Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lagi 2 Hari..

Salam pagi rabu.. pagi ni takde maknanya Wordless Wednesday ok.. hari ni aku nak celoteh sket..

Alkisahnya semalam..

Kebetulan hujan lebat masa balik keje.. aduhhhh... uols taulah kan.. supir terhormat aku tu hari2 mesti hantar aku ke rumah.. masa tgh tunggu kat stesen bas.. petir berdentum.. risau gaks.. kang tak pasal2 kena sambar petir stesen bas tu.. haa... ko.. runtuh.. haru! mulut kumat kamit tak renti2 baca apa2 yg patut.. risau beb! siap berdoa dalam hati.. mintak Allah tangguhkan hujan ke belah malam.. kasi can kat kami para ibu bapa mengambil anak2.. hehhehee... suka2 hati aku jerkkan.. tapi yerlah kan.. mana tau Allah dengar permintaan hamba yang kerdil ni.. ececehcehh... sekali ko!! lebat selebatnya hujan turun.. huhuhuhuhu... subhanallah..

Walaupun ada payung.. tapi still basah jugaks especially kasut aku.. huhuhuhu.. nak ambik Fateh pun aku tak sanggup.. biar hujan reda dulu..

Dah nak dekat kul 6.. en hubby dah sampai.. so, aku follow dia gi ambik anak2..

Sampai sekolah agama Amiera..

Masuk jerk Amiera dalam kereta.. terus aku tanya dia pasal exam.. excited sungguh Amiera sebab apa yg aku suh hafal tu keluar semuanya.. seronok ler tu dapat jawab.. yang bestnya.. 10 nama2 Allah yg susah sangat dia nak hafal tu akhirnya dia ingat jugaks.. alhamdulillah.. siap ustazah tanya kat Amiera samada Amiera baca ke tidak buku Tauhid kat rumah.. Amiera mengiyakan.. pastu ustazah tunjuk no. 1 kat Amiera.. waaa... lagi kembang2 dia..

Amiera siap ngadu.. masa exam english.. kawan sekelas dok jeling2 kat dia.. kes nak niru ler ni.. aku dah pesan siap2.. jangan bagi orang tiru.. sebabnya.. dia letih2 belajar.. kena luku lagi ngan aku.. kawan2 sedap2 jerk nak niru.. pastu dapat markah tinggi.. mana aci! aci tengah makan kuaci daaaaaaa...

Lagi 2 hari.. exam akan tamat.. semalam kami berdua2an dalam bilik.. baca buku teks Akhlak.. sambil aku baca.. sambil tu suh dia hafal dan faham.. kalau nak suh dia baca sendiri.. ntah faham ntah tidak.. habis satu buku teks.. baca sket buku teks Ibadat utk exam Khamis..

Aku ada tanya Amiera.. apa perasaan dia bila aku luku dia.. hehheheheh.. katanya dia sedih.. hahahhaha.. sian anak aku.. nasiblah ko anak dapat mama yg garang.. tapi aku bagi motivasi kat dia.. apa kesan dari apa yg aku ajar dan siap kena luku lagi.. bukan suka2 hati aku nak marah2 tanpa usul periksa.. aku marah bersebab.. bla.. bla.. bla.. barulah tersenyum simpul Amiera.. anak2 ni kita kena psiko sket diorang.. adakala kita marah.. adakala kita bagi motivasi.. bagi penjelasan yg terbaik.. kita buat sebab kita sayangkan diorang.. nak2 pulaks bila baca buku Akhlak ada kaitan topik kasih sayang.. sayang pada diri sendiri.. lagi berjela2 aku bagi nasihat.. kalau aku biarkan anak2 aku.. tak ambik peduli.. lagi haru jadinya..

Masing2 ada cara dalam mendidik anak2.. so, gud luck to all of u.. best practise make perfect!

Malam nanti sambung balik subjek Ibadat.. hope Amiera boleh jawab soalan exam dengan mudah.. hope harapan aku dan dia nak lulus cemerlang dimakbulkanNya.. aminnn...

Comments

Suraya Baharun said…
amiera mesti bleh buat nye...tengok mama dia la...penat mama dia ajar...insyaAllah...
syalinda johari said…
kka iena, macam mana lah saya nanti nk ngajar anak2 pulak..tahun depan iris dah 5 tahun..tak lama ja lagi nak masuk darjah satu..harap2 boleh dapat petua dari kak iena nanti
Faina Arisya said…
su.. insyaallah..

syalinda.. lain budak lain penerimaannya.. kalau cepat matang tak yah susah2 kita nak ngajar.. dia boleh faham sendiri.. nak2 pulaks bab menaakul.. Amiera lemah tang menaakul dan kurang fokus.. sebab tu kak ina kena tolong dia faham..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah