Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Angkara seterika

Semalam..

Aku keletihan yg amat.. nak gosok baju sekolah agama Amiera pun rasa malas.. ntah macam mana Amiera dah duk depan iron.. mengiron tudung sekolah dia... aittt.. tak pernah2 ni.. rajin dan berani lah pulaks dia..

So, aku pun tak kisahlah.. tapi dah sound Amiera awal2.. suh dia hati2..

Ntah macam mana.. aku dok tengah ralit setting video kat laptop.. tiba2 dia datang kat aku.. dia request apa ntah.. aku tak berapa dengar sebab suara dia sayup2 jerk.. sambil tu tangan dia digenggam kuat2.. cepat2 aku tengok tangan dia.. hmmm.. sah! tangan dia kena iron.. dah melecet! hish... mula aku tak sedap hati.. sakit anak aku.. sakit lah aku..

sebijik rupa iron yg dah pedajal tangan Amiera..


Mulalah aku membebel... hehehhehehe... sebab tu lah aku tak benarkan dia buat benda2 yg merbahaya.. mesti cuai.. tapi dia nak gaks buat.. ni lah jadiknya.. tangan elok2 cantik dah berparut.. hishhhh..

Dahlah si Fateh bibir luka sebab jatuh kat taska.. kakak pulaks luka kat tangan.. haaaiiii... susah hati aku dibuatnya!

Comments

syalinda johari said…
alahai kesiannya amiera, rupa seterika tu sama jugak dengan seterika kat umah kami...huwaaa..bukan takat makan tangan jaa, makan baju dah punn
Faina Arisya said…
syalinda..

memang seterika pemangsa kot..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah