Posts

Showing posts from August, 2012

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Seminar, Majlis Tahlil & Jamuan Raya

Image
Pagi ni ada seminar keselamatan ICT..   semua khusyuk mendengar ke tidur eh?? hehehe.. Dan pihak kelab kebajikan bahagian turut menyelitkan beberapa agenda selepas tamatnya seminar keselamatan ICT.. Agenda kelab dimulakan dengan majlis tahlil dan bacaan yasin sempena pemergian arwah yang diketuai oleh TSUB.. al-Fatihah..

Kronologi Sebelum dan Selepas Kemalangan

Untuk tidak melupakan peristiwa pahit dalam kehidupan kami di pejabat.. aku nak abadikan serba sedikit kronologi sewaktu kami menerima berita kemalangan tersebut dalam blog ni.. maklumlah.. usia aku yg makin meningkat ni.. mudah sangat terlupa.. 27 OGOS 2012 Semangat raya masih ada.. agak moody di pagi2 hari.. so, borak2 kejap mengenai hari raya dan rumah terbuka.. baru jerk planning nak gi Open House rumah arwah.. yerlah kan arwah tiap2 tahun buat Open House.. cuma tahun lepas aku tak pergi rumah arwah sebab aku pun buat Open House.. tapi opismate cakap arwah tak nak buat Open House tahun ni sebab anak dia takde di Malaysia.. hmmm.. takde rezeki gamaknya tahun ni nak beraya rumah arwah.. Sepanjang seharian di pejabat.. aku tak nampak kelibat arwah.. aku pulaks tak pergi ke area meja arwah.. biasanya adalah jugak aku borak2 ngan opismate yg berdekatan ngan meja arwah.. tapi hari tu ntah takde mood nak ke mana2.. asyik duk ngadap pc jerk.. Menurut rakan2 yg berdekatan dengan ar

Keratan Akhbar Mengenai Kemalangan ~ akan kusimpan buat kenangan..

Image
kredit to berita harian kredit to kosmo kredit to utusan kredit to hMetro

Nukilan buat Arwah Kak Rosimah

Image
Assalamualaikum.. Mood masih takde nak cerita pasal raya baru2 ni.. masih terkejut dengan berita semalam.. insan yang sangat dihormati.. yang sangat terkenal dengan kecantikan, kelembutan, baik budi pekerti, pemurah, peramah... telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya.. sesekali teringat arwah dan tatkala menulis coretan ini.. bergenangan air mata ku.. huhuhuuhu... arwah akan sentiasa dalam ingatan kami.. al-Fatihah.. Sebelum ni hanya melihat di dada2 akhbar berita kemalangan maut.. tapi bila berlaku ke atas kawan sendiri.. sukar untuk membayangkannya..  Aku mengenali arwah secara rapat semenjak kami ditempatkan di dalam Unit yang sama.. satu nogori ngan den.. walaupun arwah di dalam sub-unit yang lain.. tetapi kredibiliti beliau amat aku sanjung.. arwah seorang yang sangat komited dengan kerja dan seorang yang sangat berhemah dalam berbicara atau berbincang soal kerja.. tak pernah aku bertegang urat dengan dia kerana sikap dia yang lemah lembut dalam memberi arahan membu

'Kembar' sudah tiada

Image
SEPANG: “Sebelum bercuti hari raya baru-baru ini, setiap hari boleh dikatakan dia pulang lewat kerana mahu menyelesaikan semua urusan kerja di pejabat,” kata seorang kakitangan Kementerian Kesihatan dikenali sebagai Hashimah mengenai nasib rakan sepejabatnya, Rosimah Mohammad, 47, yang maut dalam kemalangan di sini, semalam. Menurutnya, sebelum cuti Aidilfitri baru-baru ini, rakannya itu yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan, Putrajaya mahu menyelesaikan segala urusan berkaitan kerja di pejabat sebelum bercuti menyambut hari raya. “Dia menumpukan sepenuh hati terhadap urusan kerja kerana tidak mahu bertangguh. Datang awal ke pejabat seperti biasa dan hari-hari boleh dikatakan pulang lewat petang. “Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada Rosimah. Sebagai kawan baik memandangkan kami duduk bersebelahan meja, sudah tentu saya terkejut di atas kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang. Dalam kejadian pada ja

Tragedi 10 Syawal ~ al-Fatihah

Image
Syahdu pagi2 ini seperti lebatnya hujan di pagi hari.. mengiringi pemergian insan yang amat aku kenali.. baru jerk lepas tengok jenazah di Jabatan Forensik Hosp Serdang.. dapat jugak aku tengok dia buat kali terakhir.. Seorang kakak sepejabat ngan aku.. pernah satu unit ngan aku.. seorang yang sangat baik.. pemurah.. lemah lembut.. segala2nya baiklah.. telah di timpa kemalangan maut pagi tadi.. sesuatu yang tak disangka.. susah nak terima berita pemergian dia.. Allah lebih menyayangi beliau.. Takziah kepada keluarga allahyarhamah.. al-Fatihah.. mohon utk rakan2 yang mengenali saya utk menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.. allahyarhamah seorang yang sangat cantik.. Serba sedikit info.. Beliau kemalangan maut di laluan bayangan maut sempadan Putrajaya (area Desa Pinggiran) sebelum 8.30 pagi.. Update : Beliau mengalami luka dalaman.. details tidak dapat aku nyatakan di sini utk menjaga sensitiviti.. beliau meninggalkan 4 orang anak.. yg bongsu berumur 10 tahun.. sedih

7 Syawal ~ ke i-City

Image
Penat seharian berhari raya semalam tak hilang lagi.. Adik beradik en hubby pulang ke Ipoh dalam kul 10.. So, aku bergegas siapkan anak2 dan kemaskan rumah sementara en hubby ke Maidin beli barang basah sket utk masak tengahari.. family aku pulak nak mai.. Nak tak nak aku kemaskan dulu ruang tamu dan dapur.. tempat yg paling penting dikemaskan dahulu kalau tetamu nak datang.. hehhehe.. bilik2 nanti dulu.. barang2 dalam beg pun aku tak kemaskan lagi.. sapu2.. mop2.. settle.. mak aku tak suka rumah sepah2 ni.. En hubby balik.. aku sambung keje masak memasak.. masak ala kadar jerk.. buat nasi ayam.. diorang akan sampai tengahari.. mesti nak makan nasi kan.. en hubby pulak tolong kemaskan bilik dan basuh pakaian.. settle.. Family aku sampai ngam2.. aku pun dah nak siap.. alhamdulillah.. dipermudahkan.. Lepas makan, kami gerak ke Sg Buloh rumah abang aku..

6 Syawal ~ balik Putrajaya

Image
Sekejap jerk masa berlalu kan.. Pada awalnya.. memang kami plan balik pada hari raya ke-6.. boleh mengelakkan jem dan dapatlah berehat dan mengemaskan rumah.. Tanpa dirancang.. family adik beradik hubby pun nak turut serta.. tapi tak semualah yg join.. ada yang dah start keje.. So, sebelum pukul 9 kalau tak silap.. kami gerak dari Ipoh.. dengan Fateh yang tak bangun2 lagi.. aku angkut jerk masuk dalam kereta.. kami akan singgah kat mana2 hentian utk sarapan dan mandikan anak2 yg tak mandi lagi.. hehehhehe.. first time ni aku tak mandikan Fateh sebelum kuar jalan2.. Pada mulanya nak singgah Tapah jerk.. tapi mak aiiiiiiiiii.. penuh.. mungkin ramai yang dah mula nak balik KL.. so, kami teruskan perjalanan dan singgah di hentian Ulu Bernam.. nasib baik tak ramai orang... blehlah kami uruskan anak2 dan sarapan dengan tenang..   sedapnya milo ais.. Sampai di KL rumah pak sedara dalam pukul 12 lebih.. makan tengahari di sana.. juadah nasi tomato, kari ayam, jelatah dan sambal

5 Syawal ~ Fun Fair

Image
Aktiviti pada 5 Syawal.. Masak memasak acara wajib.. menu yang dihidangkan.. laksa, nasi tomato, dalca, ayam masak merah dan ayam goreng berempah.. alhamdulillah... Petangnya.. kami pi beraya rumah mak sedara sepupu belah arwah ayah aku.. first time nak jumpa ni.. sebelum ni aku cuma jumpa anak dia jerk.. dah banyak kali balik Ipoh.. tak pernah nak pergi nya.. apa punya anak sedara.. hehhehe.. malu gamaknya pun.. Untuk rekod.. lepas kenal dua pupu aku tu.. baru aku tau.. yg aku ada sedara yg tak jauh ngan rumah mertua aku tu.. huhuhuu.. kecilnya dunia.. Sayangnya.. excited nak jumpa.. sampai lupa nak bergambar.. hmmm.. takpe.. lain kali bleh jumpa lagi.. Tapi kalau korang berminat nak turunkan berat badan macam dua pupu aku tu.. blehlah contact dia yerk.. dia sendiri bleh jadi testimoni.. bleh usha blog dia kay.. Memandangkan aku lupa nak bersnap sana sini.. maka tak dapatlah nak show tudung utk raya ke-5 ni ya.. Kemudian kami pi beraya rumah pak sedara belah en hubby..

4 Syawal ~ Masak memasak

Image
Tahun ini.. sepanjang hidup en hubby.. inilah kali pertama en hubby dan adik beradik beraya tanpa mak dan abah.. mertua aku gi umrah.. sekaligus beraya di sana.. InsyaAllah esok baliklah mereka... semoga selamat sampai di sisi keluarga.. So, pada 4 syawal yang lalu.. bila adik beradik dah berkumpul.. maka kami gotong royong masak memasak utk hidangan raya.. antara juadah yang disediakan.. nasi impit, ketupat daun palas, rendang ayam, kuah kacang, nasi beriani, ayam masak kurma, sambal bilis dan ayam goreng.. biasanya hari raya.. MIL yg masak.. kami cuma bantu jerk.. nak2 pulak aku kan.. bantu makan jerk.. heehhe..hantu punya menantu! Petangnya pulaks.. kami bersiap2 utk sesi bersalam2an dan bermaaf2an.. sesi kali ni tidak semeriah tahun2 sudah.. tanpa mak abah di sisi.. Dan semestinya.. bergambar itu satu kewajipan.. tak syok takde gambar2 ni..   anak dara aku sentiasa jadi mangsa.. 

3 Syawal ~ ke Perak kiter

Image
2 adik-beradik aku dah balik masa raya ke-2.. So, tinggallah aku ngan adik pompuan aku kat rumah mak.. Kul 9 lebih baru gerak.. tu pun susah nak menyiapkan si anak teruna.. liat sungguh nak mandi..   sebelum balik kena posing2 dulu.. memandangkan tema tahun ni biru.. berbaju biru lah kiter yer.. Dah gerak hampir 200km.. baru teringat tertinggal kek utk di bawa pulang ke Ipoh.. patah balik.. hehhehehe.. kalau tak jenuh mak abah aku nak perabihkan kek tu.. hehhehe..

2 Syawal - Birthday Celebration

Image
Memandangkan 2 Syawal jatuh pada hari ulang tahun kelahiran putera ku yang ke-3 tahun.. dan 4 Syawal pula jatuh pada hari ulang tahun kelahiran puteri sulong ku yang ke-8 tahun.. Maka tahun ni aku bercadang utk menyambutnya di rumah mak aku.. tahun2 sebelum di rumah mertua ku.. adik2 beradik aku semua ada.. so, molek sangatlah kan.. majlis sederhana sajork.. Layan gambar lah yerk.. maleh nak cerita ceriti panjang2..   besday girl..

1 Syawal ~ Family Kecilku Biru

Image
Hari raya pertama di rumah mak aku.. kami adik beradik semua berkumpul.. Tema tahun ni kaler biru.. mak aku suker ngan kaler biru.. sebab tu ler aku pilih kaler ni.. dah pesan siap2 kat adik beradik semua suh pakai kaler biru masa raya pertama.. kang kalau aku pilih kaler PINK.. pengsan doplohpatjam mak aku.. hehhehee.. Dan.. buat julung kalinya.. aku plan nak bergambar beramai2 ngan adik-beradik.. yerlah kan.. susah sangat nak berkumpul semua.. walhal adik beradik aku bukannya ramai pun.. So, layan gambar sambil aku story yerk..   langsir biru.. karpet biru.. sofa biru... arghhh!! biru mata hitamku.. mak.. mak... sib baik dinding rumah tak kaler biru.. mahu pengsan aku!

Salam Syawal

Assalamualaikum.. Hmmm.. masuk opis hari ni dah buat hal... punch card lewat seminit.. letih aku ngejar masa.. bas punya angkara.. kot yer pun nak beraya.. agak2 lah.. orang dah start keje weiii... caittt.. Korang sihat?? aku alhamdulillah.. sihat.. cuma pening2 lalat lagi ni.. hehheheheh... Jap gi aku wat n3 pasal raya.. tengah nak edit gambar.. banyak sangat.. nak cari yg ok2 sajork.. Oklah.. masih tak terlewat utk aku ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin buat semua kenalan di mana jua anda berada..

27 Ramadhan ~ Fareeda lagi..

Image
Semalam.. Oh ya.. sebelum tu lupa nak habaq.. aku masih di pejabat saat2 akhir cuti ni.. esok dah mula bercuti.. sunyi sepi jerk opis ni.. tak ramai yg keje.. mungkin ramai yg dah balik kampung..  Singgah Fareeda.. kot2 leh dapat tudung yg gojes.. tapi tak lah dapat yg gojes sangat2.. biasa2 aja.. malaslah nak show kat sini.. Dan semalam juga, Fareeda keluarkan majalah Edisi kedua.. cam biasa ada voucher RM20..    tema hari raya.. untuk berbuka, kami hanya beli juadah dari luar.. malas dah nak masak2 ni..   aku suka beli nasi Pakistan dari kedai ni.. tekak aku boleh terima..

Berangkat sudah..

Image
Hari ini.. mertua aku dah sampai di Tanah Suci.. mengerjakan umrah.. mereka akan menyambut puasa dan hari raya di sana.. Semalam.. sempatlah aku temankan en hubby ke KLIA utk menemui ibu ayah tercinta sebelum mereka berangkat pergi.. Kami hanya menaiki ERL dari Putrajaya.. cepat sket..   orang yg paling excited naik ERL.. 

Duit Raya Special..

Image
Semalam.. Anak-anak terima duit raya special.. First dari agen insurans yg baik hati.. agen ko ada?? hahahahahahha.. sajerk jerk gurau.. anyway thanks again to my agen atas duit raya utk anak2 aku tu.. haa.. korang2 yg takde insurans utk anak2 tu.. silalah contact aku utk deal ngan agen aku ni.. terbaekkkkkkkk...   dapat sampul CIC lagi.. baru jerk teringin nak dapat sampul ni.. satu lagi special.. dapat duit raya dari team Fareeda.. kebetulan aku pi Fareeda semalam.. Fareeda buat jualan masyur Ramadhan.. nasib baik tak ramai orang masa aku datang tu.. beratur pun kejap jerk.. masuk jerkdalam butik kena beratur lagi.. tu pun tak lama.. so, sambil beratur tu kami dihiburkan dengan team fareeda.. salah satu acara.. nyanyi lagu raya.. sapa nyanyi dapat duit raya.. so, cepat2 aku suh Amiera nyanyi.. tak kisahlah kan dapat berapa duit rayanya.. asal ado.. tapi Amiera malu2.. aku paksa jugaks.. last2 nyanyi jugaks dia lagu balik kampung.. tapi ntah apa2.. ikut suka hati dia jerk

Duit Raya b4 Raya

Image
Masa balik kampung tempohari.. atuk aka FIL bagi duit raya kat cucu2 beliau.. my FIL & MIL akan berangkat ke umrah hari ini.. mereka akan menyambut hari raya di sana.. ohhhh.. syahdunya.. semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair lagi 2 minggu.. Masa aku publish n3 ni.. mungkin aku dalam perjalanan ke KLIA nak tengok mereka berangkat.. asalnya en hubby nak pergi sorang jerk.. tapi tak sedap hati katanya pergi sorang2.. hehehe.. so, aku pun ikut sekali lah.. alah.. lagipun saat2 akhir nak cuti ni.. mana sangat nak kejenya.. ramai dah cuti.. ok lah.. bukannya aku nak pi shopPINK ok! Berbalik pada tajuk.. anak2 aku dapat duit raya pertama dari atuk.. tapi takde sampul.. aku pun masukkan ke dalam sampul raya yg ada.. baru ada semangat raya sket.. Dan semalam.. Amiera bagi lagi sampul raya.. guru kelas dia bagi.. katanya lagi.. semalam kan lasy day persekolahan.. guru besar pun bagi duit raya kan murid2.. tapi Amiera tak sempat nak gi ambik sebab van dah sedia men

26 Ramadhan ~ pre besday

Image
Lagi 3 hari kita semua nak menyambut hari raya.. Duk opis pun bukannya nak buat keje.. time2 puasa ni otak jadi beku sat.. apatah lagi nak buat coding.. alahai... lembab kepala otak nak fikir.. So, tengahari tu kami jalan2 kata Alamanda sajork.. hehhee.. Sempat lagi aku usha tempat peberet.. serba salah jadiknya.. tak beli rugi.. dapat less rm100 tu.. setahun sekali jerk offer ni.. so, grab jugak lah walaupun berat nak membayar... huhuhuhu... so, inilah hadiah bonus & besday utk diri sendiri...   Petangnya kami singgah bazar Ramadhan.. beli juadah utk berbuka..   nasi kerabu.. lama aku dah tak makan, nasi ayam, murtabak dan tauhu sumbat peberet aku tapi tak sedaplah sambalnya.. Malamnya pulaks.. aku buat pre-besday celebration.. huhuhuhuhu... untuk aku dan family jerk.. takdelah.. sajerk jerk.. Ni kebetulan jerk.. kalau idak takde makna nak pre-besday celeb ni.. ni semua gara2 kek yg aku tempah ngan somebody yg famous kat bangi.. siap masuk tv lagi.. aku meman

25 Ramadhan ~ goodies

Image
Aku cuti.. Sepatutnya kami ke HUKM utk appointment Fateh.. tapi memandangkan jauh.. kami terpaksa batalkan rawatan di sana.. proceed di Putrajaya jerk.. Asalnya nak jerk gi keje.. tapi alahai.. letih sangat2.. so, cuti jugaklah... Dah alang2 duk rumah aku buatlah apa2 yg patut.. ngemas2 beg dan basuh serta lipat pakaian mana yg ada.. nanti kuranglah sket saat2 akhir.. Untuk berbuka aku just masak simple jerk.. perabih stok yg ada sebelum nak memulakan cuti.. nak snap gambar pun malas.. aku just masak lemak sardin dan telur masak kicap.. hehehheheh.. asal ado yer dak.. Pasni dah takde apa dalam peti tu.. yg ada pun memang tak boleh dijadikan lauk utama.. nak tak nak kena beli kat bazar jerk.. dah malas nak tambah stok kat rumah.. yerlah kan.. seminggu takde.. Oh ya.. goodies bag dah dapat.. so, aktiviti memasukkan barang2.. mulanya aku buat sorang2.. lama2 si kakak nyibuk.. pastu si kecik pun nak join sekali.. join kacau kami.. alahai..   ditempah khas dari partythemepa

24 Ramadhan ~ Fateh & Rezeki Ramadhan

Image
Petang.. Aku ada appointment kat hosp Putrajaya.. tapi bukan aku yg sakit or ehem..ehem.. actually kami bawak si Fateh tu jumpa pakar ENT.. first time nak jumpa ENT ni.. since bulan Jun lalu.. baru dapat jumpa dr.. lama kan?? Dahlah lama.. nak menunggu jumpa dr pun lama tau.. kebetulan pulaks tu.. haiyaaaaaaaaaa.... semua system down.. kaunter pendaftaran tak berfungsi.. dipendekkan cerita.. aku pergi direct jerk kat klinik pakar ENT.. sib baik diorang terima.. Satu hal lagi lah pulaks.. nak tunggu turn jumpa dr.. dah lebih kul 5 masih tak dapat2 masuk.. tengok ramai dr dan nurse dah balik.. huhuuu.. last2 kami lah orang terakhir... tensi ko! bolehlah pulak pembantu dr tu tanya aku samada nak dapatkan rawatan ke idak?? hish...hish..hishhh.. boleh tak tau.. rupa2nya nama Fateh takde dalam senarai nak jumpa dr.. aitttt... peliks.. camna nurse buat keje?? kata suh tunggu nama dipanggil.. sakit hati sungguh... Dah jumpa dr.. satu hal lagi.. kami disoal bermacam2 soalan yg menyakitk

22 - 23 Ramadhan ~ Ke Ipoh kita

Image
Sampai di Ipoh dalam pukul 2.30 kalau tak silap aku.. Tidur dua jam lebih... pastu bangun sahur.. mata ngantuk2 sangat2.. tapi paksa jugak bangun sahur.. kalau tak lembik aku seharian.. Lepas subuh.. sambung tidur.. tapi tak lena sebab bising.. dengar suara Amiera menjerit2.. apa kes?? kot yer pun rindu ngan sepupu sepapat.. janganlah jerit tak hengat dunia.. tensi mak ko! Lewat pagi.. kami bersama MIL & FIL.. ronda2 Ipoh sat.. dah lama tak pi Ipoh Parade.. best jugaks kat situ.. ada Parkson dan macam2 kedai.. nak round semua tempat tak larat.. dengan Fateh yang ligat.. Petangnya.. kami ke bazar Ramadhan utk beli sedikit juadah.. alhamdulillah.. Amiera berjaya melepasi puasa yang ke-22 walaupun asyik main jerk ngan sepupu2.. Menu yg MIL masak.. ketam+nenas masak lemak cili padi, sambal sotong, udang goreng tepung, sayur bayam dan yg dibeli ayam goreng, ayam KFC dan macam2 lagi juadah.. seronok bila berkumpul beramai2.. riuh rendah rumah.. Malam hari.. anak2 main bunga a

21 Ramadhan : Agih duit raya

Image
Kisah Jumaat lepas.. Waktu rehat.. aku ngan kawan opis jalan2 cuci mata kat bawah bangunan.. ada jual-menjual.. meriah jugak bawah opis aku ni.. dalam seminggu dua lepas sunyi jerk sebab peniaga2 tidak dibenarkan berniaga.. arahan dari JPM kalau tak silap aku.. ni semua angkara kes ceroboh bulan lepas.. Dalam takde yang menariknya.. adalah juga beli sket2.. pompuan kan.. mudah tergoda (aku jerk kot) .. Petangnya pulaks.. ada lori nestle datang bawak bekalan2 coklat.. hehhehe.. rembat lagi.. keje aku membeli jerkkan.. suka sangat menghabiskan duit.. Utk juadah berbuka pula.. aku just masak ayam masak merah dan sayur campur.. kes malas dah ni.. lagipun malamnya kami nak pulang ke kampung.. tak dan nak snap gambar as usual.. kejar masa.. Lepas kemas2 beg dan cuci2 baju.. Amiera as usual keje dia basuh kasut..

Coklat murah!

Image
Fuhhh.. baru settle beli coklat... poyo.. beli coklat pun nak kecoh.. ni kali ke-2 beli direct ngan wakil Nestle.. Ini bukan sebarangan coklat... haaa.. ni coklat fresh dari lori Nestle ok! Murah dari harga pasaran di kedai2..   harini berbuka puasa ngan coklat lah gamaknya..mmmmm... sedaaaaaapppppppppp...

20 Ramadhan ~ Fareeda & celeb my besday

Image
Dah masuk minggu terakhir ramadhan.. Syukur alhamdulillah.. Allah masih beri peluang kepada aku untuk bernafas di bumi yang fana ini.. Sesungguhnya.. setiap kali menyambut sesuatu yang istimewa dalam hidup aku.. pasti ada duka disebaliknya.. lumrah kehidupan insan bergelar aku.. huhuhuhu.. aku pasrah.. so, just forget about it.. kalau diingatkan pasti menyakitkan hati.. Meh nak cerita kisah semalam.. Lunch hour aku ngan geng2 opis.. pi terjah butik Siti Khadijah dan Fareeda.. alang2 ke Siti Khadijah, ingatkan nak tempah meja utk berbuka malam ni.. konon2 nak celebrate besday aku ngan family kat Steamboat Antarabangsa.. tapi.. tutup pulaks.. en hubby call / msg tak berjawab.. lotih! last2 cancel.. en hubby just tempah kat Rimba.. Sampai kat Fareeda.. memang ramai yg beratur.. ingatkan beratur nak membayar.. rupa2nya beratur nak membeli.. aittt.. ramai pulaks hari ni.. nak kata staff gomen.. tak jugaks.. ramai orang luar dan yg baru nak mencuba pakai Fareeda.. hmmmm.. hampir se

19 Ramadhan

Image
19 Ramadhan dah berlalu..  Buat keje macam biasa... Takde apa yg special utk diceritakan.. Juadah berbuka pun simple-dimple aja..   kari udang+kentang, sayur tauge, ikan goreng dan ikan masin.. sudah cukup menyenyangkan..

9 August : it's my birthday!

Image
Salam pagi Khamis.. Alhamdulillah.. para penjawat awam sekali lagi melebarkan senyuman masing2 kerana bonus setengah bulan dah masuk dalam akaun masing2.. Satu penghargaan dan hadiah kepada diri sendiri sempena hari besday aku ni.. (eiiii... perasan.. takde makna PM nak kesah besday ko!.. ramai lagi rakyat2 jelata.. huhuhuhu.. ) kredit to 123rf.com Tapi kan.. awat aku takde rasa apa2 pun ek.. hmmm.. mungkin sebab bulan Ramadhan ni.. aku tak kesah pun.. lagipun mungkin dah berumur ni.. rasa biasa2 jerk.. nothing is special.. Apa pun... aku cuma mengharapkan.. genapnya umur aku yang dah lebih suku abad ni.. huhuhuhu.. tuo dah den ni haaaa... semoga Allah memberi kesihatan berpanjangan kepada aku supaya aku dapat berbakti kepada keluarga, kerjaya dan terutama sekali dapat mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepadaNya.. dan juga dimurahkan rezeki serta kebahagiaan hidup di dunia mahupun akhirat.. aminnnnn... doakan utk aku sekali ya!  Pagi2 dapat besday present from my s

18 Ramadhan ~ Persiapan Raya

Image
Dah 18 Ramadhan.. amacam persiapan raya?? Korang semua aku tengok hebat2.. dah hampir 100% siap semuanya.. Meh tengok checklist aku pulaks.. overall masih belum 100%.. 1. Rumah - takde nak tukar apa2.. cuma aku gantung lampu lip lap nak kasi semangat raya kat Amiera..   tapi si tecik tu sibuk jerk nak panjat.. tak puas hati tu.. selagi tak jahanam lampu ni.. selagi tu dia akan usahakan.. dibalingnya lah ngan apa saja benda yg dia pegang.. haiyaaaa... boboiboy Mama ni.. awat lagu tu nak oiiiii...

Wordless Wednesday - orang yg paling penat berpuasa

Image
Huhhuhuhu.. zaman sekarang.. nak terjun sungai tak dapat2...   alololo...opss.. ni bukan spesies manusia.. tapi kan.. ada sorang lagi tau.. penat sungguhlah gamaknya..

14 - 17 Ramadhan

Image
Alhamdulillah.. Dah hari ke-18.. cepat sungguh masa berlalu.. dan alhamdulillah.. segalanya dipermudahkanNya.. 14 Ramadhan.. Dahlah hari tu hari Jumaat.. konon semangat ni.. esok nak cuti.. bestnya lah kan.. So, dengan selamba aku jalan macam lipas kudung nak kejar bas.. hehhehehe.. tup2 kat pertengahan jalan.. tiba2 aku rasa.. handbag aku ringan.. rupa2nya wallet aku tertinggal kat dalam laci.. aduiii.. letihnya nak patah balik.. terpaksalah kan.. kalau esok keje memang aku biarkan aja.. Juadah berbuka petang tu masak yang simple2 jerk.. dahlah letih sebab terkejar sana sini.. so, ala kadar jerk.. turi+udang masak lemak putih, ikan goreng dan pedal goreng cilipadi.. makan ngan nasi putih panas2.. zasss... sedapppp walaupun ada sedikit kemasinan.. hehehhee... gambar tak snap pun coz keletihan.. rupa2nya ada sebab... Malamnya buat projek biskut raya ngan Amiera seperti n3 sebelum ni..

Cookies tahun ni.. Chocolate Cornflakes

Image
Salam pagi Selasa.. Sihat semua?? aku pagi2 ni asyik bersin memanjang.. ntah apo kono eh ntah.. macam ada benda jerk kat hidung aku ni.. tension tul.. dahlah time2 puasa ni.. naik lemah badan dibuatnya.. Sebelum aku nak bercerita n3 pasal ramadhan 14 - 17 (tak tau bila nak buat n3 ni)... aku nak cerita sket pasal biskut raya yg aku buat baru2 ni.. nak kata biskut tak jugaks.. whatever laaa.. Menurut rekod.. dah bertahun2 aku tak buat biskut.. huhuhuhuh.. kes malas!.. hohoho.. yeke?? ker tak reti! Asalnya aku saje google2 pasal kek.. ntah macam mana terjumpa satu blog Selera Puteri .. nampak menarik.. dan yg paling menarik.. tak perlu oven2 ni.. i like! Bila tengok resepi.. senang sangat2.. kebanyakan bahan2 dah ada kat rumah.. cuma tambah satu dua bahan jerk.. So, Jumaat malam gigihlah aku ngan Amiera buat sama2.. rasa seronok laks bila buat ngan anak dare ni kan.. ada pembantu.. hehhehehe..

13 Ramadhan - ke PICC kiter..

Image
Salam pagi Jumaat.. Semalam Metrojaya ada buat sale sempena hari raya kat PICC.. So, aku ngan geng2 opis pergi lah terjah.. pantang ada sale jerk.. mesti mau terjah.. asalnya nak tengok aja.. tapi kan.. pompuan.. nak2 pulaks jenis cam aku ni.. pantang.. mesti ada yang nak dibeli.. Tapi tak beli utk aku pun.. beli utk en hubby tersayang.. ntahlah.. aku kalau bab barang2 sendiri agak susah sket nak membeli.. nak2 pulaks kalau berkaitan ngan pakaian dan fesyen.. alahai.. tak reti sungguh.. kedekut pun ada utk pakaian sendiri.. tapi tang tudung ngan handbag.. uiiii.. cepat jerk aku membeli.. hehehhee... Pi kat sudut baju budak2.. aku just pandang dan selak sket2 jerk.. nanti kang berkenan pulaks.. payah aku.. hat beli kat sogo dah berlambak.. udah2lah.. membazir tu! caiittt.. tak sedar diri.. yg berlambak tu pun dah kira membazir.. ** pang kat pipi sendiri.. nak kasi insap sket ** Petangnya.. en hubby berbesar hati menjemput aku dari opis... hmmmm... bestnya... kan best kalu hari

12 Ramadhan

Image
Dah masuk Ogos ya... bulan kemerdekaan.. bulan kelahiran aku.. Alhamdulillah.. sekejap jerk masa berlalu.. hmm.. kalau dulu2 nak tunggu akhir setiap bulan tu bukan main lama rasanya.. apatah lagi nak nunggu akhir tahun... pelik kan.. nak kata saat tu bergerak cepat.. tak jugaks.. sama jerk.. tulah kan.. ciptaan Allah.. hanya Dia yang mengetahui atas segalanya.. Berbalik kepada topik asal.. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.. alhamdulillah.. aku tengok Amiera pun masih cergas.. itupun ustazah dah pesan supaya budak2 transit kena mandi.. bagus jugak.. barulah segar sket nak belajar waktu petang bulan2 puasa ni.. Kalau sebelum ni.. kadang2 Amiera tak sempat nak mandi.. dgn van yg lambat sampai ke sekolah.. nak kejar makan tengahari lagi.. memang tak sempat nak mandi.. kesian dia.. terkejar2.. tapi tulah kan.. lumrah dalam menuntut ilmu.. takpe.. biar dia kenal sket erti kesusahan.. walaupun tidaklah sesusah zaman aku dulu2..

Akhirnya.. dapat juga..

Image
Hmm.. alkisah semalam.. Maybank buka kaunter tukar duit raya semalam.. So, aku selaku akauntan tak bertauliah collect duit dan buat ringkasan jumlah yang nak ditukar.. gigih tak aku?? hehhehehe.. Tapi bukan aku yg pergi tukar.. ada opismate yg pergi.. So, hasrat aku untuk memiliki duit baru RM20 tercapai juga...  i like..   sapa nak duit raya??? mari2 beratur... bukan semuanya duit aku ok.. sajer nak kasi gempak.. huhuhu..

10 - 11 Ramadhan

Image
Fuhhhh... settle keje programming... time for blogging!! leh release tension aku ni.. Meh nak sambung cerita Ramadhan lagi.. 10 Ramadhan.. Cepat jerk kan.. dah 10 hari berlalu.. Hampir pukul 5.. aku dapat panggilan dari sekolah agama Amiera.. aku memang risau kalau dapat panggilan dari sekolah.. automatically.. aku teringatkan Amiera.. sakit ke dia?? Tiba2 suara Amiera dalam phone tu.. 'mama.. mama.. mira nak demam..' sayup jerk suara dia.. huhuhu.. sib baik en hubby on the way nak pi ambik dia.. terpaksalah aku bagi kata semangat.. pesan kat dia yg en hubby akan datang sekejap jerk lagi..