Rentetan Pembedahan

Salam petang Ahad..

Alhamdulillah.. aku telah selamat menjalani pembedahan pada hari Jumaat yang lepas.. dan aku kini menjalani amalan berpantang (opsss... bukan gugur ya.. ).. dah nama pun operate.. kenalah berpantang jugaks dari segi pemakanan.. takkan nak balun jerk semua.. tak pasal2 bernanah tempat jahitan.. tul tak??

Aku nak share pengalaman aku menjalani pembedahan.. even dah 2 kali aku ceaser.. tapi setiap pengalaman operate sangat berbeza..

Aku tiba di kaunter pendaftaran masuk wad dalam 7.15.. lepas tu aku pi wad day care.. aku first patient yang sampai.. bagus aku kan.. aku ni jenis lurus bendul.. yerlah.. dah surat suh datang kul 7.. itu pun dah kira lewat.. nak uruskan anak2 aku lagi.. mana sempat nak sampai awal..

Sampai di kaunter day care.. aku diarahkan menukar baju.. ehem..ehem.. faham2 lah yo kalau nak kena operate ni.. barang2 kemas dan pakaian dalam harus ditanggalkan.. sejuk siot pakai baju orang sakit ni..



Dr dan nurse di wad day care sangat2 baik.. dr pompuan yang comel.. kecik jerk.. muda lagi.. dialah yang interview aku macam2 perihal sejarah ceaserean dan lain2 penyakit.. bla.. bla.. bla.. alahan ubat.. pastu dia cucuk tangan aku.. perghhh.. jarum dia besar siot.. sakit!..

Tak lama kemudian pakar bius pulaks datang.. dr pompuan jugaks.. baik jerk dr tu.. tanya sejarah ceaserean aku.. bla..bla.. ok.. aku boleh proceed utk pembedahan.. dr akan bagi aku bius penuh kerana bius separuh akan menyukarkan aku utk berjalan dalam masa yang singkat.. pembedahan akan dimulakan jam 9 pagi coz dr2 ada meeting pagi tu..

Oh ya.. ada beberapa surat berkaitan dengan pembiusan dan pemindahan darah yang perlu kita sign.. bab pembiusan pulaks kita kena faham kesan ke atas bius tersebut.. tapi tengok penerimaan badan orang jugaks.. setakat ni aku takde masalah pulaks..

So, kebosanan lah aku nunggu kat wad tu..

Tiba masa yang dinantikan.. aku pi kat bilik pembedahan..sebelum aku berbaring di katil.. aku kena jawab dulu soalan2 daripada nurse yang bertugas berkaitan dengan dokumen yang kita sign tadi dan tujuan pembedahan dijalankan..

Sampai di dewan bedah.. teringat masa aku bersalin kan Amiera dulu.. cenggitu lah gayanya.. ada dr lelaki ada dr perempuan.. lantak pi laaa.. yang penting proses pembedahan aku berjalan dengan baik..

Lepas aku berpindah kat katil pembedahan.. semua pakaian hospital harus ditanggalkan.. aku cuma ditutup dengan selimut tebal.. sejuk weiiiiii... pastu dr letakkan alat pernafasan dan wire2 kat badan aku.. lama2 aku rasa pening.. tup2 aku dah pengsan..

Hampir 2 jam kot.. dalam pukul 11 lebih kalau tak silap.. baru aku sedar.. tapi mamai.. cehhh.. macam cerita drama pulaks.. tapi dalam drama tu lain sket.. tak sama macam yg aku alami.. rasa berat mata nak bukak.. pastu rasa sakitnya.. rasa sejuknya... aduiiiii... toksah cakaplah.. aku masih dalam recovery room..

Tak lama lepas tu aku dihantar ke wad day care semula.. masih mamai.. tapi boleh dengar arahan nurse..

Kul 12 lebih baru en hubby sampai.. kesakitan pembedahan memang terasa.. tapi takde lah sakit macam ceaserean.. tu sakit nak mampus.. belum bius habis tempoh masa aku dah sibuk2 suh en hubby mintak ubat tahan sakit lagi.. hehehhe.. seram siottt... tapi pembedahan ni aku masih boleh tahan lagi..

Selepas dr datang beri ulasan.. dan aku pun boleh makan minum.. mana tak lapor.. perut aku dah berkeroncong weiiii.. setengah hari berpuasa.. gilos... aku dibenarkan pulang.. alhamdulillah..

Dr bagi mc seminggu.. yahoooo... tapi.. tak best sebab minggu tu memang dah cuti 2 hari deepavali dan awal muharram.. hishhh,... rugi.. rugi...

Oklah.. itu sajork pengalaman pembedahan aku kali ni.. hope penyakit aku hilanglah hendaknya.. tak mo ler datang lagi weiii.. siksa oooo... 

Anyway... thanks to my friends and family yg wish masa aku operate.. korang tak yah susah2 datang tengok aku.. aku cuma menjalani minor operation.. small matter.. tapi kalau aku dah tak bernafas nanti.. jangan lupa ziarah aku tau.. sedekahkan Al-Fatihah banyak2 kat aku yerk.. sayang uols.. muahhhh...








2 omelan:

Sya Ahmad said...

Wish you well...rehat cukup2 nah...

Faina Arisya said...

sya..

thanks..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty