Puisi ~ Bidadari Jalanan

Salam..

Minggu ni i kebizian sket.. kursus for the whole week.. 2 hari kat OSCC.. lagi 3 hari kat KL laks..

Memandangkan tak tau nak update apa dalam blog ni.. meh aku share my new poem..

Bidadari Jalanan

Bisakah..
Bidadari menanti di pintu syurga..
Bisakah..
Bidadari mengukir haruman kasturi..
Bisakah..
Bidadari memayungi sang pelangi..
Bisakah..
Bidadari mengutip sinar di dasar lautan..
Bisakah..
Bidadari memetik bintang di kala kegelapan..
Bisakah..

Andai kesucian dalam kehausan..
Andai keikhlasan dalam kebencian..
Andai keluhuran dalam peperangan..
Andai cinta dalam kepalsuan..
Andai kekasih dalam kepuraan..
Andai kemanisan dalam kepahitan..
Andai ketulusan dalam kesengsaraan..
Andai rintihan dalam keperitan..
Andai kesakitan dilempari hinaan..
Andai kewujudan dinoktahkan..

Inilah harga sebuah pengorbanan..
Inilah nilai bidadari jalanan..

Salam Seindah Puisi
~ Arina Melissa Idayu ~
25 September 2012



Special dedication for u..

Terlebih dahulu.. aku nak ucapkan tahniah kepada adik sepejabat merangkap rakan berblogging kerana akan bertukar ke pejabat baru mulai Isnin depan..

Semoga cabaran dan dugaan di sini akan sentiasa diingatan dan dijadikan panduan di tempat baru.. semoga sukses dalam setiap apa jua bidang yang diceburi.. dan yang paling penting.. jgn lupa update blog selalu (gambar mesti banyak tau).. bolehlah kami di sini melepaskan rindu kat wajah yang comel lote tu..



Dan.. maaf dipinta seandainya ada terkasar bahasa.. terlebih gurau selama kita sepejabat.. halalkan makan minum sekiranya ada.. kalau ada rezeki InsyaAllah.. kita akan bertemu juga di mana2 sahaja.. tak jauh mana pun.. pi mai.. pi mai.. dalam Putrajaya gaks.. hehehehe..

Last but not least.. maintain cun kay!


Angkara seterika

Semalam..

Aku keletihan yg amat.. nak gosok baju sekolah agama Amiera pun rasa malas.. ntah macam mana Amiera dah duk depan iron.. mengiron tudung sekolah dia... aittt.. tak pernah2 ni.. rajin dan berani lah pulaks dia..

So, aku pun tak kisahlah.. tapi dah sound Amiera awal2.. suh dia hati2..

Ntah macam mana.. aku dok tengah ralit setting video kat laptop.. tiba2 dia datang kat aku.. dia request apa ntah.. aku tak berapa dengar sebab suara dia sayup2 jerk.. sambil tu tangan dia digenggam kuat2.. cepat2 aku tengok tangan dia.. hmmm.. sah! tangan dia kena iron.. dah melecet! hish... mula aku tak sedap hati.. sakit anak aku.. sakit lah aku..

sebijik rupa iron yg dah pedajal tangan Amiera..


Mulalah aku membebel... hehehhehehe... sebab tu lah aku tak benarkan dia buat benda2 yg merbahaya.. mesti cuai.. tapi dia nak gaks buat.. ni lah jadiknya.. tangan elok2 cantik dah berparut.. hishhhh..

Dahlah si Fateh bibir luka sebab jatuh kat taska.. kakak pulaks luka kat tangan.. haaaiiii... susah hati aku dibuatnya!


Jeritan Hati

Jeritan hati..
Tatkala mendung.. tatkala hujan.. terkadang ribut..
Hanya sebuah monolog jiwa..

Andai hati di landa badai..
Jeritan hati bisa menghempas pantai..

Jeritan hati..
Puisikan sebuah lagu..
Menggamit naluri mentafsir realiti..
Di titian berliku..

Jeritan hati..
Arghhhh.. tiada yang peduli..
Hanya Dia maha mengetahui..

Jeritan hati..
Merintih doa dari Ilahi..
Setiap detik denyutan nadi..
Untuk mereka yang dikasihi..

Jeritan hati..
Kan tiba penghujungnya..
Saat terpisah dua sahabat..
Nyawa dan jasad..

Jeritan hati..
Hanya tinggal sebuah memori..


~ Salam Seindah Puisi ~
Arina Melissa Idayu
19 September 2012



Family Gathering ~ ke Timur kite

Cuti2 Malaysia sempena hari Malaysia.. hehehe..

Family gather2 kali ni di adakan di Bukit Gambang..

Kami menginap semalam sajork di Homestay yang berdekatan dengan Bukit Gambang WaterPark.. memang dekat sesangat2.. so, sapa2 nak pi ramai2.. bolehlah duk kat Homestay ni.. jimat sket..

Perjalanan dari Putrajaya ke Gambang memakan masa lebih 3 jam kalau tak silap.. sampai sana kami check-in homestay dulu.. pastu lunch kat kedai yg berhampiran.. baru kami ke waterpark..

hutan belantara.. karak highway.. uuuuu.. serammmm..




Scabies aka Kudis Buta - sian anak2ku

Minggu lepas.. anak2 aku diserang kudis buta.. aduiiii.. fenin aku..

Kami ketahui kes ni bila en hubby bawak anak2 aku ke klinik.. memang terkejut.. memang pernah dengar gelaran kudis buta tu.. tapi aku tak pernah ambik kesah pun.. tetiba kena anak sendiri.. hambek ko! pak google la tempat aku cari info.. hmmmm..

Untuk rekod.. dah hampir 2 tahun kami menginap kat kuarters.. tak pernah2 kena ni.. kami tak tahu punca anak2 dijangkiti.. then baru aku teringat.. mungkin hama tu bertindak ganas (hahahha.. agak2 aku jerk..) selepas aku mengemas bagai nak rak masa cuti hari merdeka tempohari.. semua habuk2 aku lap.. mungkin disebabkan habitat mereka terganggu.. mereka berpindah ke tempat tidur anak2 aku.. hehehhe.. tapi masalahnya.. selalu gaks (actually takdelah selalu.. jarang2.. tapi pernah buat gakslah beberapa kali.. ) aku mengemas dan lap2 habuk kat koleksi2 english aku tu.. tapi tulah kan.. dah nak kena.. tak leh nak kata apa.. redha jerlah.. dan cuba yg terbaik utk merawat anak2 aku..

Dr bekalkan ubat antibiotik dan krim sapu..

krim sapu utk rawat kudis buta..

Setiap kali aku sapu krim ni.. anak2 aku nanges2 menahan sakit.. panas katanya.. sian tau.. 



Wordless Wednesday : Cirit

alololo... siannya budak ni..gambar sekadar hiasan.. kredit to google dan sesiapa empunya gambar..

bukan anak aku yg cirit ok .. tapi mak nya.. bahana makan tak hengat!! isnin aku MC.. semalam aku EL jerk.. badan lemah2.. makan tak lalu.. takde selera.. huhuhu..



Potluck Syawal

Salam pagi Jumaat..

Kalau ikutkan aku nak EL jerk sebab Fateh demam.. risau pulaks aku.. tengah2 malam dia nanges2.. batuk2.. risau aku.. ingatkan tercekik apa ke kan.. suh muntah tak mau.. nak tak nak suh telan air suam jerk.. tau2 pagi tadi aku sedar.. dia dah ada sebelah aku.. aku tak perasan bila masa dia naik atas katil.. tidur sebelah aku.. rasa kepala dia dah panas.. cepat2 aku bangun bagi dia ubat demam..

Aku dah janji ngan kawan2 opis.. nak buat makan2 sket pagi2 ni.. nak tak nak kena kerja jugaks.. en hubby yg tolong bawak anak aku ke klinik berdekatan.. dr cakap tonsil dia bengkak.. memang selama ni pun tonsil dia bengkak cuma takut sebab lain.. dah lama Fateh tak demam.. kali terakhir awal july lalu..

Risau aku kalau anak2 tak sihat..

Tak nak cerita banyak.. layan gambar sajork sebagai penyeri blog aku pagi2 ni..

mula2 kena ada gambar tuan tanah..



Open House AVNet IBM

Alhamdulillah.. lepas bajet makan tengahari.. huhuhuu.. minggu ni asyik makan sajork.. naik senak perut aku ni.. ni pun dah rasa sakit2 kat ari2.. tak tau naper.. aduiiii.. makan tak hengat sapa suruh!

Actually.. tengahari tadi ada jemputan raya dari syarikat AVNET biz partner IBM.. ramai kakitangan awam dan swasta yang dijemput..

posing2 di pagi hari..
So, rombongan cik kiah pun tanpa segan silu (walaupun aku ni penyogan orang eh..) menterjah jamuan raya tu.. makan free beb.. sapa tak nak kan..



Happy 9th Anniversary

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya.. usia perkahwinan kami genap 9 tahun pada hari ini..

Adat berkeluarga.. ada susah.. ada senang.. ada pahit.. ada manis.. egois.. lumrah dalam kehidupan berkeluarga.. perlu ada give and take.. alhamdulillah.. berjaya juga kami harungi setakat ini.. doaku.. semoga hubungan suci ini berkekalan sehingga ke akhir hayat aku.. InsyaAllah..

Untuk en hubby.. selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke-9 tahun.. semoga tabah dengan peel isteri mu yang very cerewet dan banyak songeh ni.. terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang, suka menghiburkan hati2 kami walaupun adakalanya tidak praktikal (ya ampun..), terima kasih juga kerana membantu urusan2 rumahtangga walaupun kadangkala kena paksa... (hahahhahahah.. ampun bang.. ampun..).. semoga tidak putus kasih sayang mu kepada isterimu dan anak2mu.. semoga tabah dan redha atas segala ujian dariNya dalam mengharungi kehidupan berumahtangga..

Gambar studio 9 tahun yang lalu..





Wordless Wednesday : Gambar Kenangan Bersama Arwah..

Ni jerk yang ada dalam simpanan external hard disk aku.. tak banyak gambar arwah yang aku snap..

Kenangan tahun 2009..


Klik Baca Lagi utk lain2 gambar..



MerdekaRaya KKM 2012

Tengahari tadi ada jamuan MerdekaRaya..

Majlis bermula pukul 12 lebih kalau tak silap.. kami dah turun awal sebab dimaklumkan supaya semua warga KKM boleh turun seawal jam 11 pagi..

Alhamdulillah.. tahun ni majlis diadakan di perkarangan Ibu Pejabat compare tahun lepas.. so, semua staff dapat meraikan majlis ni..

Hidangan menu tahun ni tak banyak compare tahun2 sudah.. walaupun menu tak banyak.. tapi makanannya memang mencukupi.. antara juadah yang disediakan spt sate, nasi mandi, kuetiaw, nasi impit, lemang, ketupat daun palas, serunding, kuih2 muih, buah2an, air panas dan air sejuk..

Makanan dihidangkan agak berdekatan.. berebut2 jugaklah masa mula2 tu.. yerlah kan orang tengah ramai.. risau jugaks bawa air panas.. tak pasal2 tumpah kena baju orang.. bila dah kekurangan orang menyerbu makanan baru rasa selesa sket.. makanan pulaks dihidangkan dalam kuantiti kecil tapi berulang2 kali.. letak sket.. habis.. letak lagi.. habis.. hehehhehe.. tang sate tu memang sold-out memanjang..

Oklah.. tak mau cerita panjang2.. layan gambar sajork..




Duit Raya Anak2ku..

Alhamdulillah..

Semalam dah selesai urusan membank-in duit raya anak2 aku dalam SSPN.. aku masuk ke SSPN ni setahun sekali jerk.. tujuan utama of course lah income tax selain menabung untuk masa depan anak2.. disebabkan anak2 aku ada akaun pelbagai bank.. tu yg kena agihkan.. dah terkumpul certain amout akan aku masukkan ke akaun bank mengikut giliran.. at least akaun tu aktif setiap tahun..

collection Amiera dan Fateh masa raya tempohari..

Sebut pasal SSPN.. kan ada promosi baru SSPN-i dengan kerjasama Bank Islam Malaysia.. ada cabutan bertuah ok! dapat hadiah wang tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun anak2.. cam best jerk kan.. tapi masalahnya.. anak2 aku dah ada akaun SSPN... ada beza ke SSPN ngan SSPN-i ni?? so, tak boleh ke aku masuk peraduan Bonanza tu??

Haishhh.. baru sat aku call SSPN.. tapi alahai.. buat letih tangan aku pegang ganggang telefon dan bingit telinga aku jerk dengar lagu yg berulang2.. kejap2 no giliran aku no. 26.. kejap2 tukar ke 16.. pastu tukar no. 3.. pastu tukar no.2.. berulang2 dok sebut no.2.. tak lama pastu.. talian diputuskan.. grrrrrrrrrrrr...  ni nak marah ni.. hampir 10 minit kot aku menunggu!!! apa kes ni??? ada wakil SSPN boleh tolong jawabkan tak??

So uols dah menyimpan ker?? jangan lupa tau.. tak kisahlah nak menabung kat mana pun.. asal ado utk anak2..


Photo Studio Raya ~ Dulu & Kini

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya.. aku masih lagi bernafas di alam maya ini.. hari ni dah 16 Syawal.. sekejap jer masa berlalu.. dan dah hampir seminggu arwah meninggalkan kami.. semoga arwah tenang di sana.. kenangan bersama arwah tetap di ingatan.. nak2 pulak kisah arwah ada dalam blog aku ni.. so, sampai bila2 aku takkan lupakan arwah.. al-Fatihah..

Ok..

Berbalik pada tajuk..

Aku nak show gambar studio raya yang pernah kami snap tahun2 sebelum dan yang baru2 ni.. dan aku nak komen sket lah kan.. (ada jerk yg tak puas hati aku ni kan.. aiiiii.. customer is always right kan!! asyik bos jerk always right.. aku pun nak rasa gaks always right tu.. )




Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty