Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Nukilan buat Arwah Kak Rosimah

Assalamualaikum..

Mood masih takde nak cerita pasal raya baru2 ni.. masih terkejut dengan berita semalam.. insan yang sangat dihormati.. yang sangat terkenal dengan kecantikan, kelembutan, baik budi pekerti, pemurah, peramah... telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya.. sesekali teringat arwah dan tatkala menulis coretan ini.. bergenangan air mata ku.. huhuhuuhu... arwah akan sentiasa dalam ingatan kami.. al-Fatihah..

Sebelum ni hanya melihat di dada2 akhbar berita kemalangan maut.. tapi bila berlaku ke atas kawan sendiri.. sukar untuk membayangkannya.. 


Aku mengenali arwah secara rapat semenjak kami ditempatkan di dalam Unit yang sama.. satu nogori ngan den.. walaupun arwah di dalam sub-unit yang lain.. tetapi kredibiliti beliau amat aku sanjung.. arwah seorang yang sangat komited dengan kerja dan seorang yang sangat berhemah dalam berbicara atau berbincang soal kerja.. tak pernah aku bertegang urat dengan dia kerana sikap dia yang lemah lembut dalam memberi arahan membuatkan aku cair.. hehehhehe.. yerlah kan.. orang cakap lemah lembut ko nak tengking apa hal!! something wrong somewhere ler kan kat kepala otak aku ni.. tak pernah aku dengar orang merungut mengenai arwah.. kebaikan arwah yg lebih menyerlah..

Tahun lepas beliau telah ditukarkan ke Unit lain.. aku memang terkejut dan frust sangat2.. sebab beliau melaksanakan tugas2 yang diamanahkan dengan kemas dan teratur.. walaupun bertukar unit.. kadang2 aku ada berurusan dengan arwah berkaitan kerja.. begitulah sikap arwah.. berlemah lembut.. memang senang hati kerja dengan arwah.. banyak jugak perubahan dan standardization yang arwah buat dalam urusan kerja dalam unit baru tu.. senang bagi aku dan staff lain menjalankan urusan berkaitan dengan unit arwah..

kelembutan arwah terserlah pada wajah..


Selain berurusan mengenai kerja.. arwah tak lekang dalam memberi nasihat dan bercerita pengalaman arwah serba sedikit.. aku memang tabik ngan arwah... dulu arwah juga hidup susah.. tapi kini kehidupan arwah semasa hidup dah senang hasil usaha suami arwah dan pengorbanan arwah sendiri.. walaupun arwah dalam golongan orang yang berada.. tapi arwah tak pernah meninggi diri..

Masih terngiang-ngiang kat telinga panggilan arwah pada ku... 'Na....' penuh kelembutan..

Pagi2 aku cari gambar2 dulu dalam simpanan aku.. tapi takde kat opis.. ada dah simpan dalam external hard disk.. mungkin ada gambar arwah.. cari di laman web.. adalah sket.. dan tak semena2.. terbaca blog arwah semasa kami mula2 dalam satu unit.. masa tu kami diarahkan utk buat blog.. ni lah blog arwah (kalau sempat uols baca.. kalau link error tu maknanya opis ni dah delete laaa..)

Walaupun blog tu dah lama tak update.. tapi bila baca last n3 tu.. sedihnya aku.. special n3 utk aku ngan member sorang lagi.. sob..sob..sob..

"Sebelum balik hari Jumaat ni, sempat sekejap akak merayau di lain-lain link dalam BLOG Ina. Wah seronoknya baca..Byk Info, terutama mengenai hiasan dalaman & English style (Roses here & there). Bukannya apa, akak pun suka pasal interior design ni. Nampaknya lepas ni Eric Leong tak boleh cari makan:)"

Hari ni.. kecoh dalam forum.. macam2 orang bercerita.. tapi orang tak tahu kisah sebenar.. jangan taksub utk menyalahkan orang (arwah).. muhasabah diri sendiri dulu.. setakat nak menulis bolehlah nak bagi pendapat atau idea nak mengelakkan sesuatu kemalangan.. tapi bila kita berada di situasi sebenar.. bukannya mudah nak menghadapinya.. kalau tengah panik mana sempat nak berfikir idea2 yang di cadangkan tu.. cakap memang mudah..

Untuk rekod.. itulah laluan arwah pergi balik kerja selama ni.. dan bukannya semalam jerk Putrajaya hujan lebat di pagi hari.. apapun kehilangan arwah sudah ditentukan oleh-Nya.. kemalangan hanya penyebab sesuatu kejadian..

Akhir coretan.. marilah kita bersama2 menyedekahkan al-Fatihah untuk arwah.. semoga arwah tenang bersemadi di sisi-Nya.. dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. kenangan bersamamu kak takkan hilang dari ingatan.. al-Fatihah..

Nota : Tetiba blog aku ramai pengunjung sebab ada someone bagi link blog aku kat satu forum ni..

Comments

marie said…
al-fatihah utk arwah..kehilangan sahabat memang amat sukar diterima tapi di harap Ina akan terus tabah dan sentiasa hadiah al-fatihah utk bekalan arwah di sana....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Suraya Baharun said…
betul tu kak ina, suma tu penyebab je..dah memang tiba waktu ajal nye di jemput untuk mengadap Ilahi..semoga roh arwah ditempankan dikalangan orang2 yang disayangi & dikasihi Nya..
Ibu Awa said…
alfatihah

terima kasih kerana ada coretan mengenai kakak ipar saya. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Faina Arisya said…
marie.. tq..

su.. begitulah suratan dariNya..

Ibu Awa..

takziah buat anda sekeluarga.. moga arwah dicucuri rahmat dariNya..
saya turut bersedih dgn kehilangan kak shima, rumah saya dgn rumah kak shima selang 3 buah rumah, dia corner hujung sana, saya corner hujung sini.. saya baru jer duduk sini sekitar 8 bulan lalu, dan rumah baru masuk jd selalu lah buat kenduri dan makan2, dan saya masih terbayang betapa sempoinya dia, kalau ruang tamu dah penuh kak shima selamba jer duduk tepi tangga atau kat dapur, kalau makan dia makan jer xde protokol2, mmg dia sempoi dan kalau saya offer dia bawak balik lauk, mmg dia amik dan kdg2 siap mntk lebih lagi, xde nak control2 ayu atau berlagak bagus... tu smlm masa tgh mkn dgn suami saya ckp kalau kak shima ada, dia dtg umah kita dia mesti duduk kat tangga nie... semoga kak shima aman disana...
ibuhebat said…
Alfatihah buat arwah.. Saya pernah sepejabat dengan arwah. Seorang yang sangat lemah-lembut seperti wajahnya juga. Tak sombong langsung dan sentiasa tersenyum.. Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh arwah..
Maria said…
K Ina... Sedih saya tengok photo saya bersama arwah tu. Untuk makluman arwah merupakan programmer pertama yang menyapa saya setelah saya ditempatkan di BPM,KKM. Arwah ajak saya bergambar sama setelah tahu yang FIL orang Gemenceh,N9.(Hometown arwah)semasa jamuan tersebut. AL Fatihah buat beliau.
Faina Arisya said…
Nur Farina..

begitulah sikap arwah yg suka merendahkan diri.. moga arwah tenang di sana..

ibuHebat..

begitulah sikap arwah.. tak lokek dengan senyuman yg manis..

Maria..

tu jerk gambar yg jelas yg ada dalam simpanan laman web.. kakina pun takde gambar personal ngan dia..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah