Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

7 Syawal ~ ke i-City

Penat seharian berhari raya semalam tak hilang lagi..

Adik beradik en hubby pulang ke Ipoh dalam kul 10..

So, aku bergegas siapkan anak2 dan kemaskan rumah sementara en hubby ke Maidin beli barang basah sket utk masak tengahari.. family aku pulak nak mai..

Nak tak nak aku kemaskan dulu ruang tamu dan dapur.. tempat yg paling penting dikemaskan dahulu kalau tetamu nak datang.. hehhehe.. bilik2 nanti dulu.. barang2 dalam beg pun aku tak kemaskan lagi.. sapu2.. mop2.. settle.. mak aku tak suka rumah sepah2 ni..

En hubby balik.. aku sambung keje masak memasak.. masak ala kadar jerk.. buat nasi ayam.. diorang akan sampai tengahari.. mesti nak makan nasi kan.. en hubby pulak tolong kemaskan bilik dan basuh pakaian.. settle..

Family aku sampai ngam2.. aku pun dah nak siap.. alhamdulillah.. dipermudahkan..

Lepas makan, kami gerak ke Sg Buloh rumah abang aku..



Sampai sana.. kami dijamu ngan laksa, nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, dalca, nasi impit, sayur lodeh, kuah kacang, sate... erkkk.. alhamdulillah.. penuh perut aku..

Ingatkan nak pi beraya rumah pak sedara aku kat Ampang.. tapi malangnya pak sedara aku balik Segamat.. so, cancel.. alang2 dah sampai sana.. kami pun pergi ke i-City.. bawak mak abah jalan2.. adik aku pun tak pernah sampai.. aku pulak sejak i-City dah buat pembaharuan tak pernah lagi sampai.. cantiklah tu..

Ingatkan tak ramai yg pi i-City.. sekali ko.. hmmm.. jem jugaks.. ramai sangat nak beraya kat i-City ni.. huhuhuhuhuh..

cantik pulak bunga matahari ni..

makin meriah ngan warna warni..

awat gambar aku blur! arghhhh tulun... 

kuda laut pun ada..

ni pun cantik.. peacock.. awat jauh eh..

haaa.. meh sini pro yang snap! hhehehhe..

bukti family aku dah sampai ke i-City.. hehhehehe

Fateh menangis2 nak naik menda alah ni..

sepupu sepapat.. Amiera happy sampai lupa mama dan papa..

sehati sejiwa..

papa dan Fateh.. hati2. .ada orb di belakang..

rugged jugak abah aku ni..

tak selesa sungguh jalan2 malam2 pakai baju kurung..

permainan yg ada.. ala2 fun fair..

ragam si Fateh..

naik giant wheel..

Amiera tak nak join.. dia lebih suka join sepupu sepapat dia..masa nak naik ni ada cameraman dah standby nak ambik gambar kita.. so, pasni standby la membayornya kalau berkenan..

pemandangan sekitar i-City dari atas..

 Turun jerk dari giant wheel.. pi tengok gambar yg diorang snap.. not bad.. dari segi harga tu murahlah compare dengan Genting.. sekeping RM20.. 2 keping RM30.. so, aku ambik 2 keping sekali ngan gambar mak abah aku..


Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah