Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Duit Raya Special..

Semalam..

Anak-anak terima duit raya special..

First dari agen insurans yg baik hati.. agen ko ada?? hahahahahahha.. sajerk jerk gurau.. anyway thanks again to my agen atas duit raya utk anak2 aku tu.. haa.. korang2 yg takde insurans utk anak2 tu.. silalah contact aku utk deal ngan agen aku ni.. terbaekkkkkkkk...

dapat sampul CIC lagi.. baru jerk teringin nak dapat sampul ni..

satu lagi special.. dapat duit raya dari team Fareeda.. kebetulan aku pi Fareeda semalam.. Fareeda buat jualan masyur Ramadhan.. nasib baik tak ramai orang masa aku datang tu.. beratur pun kejap jerk.. masuk jerkdalam butik kena beratur lagi.. tu pun tak lama.. so, sambil beratur tu kami dihiburkan dengan team fareeda.. salah satu acara.. nyanyi lagu raya.. sapa nyanyi dapat duit raya.. so, cepat2 aku suh Amiera nyanyi.. tak kisahlah kan dapat berapa duit rayanya.. asal ado.. tapi Amiera malu2.. aku paksa jugaks.. last2 nyanyi jugaks dia lagu balik kampung.. tapi ntah apa2.. ikut suka hati dia jerk.. kami semua gelak.. tak de kesudahan nyanyian balik kampung dia tu.. hehehehhe.. buek malo omak kau yo!

tak sangka pulaks.. Fareeda bagi duit raya sebanyak ni.. alhamdulillah tq again Fareeda..

Nota : Bilalah bos2 besar kat sini nak bagi duit raya kat staff ek?? hmmm.. 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah