Aku @ Majlis APC

Selesai sudah... lega..

Jom tengok gambar sambil aku cerita sket.. takde mood nak bercerita.. jari kaki aku sakit.. hehehhe.. kes tak suka pakai kasut high-heel dan skema2 ni..

siap belon tu!! meriah sungguh tengok belon tu.. pentas pun cantik..



aturcara majlis dan no giliran..memandangkan kerajaan dalam proses berjimat cermat.. paper bag ngan buku senarai nama penerima APC pun takde.. best lagi masa aku dapat APC tahun 2007.. huhuhuuh..

Oh ya.. nak jimat punya pasal.. majlis APC ni juga dibuat sekali dengan pelancaran sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55 dan kempen jalur gemilang.. best jugaks.. baru meriah.. awat tak sambut sekali besday aku yer?? huhuhuhu.. hello.. ko sapa??

rakan2 opis yg menerima APC..

  
khusyuk..

barulah blogger nak enterprem..

Selepas ketibaan YB Menteri, majlis dimulakan dengan lagu Negaraku dan bacaan doa..

kemudian ucapan dari Dato' KSU..

kemudian ucapan dari Menteri sekaligus merasmikan kempen jalur gemilang..

cantik belon ni disinari cahaya gemerlapan.. suka.. suka.. suka..

Menteri tengah nak rasmikan.. aku ingatkan belon2 tu akan berterbangan ke kan.. rupa2nya..

oooo.. bunting tu keluar.. dan tergantung di awang2an... ingatkan apa lah tadi..

Menteri menyampaikan bendera kepada setiap pengarah negeri bagi tujuan kempen jalur gemilang..

pastu nyanyi ramai2 lagu jalur gemilang dan 31 ogos.. tang ni memang best.. semangat sungguh semua orang.. memang best!

kemudian.. barulah majlis APC dimulakan..

bila masa giliran aku.. alamak.. ni yang aku maleh ni.. aku ni jenis darah gemuruh.. sedangkan beratur nak pi berurusan kat kaunter bank pun aku debor.. apatalah lagi nak naik atas pentas.. naik beratus2 kali pun tetap aku debor.. tangan sejuk2 wei.. hohohoho.. buek malu kaum yo.. walaupun petugas tu pesan suh tengok kamera.. ntah aku tengok ke ntak tidak.. aku rasa macam di awang2an.. hahahhahahahha... tahu2 aku dah turun kat bawah.. bleh gitu?

nasib baik tahun ni dapat terima sijil dari YB Menteri.. masa tahun 2007 tu menteri sibuk.. dia sampaikan kat beberapa bahagian jerk..

ni ler buat aku tangan sejuk2.. selesai dug dag jantung aku.. baru panas balik tangan aku... hehhehehhee.. poyo jerk..  

Selepas tamat sesi penyampaian sijil APC bagi sesi pertama.. kami dijamukan dengan persembahan koir kementerian..
 
suara dia ni best..

ewah..ewah.. ada tarian lagi..

suara dia pun best gaks.. muka pun comel..

kemudian sesi kedua disampaikan oleh YB Timbalan Menteri.. selepas tamat sesi kedua.. sambung lagi nyanyian koir..

lagu CT pun ada.. yg lain tak ingat..

dan sesi ketiga disampaikan oleh Dato' KSU dan KPK..

Selesai acara.. makan time.. ni lah yang ditunggu.. letih ooo duk lama2 dalam dewan.. fenin kepala otak aku ni..

apalah seronok tu ya..

masing2 dah lapaq..

menu.. 

Juadah pembuka selera.. erkkk.. takde rasa apa2.. hehehhe.. mana nak rasanya.. ko telan camtu jerk.. makanlah ngan sup tomato tu.. hehehhehe.. aku makan sup tu jerk.. sedap!

hidangan utama.. masih tak kena ngan tekak aku ni.. haiyaaa.. mana mau gumuk.. orang lain makan ok jerk.. huhuhuuhu..

desert.. buah jerk?? kalau dapat bubur kacang ke kan.. lagi sedap.. hehhehehe.. banyak cantik!

pastu minum kopi pahit.. ekk..

kami patah balik ke dewan utk ambik gambar..

sebahagian dari pegawai dari bahagian aku yg menerima APC..

sempat lagi posing ngan belon.. bawak balik bagi kat opismate utk kenangan..


4 omelan:

Suraya Baharun said...

tahniah kak ina...

Faina Arisya said...

su.. tq..

emyda said...

tgk kebanyakkan dpt APC tu bos2 mrk dah pindah...bila bos nak pindah leh kasi APC kekekeke

Faina Arisya said...

emyda..

tulah en jaafar.. en jaafar tak kedekut markah..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty