Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Menjadi rebutan

Haiiii... susah sungguh kalau menda ada satu jerk.. berebut ok!!

Nasib baik murah sajork.. kalau mahal takde makna aku nak bagi diorang main.. huuhuhuhu..


Kalau si kakak nak main.. aku dah siap2 bagi syarat.. kalau weekday.. aku cuma bagi tempoh masa sejam sahaja tiap2 hari.. tetapi bersyarat lagi.. balik rumah kena mandi dulu (tak mo dah lepak2 depan tv dulu.. kena paksa rela mandi baru nak gerak ke bilik air.. huhuhuu.. tensi aku ok!).. pastu solat maghrib.. siapkan kerja sekolah (jika ada).. dan kemas beg sekolah utk hari esoknya.. baru boleh main.. syarat lagi.. kena main dalam bilik.. tak boleh ngadap adik dia.. once adik dia dah nampak.. memang kena stop dan bagi adik dia main pulaks..

Pernah sekali tu berebut.. sampai nanges2 adik dia.. si kakak pulaks garang ngajar adik dia.. bila dah kena sound.. tarik muka masam pulaks.. huhuhu! lotih aku.. pastu aku cakap kat Amiera.. kalau dia periksa no.1 kat sekolah agama (exam pertengahan dapat no.2).. aku suh dia kalahkan kawan yg dapat no.1..  insyaAllah aku belikan color PINK utk dia.. huhuhuu.. memek muka Amiera macam sanggup tak sanggup jerk..hahahahaha.. nak seribu daya.. tul tak??

Comments

Suraya Baharun said…
semoga amiera bersungguh ye untuk dapat kan ape yang mama janji...gud luck amiera...:)

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah