti 2 hari rasa cam tak puas kan.. rasa nak cuti jerk lama2.. hehehhehe.. bestnya laahhh...

Oklah.. aku nak sambung cerita kisah kami berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tahun ni..

Sepanjang hari ni takde apa yg istimewa.. kami menjalankan ibadah puasa seperti biasa.. cuma ada kisah di sebalik puasa hari yang ke-6 ini..


Sebelum tu menu berbuka pada puasa ke-6 ni hanya nasi ayam.. hehehhee.. kes malas nak masak.. sebab aku letih sangat2..


asal dapat berbuka ngan nasi yer dak??

Bersungguh2 aku nengok Amiera makan.. bertambah2.. makanan peberet dialah katakan.. 

Seperti biasa.. aku akan peringatkan Amiera untuk menanda kalendar.. simbol right tanda berjaya puasa, dan tanda pangkah jika tidak berjaya.. ntah macam mana.. tanda pangkah pada puasa yang ke-6.. aittt.. 

Aku tanya dia balik.. terkedu2 dia nak menjawabnya.. then baru Amiera berterus terang.. katanya.. kawan kat sekolah agama ajak dia minum air suam.. pastu diorang sama2 berdoa kat Allah minta maaf.. pastu kawan dia siap pesan jangan bagitau mak ayah.. haiii.. boleh pulaks camtu.. ajaran mana ni?? dah telan air pastu siap boleh mintak maap pulaks.. amboiii... ni bukan kes tak sengaja.. ni kes sengaja diada2kan..

Aku dah warning Amiera.. jangan ikut kawan.. mana boleh tipu mak ayah.. Allah marah.. kalau letih dan haus sekalipun.. kena sabar.. basuh muka.. kumur mulut tapi jangan telan air.. hehehhehe.. kang salah faham pulaks.. bla.. bla.. bla.. aku membebel kat dia..

So, dengan rasminya.. Amiera tidak berpuasa penuh pada hari yang ke-6.. huhuhuhu... rugi diri sendiri jerk.. setakat minum sket air suam.. apa yg dia dapat.. lapar tetap lapar.. dahaga tetap ada.. tu pengajaran untuk diri dia sendiri.. 

Nanti aku sambung n3 untuk Ramadhan seterusnya..


2 omelan:

Suraya Baharun said...

hehehhe...lawak la amiera..bahaya betul pengaruh kawan2 ni...

Faina Arisya said...

su..

tulah pasal.. mati2 kita ingat dia pose.. cisss

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty