Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kronologi Sebelum dan Selepas Kemalangan

Untuk tidak melupakan peristiwa pahit dalam kehidupan kami di pejabat.. aku nak abadikan serba sedikit kronologi sewaktu kami menerima berita kemalangan tersebut dalam blog ni.. maklumlah.. usia aku yg makin meningkat ni.. mudah sangat terlupa..

27 OGOS 2012

Semangat raya masih ada.. agak moody di pagi2 hari.. so, borak2 kejap mengenai hari raya dan rumah terbuka.. baru jerk planning nak gi Open House rumah arwah.. yerlah kan arwah tiap2 tahun buat Open House.. cuma tahun lepas aku tak pergi rumah arwah sebab aku pun buat Open House.. tapi opismate cakap arwah tak nak buat Open House tahun ni sebab anak dia takde di Malaysia.. hmmm.. takde rezeki gamaknya tahun ni nak beraya rumah arwah..

Sepanjang seharian di pejabat.. aku tak nampak kelibat arwah.. aku pulaks tak pergi ke area meja arwah.. biasanya adalah jugak aku borak2 ngan opismate yg berdekatan ngan meja arwah.. tapi hari tu ntah takde mood nak ke mana2.. asyik duk ngadap pc jerk..

Menurut rakan2 yg berdekatan dengan arwah.. pada hari tu.. arwah tidak berapa sihat.. kebetulan dia puasa enam..

28 OGOS 2012 (masa cuma anggaran sahaja)

8.45 - 9.00 AM => Sedang aku dan beberapa rakan berbicara, datang seorang opismate bertanyakan email kiriman arwah tentang jemputan Open House raya tahun lepas.. memang tak ada dalam simpanan aku.. aku dimaklumkan.. arwah meninggal kemalangan.. mula2 aku agak blur.. rasa macam di awang2an.. susah nak percaya.. kata opismate.. pihak pentadbiran perlukan no telefon suami arwah kerana pihak polis tidak dapat menghubungi beliau untuk memaklumkan berita tersebut..

9.00 - 9.30 AM => Kami kecoh di pejabat untuk mendapatkan kesahihah berita mendukacitakan itu.. selain mencari no telefon suami arwah.. ada juga beberapa pegawai menalifon hospital putrajaya dan hosp serdang untuk mendapatkan info.. kami semua mendoakan agar arwah tidak ditimpa musibah dan berita yang didengar itu hanyalah khabar angin semata2.. ada juga rakan pejabat yang lalu di tempat kejadian dan katanya masa tu pihak bomba sedang cuba mengeluarkan arwah.. rakan tu tak tahu kemalangan itu melibatkan arwah..

9.30 - 10.00 AM => Dan.. akhirnya salah seorang pegawai mendapat pengesahan dari bahagian pengurusan mengenai kemalangan tersebut.. sah arwah telah meninggal dunia.. suasana sepi hanya tangisan mengiringi.. cepat2 aku msg kepada rakan seangkatan yang tidak hadir ke pejabat.. kami masih tidak mempercayainya.. kami semua bergerak ke hosp serdang untuk melihat arwah.. ada juga beberapa rakan lelaki pergi ke tempat kejadian..

10.30 AM - 12.30 PM => Tiba di hosp serdang.. kami masih tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku dan bila arwah meninggal dunia.. nasib baik guard benarkan kami masuk ke laluan utk ke jabatan forensik.. sampai di jabatan forensik.. dah ramai yang menunggu.. kelihatan suami arwah yang murung.. aku faham situasi yang dihadapi.. kesedihan suami arwah bila mendapat tahu khabar kematian isteri tersayang.. dan gambar kereta arwah yang terbalik juga dah keluar di fb rakan2 yg rapat.. memang terkejut dengan gambar tersebut.. sampai begitu sekali kemalangan maut yang meragut nyawa arwah.. bila tiba anak bongsu arwah.. aku jadi sebak sangat2.. ayah dan anak berpelukan.. sungguh sedih.. tak tertahan air mata dari mengalir.. sementara menanti jenazah di post mortem.. kemudian tiba pula ibu arwah dan sanak sedara.. keadaan semakin pilu.. kelihatan ibu arwah tenang.. sementara tu kelihatan 2 jenazah yang telah di pack (tak tau nak sebut apa) untuk di buat penghantaran ke luar negeri (mungkin) sebab cara pembungkusan agak berlainan.. kemudian satu jenazah (dalam keranda) di bawa masuk ke dalam van.. semakin ramai sahabat serta kenalan arwah dan suami arwah tiba di perkarangan hospital.. ya.. arwah seorang yang sangat baik.. tidak lama kemudian.. arwah dikafankan.. setelah dikafan.. kami dibenarkan utk melihat jenazah buat kali terakhir.. ramai berpusu2 untuk melihat arwah.. sayu hati aku melihat arwah.. macam tak percaya jenazah yang aku tengok tu adalah jenazah arwah.. sungguh aku tak percaya.. aku sebak.. tak sanggup utk aku mencium arwah sebab tak sanggup air mata aku ini jatuh di muka arwah yang suci bersih.. aku peluk cium anak bongsu arwah dan ibu arwah.. aku teramat sedih..

1.00 PM => Kami beredar dari hospital.. aku tak pergi ke rumah arwah sebab takde kenderaan.. lagipun takde member rapat yg nak pergi.. ramai juga pegawai pergi ke rumah arwah.. khabarnya juga arwah dikebumikan selepas Asar di Bangi.. kami di pejabat masih berbicara dan masih terkejut dengan pemergian arwah.. dari kejauhan ku kirimkan Al-Fatihah dan Yasin utk arwah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..


29 OGOS 2012

Pengumuman pemergian arwah telah dimaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan ibu pejabat.

Berita kemalangan arwah terpampang di dada2 akhbar.. barulah aku tau serba sedikit kemalangan yang telah meragut nyawa arwah.. pilu hati melihat jenazah arwah yang telah ditutup dengan plastik hitam setelah dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat..


30 OGOS 2012

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah diadakan khusus untuk arwah sempena Seminar Keselamatan ICT dan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat bahagian.

Sehingga kini.. aku masih terkenang2kan arwah.. masih terngiang2 ketika aku berurusan dan bergurau senda dengan arwah.. pergimu tiada ganti kak.. Al-Fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah