Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Floria 2012 - Magic of the Night

Sebelum Floria 2012 menutup tirai ahad ni dan sebelum kami balik kampung malam ni...

Untuk tidak melepaskan peluang melihat sendiri acara kemuncak setiap malam Floria 2012.. Magic of the night.. semalam en hubby berbesar hati nak bawak kami tengok bunga api... seronoknya bila anak2 kita seronok..

Kami kuar dari rumah dalam kul 9 lebih.. nasib baik cuaca cantik malam tu.. aku berlenggang jerk.. hanya berbekalkan kamera digi kesayangan aku tu.. yg lain2 aku tak bawak.. sampai kat presint 2 dah banyak kereta.. parking pun penuh.. last2 kami decide parking kat masjid besi.. jam dah nak kul 9.45 malam.. kelihatan dari jauh ada 3 kapal berhias berada di tasik.. hmmm.. mesti dah nak habis sebab di belakang kapal berhias sekali tu dah takde kapal lagi.. hmmm.. frust sket sebab tak dapat nak ambik gambar semua kapal berhias secara dekat..

kapal berhias di tengah tasik..

Dari masjid besi kami berjalan sampai satu tempat yang agak selesa untuk aku ambik gambar dan menikmati bunga api.. posisi yg amat sesuai utk pencinta kamera snap gambar2 cantik pd malam tu..

Jom tengok hasil kamera cikai aku tu di waktu2 tengah malam.. kamera aku tu kan ada masalah sket kalau mode malam ni.. (kes aku tak reti guna kot..)

pemandangan yg cantik.. dihiasi dengan lampu warna warni..
 
  
dah macam iCity.. boleh masuk boof of record Malaysia ni.. iCity terbesar di Malaysia..  heheh.. suka suki aku jerk nak declare..
 
  
meneruskan perjalan untuk cari port yg bersesuaian.. see.. sapa di depan.. haaa... nasib baik ko dah sihat Fateh oiiii...
 
  
kapal berhias ke-3 terakhir..


 
Tourism Malaysia.. 2nd terakhir..

aku tak sure yg terakhir tu kapal apa.. tak sempat nak snap..

langkawi..


dari negara Kenya..

 tak tau dari mana.. kocik bonar.. habis zoom dah ni..

 
 dari negara China..

  
semua kapal2 akan berkumpul di tasik berhadapan pentas utama.. memang pemandangan yg cantik dari tempat aku berdiri tu.. tapi dekat sket ngan pentas utama lagi cantik kot.. tapi tulah mesti sesak!


ni lah pentas utama nya.. ada penari2 kat situ..

acara kemuncak yang dinanti.. keluar jerk bunga api tu.. aku risau si Fateh takut2 ke kan.. tapi nasib baik dia relax jerk.. tapi still rapat2 depan aku.. aku nak snap gambar pun agak susah.. takut bergegar..
 
  
macam2 bentuk ada.. lotih tangan aku duk tekan punat kamera..


keluar jerk bunga api cepat2 aku klik..

kuar tang merah aku suker la.. nampak lagi meriah!

pastu aku tukar posisi kamera.. bagi nampak kapal berhias.. 

cantik sangat2..

dan hampir kemucak penutup acara bunga api.. magic of the night.. cantik2..

akhirnya...

tamat sudah.. so, ramai yg bersurai ke destinasi seterusnya.. jam pun dah nak kul 11 malam..

kami singgah sat kat pentas tari menari.. ingat kan ada CT.. hehehhehe.. silap daaaaa... ewah..ewah.. kelakar tengok gambar kedua.. habis lentik jari jemari penari tu..

dan tak sah kalau tak keluar gi mana2.. si kakak ni mesti nak air.. hmm.. ice blended laks tu.. eiiii.. tak sakit tekak ker?? aku yg minum sket pun dah batuk2 tengah malam..

mula2 si kakak yg bergambar.. tiba2 si adik berdiri jerk depan kayu tu.. huhuhuhu.. rupa2nya dia nak bergambar jugaks.. alolololo.. tomeinya..

kilauan cahaya yg membuatkan gambar kami pudar.. hehehhehe.. baguih jugaks.. aku sempoi jerk malam tu.. takdo mekap2 ni..

hujan lampu..

kapal2 pun berlumba2 nak balik ke pangkalan... hehehheheh.. letih sangat kot pekerja2 tu..

ntah apa jenis mainan ni pun aku tak tau.. memang jadi daya penarik pada budak2..

ok.. setakat ni sajork aktiviti tahunan kami di Floria 2012.. tahun dopan jumpo laie..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah