Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Ihtifal & Konvo Mafist

Sabtu baru2 ni diadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar dan majlis konvo bagi Mafist (Tahun 1 - 6) dan Tafist (Tadika)..


Ramai ibu bapa epecially anak2 tadika yang hadir.. bagi ibu bapa pelajar Mafist pula.. kebanyakan yg hadir kerana anak2 menyertai acara yang diadakan atau menerima anugerah.. tahun ni Amiera tak masuk mana2 acara.. dia cuma datang nak ambik hadiah..



Majlis bermula dalam pukul 9 kalau tak silap.. agak lewat sket.. bagus jugaks.. sempat jugak kami pi breakfast dulu..

muka boring..


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, Asmaul Husna, Negaraku dan lagu Menuju Wawasan.. kemudian diperdengarkan alunan ayat2 suci Al-Quran oleh salah seorang ustazah..

Diikuti ucapan pengurus, pengetua dan ucapan wakil pelajar..

Majlis dimeriahkan lagi dengan majlis khatam Al-Quran dan Hafazan dengan diringi oleh Ustaz Fairus..

bersemangat adik2 ni..

comel anak2 tadika ni.. bersedia utk buat persembahan dikir barat..

masa ni Fateh belum boring.. lama2 dia dah buat hal.. suka2 dia jerk keluar dewan..

 
yeayy.. congrate Amiera.. dapat periksa no. 2 exam akhir tahun baru2 ni..

seronok ler tue..


dapat hadiah on the spot dari Mama.. hehehehhe..

selepas acara penyampaian hadiah.. persembahan Qasidah dari pelajar Mafist..

dan acara kemuncak.. majlis konvo adik2 tadika 6 tahun..

Sebelum majlis tamat.. kami cau cin cau dulu.. 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah