Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

6 Syawal ~ balik Putrajaya

Sekejap jerk masa berlalu kan..

Pada awalnya.. memang kami plan balik pada hari raya ke-6.. boleh mengelakkan jem dan dapatlah berehat dan mengemaskan rumah..

Tanpa dirancang.. family adik beradik hubby pun nak turut serta.. tapi tak semualah yg join.. ada yang dah start keje..

So, sebelum pukul 9 kalau tak silap.. kami gerak dari Ipoh.. dengan Fateh yang tak bangun2 lagi.. aku angkut jerk masuk dalam kereta.. kami akan singgah kat mana2 hentian utk sarapan dan mandikan anak2 yg tak mandi lagi.. hehehhehe.. first time ni aku tak mandikan Fateh sebelum kuar jalan2..

Pada mulanya nak singgah Tapah jerk.. tapi mak aiiiiiiiiii.. penuh.. mungkin ramai yang dah mula nak balik KL.. so, kami teruskan perjalanan dan singgah di hentian Ulu Bernam.. nasib baik tak ramai orang... blehlah kami uruskan anak2 dan sarapan dengan tenang..

sedapnya milo ais..

Sampai di KL rumah pak sedara dalam pukul 12 lebih.. makan tengahari di sana.. juadah nasi tomato, kari ayam, jelatah dan sambal bilis.. alhamdulillah.. lepas tu berehat seketika..

bukti kami dah sampai di sini..



Kul 2 lebih kami meneruskan perjalanan utk berhari raya di rumah mak sedara en hubby di Shah Alam.. kebetulan Opah ada di sana..

Mak sedara jamu kami ngan nasi impit, rendang, bihun goreng dan nuget utk budak2.. alhamdulillah.. kenyang lagi..

kami dah beraya ngan Opah..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kajang rumah sepupu en hubby.. mereka jamu kami ngan mee kari.. aku pun tak terkecuali menjamahnya.. hehehhehe.. tak kenyang2..


Dan perjalanan kami yang terakhir di rumah sepupu en hubby sorang lagi di Taman Melawati.. kami dijamu dengan sate, nasi impit, masak lodeh, mee goreng dan puding roti.. bertambah2 kenyang aku.. senak perut.. erkkk.

posing lagi..

Amiera ngan sepupu..

Sampai di Putrajaya dah kul 10 lebih.. masing2 dah keletihan.. rehat time..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah