Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tragedi 10 Syawal ~ al-Fatihah

Syahdu pagi2 ini seperti lebatnya hujan di pagi hari.. mengiringi pemergian insan yang amat aku kenali.. baru jerk lepas tengok jenazah di Jabatan Forensik Hosp Serdang.. dapat jugak aku tengok dia buat kali terakhir..

Seorang kakak sepejabat ngan aku.. pernah satu unit ngan aku.. seorang yang sangat baik.. pemurah.. lemah lembut.. segala2nya baiklah.. telah di timpa kemalangan maut pagi tadi.. sesuatu yang tak disangka.. susah nak terima berita pemergian dia.. Allah lebih menyayangi beliau..


Takziah kepada keluarga allahyarhamah.. al-Fatihah.. mohon utk rakan2 yang mengenali saya utk menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..

allahyarhamah seorang yang sangat cantik..

Serba sedikit info..

Beliau kemalangan maut di laluan bayangan maut sempadan Putrajaya (area Desa Pinggiran) sebelum 8.30 pagi..

Update : Beliau mengalami luka dalaman.. details tidak dapat aku nyatakan di sini utk menjaga sensitiviti.. beliau meninggalkan 4 orang anak.. yg bongsu berumur 10 tahun.. sedih sangat bila melihat anak bongsu beliau.. teringat aku pada Amiera.. suami beliau turut bersedih akan kehilangan isteri tersayang.. they are loving couple.. arwah selalu terima jambangan bunga dari suami tersayang.. huh! masih teringat2 pada kelembutan arwah..

Camry yg remuk teruk.. al-Fatihah..

 dari Dia kita datang.. kepada Dia juga kita kembali.. bersediakah aku?? insaf..

Comments

syalinda johari said…
huhuhuhu..rindu kat kat Ros...alfatihah...
Faina Arisya said…
syalinda..

sentiasa merindui arwah.. susah nak percaya pemergiannya..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah