Salam hujung minggu..
Buat per tew??? masak kew?? apa menu hari ni?? dah kemas rumah??
Aku nak buat last n3 tentang percutian kami di USS ni.. dah ready ke nak membacanya??
Dah sedia ke pen ngan kertas.. bleh tulis siap2.. nanti senang nak buat rujukan.. itupun kalau uols nak pergi dalam masa yang terdekat ni la.. kalau tak.. blehlah jenguk blog aku lagi cari info.. kan.. kan.. kan..
Sebelum tu.. nasihat aku.. korang planlah awal2.. kalau rasa nak lebih jimat.. carilah info dulu sebelum nak buat tempahan.. tepuk dada tanya hati.. jangan tanya aku.. aku cari yg senang jerk.. hahahahhahaha.. poyos.. aku malas nak fikir sebenarnya..
Ok.. jom tengok bajet aku.. sebagai rujukan aku jugak pada masa2 akan datang..
Bleh refer info di
n3 awal sebelum ni..
Aku buat bajet secara keseluruhan lah ya.. kang detail sangat kang.. kalah akauntan negara! hahhahaha..
1. Passport - RM500.00
2. Tiket USS - SD248.10 = RM631.57
3. Tiket Legoland = RM375.00
4. Tune Hotel 3H 2M + tiket bas = RM196.96
5. Tol Bangi - Skudai = RM38.70
6. Tol balik ke Bangi (tak ingat keluar dari tol mana.. confuse masa keluar dari Legoland) = RM38.00 (anggaran)
7. Minyak = RM100 (anggaran.. tak sampai pun rasanya.. sebab masih banyak baki lagi..)
8. Kudap2 + Baju Hujan = RM30.00
9. Makan Day 1 (bf, lunch & dinner) = RM100.00 (anggaran - termasuk di restoran Singgah Selalu)
10. Makan di Goldilocks USS - SD50.90 = RM128.00
11. Makan di Oasis Spice USS - SD32.60 = RM82.00
12. Makan Day 3 (breakfast, Pizza Mania Legoland, minuman) = RM120.00 (anggaran)
13. USS Souvenier - SD236.24 = RM600.00 (digenapkan.. waaaa... mahalnya.. tutup sebelah mata jerk aku..)
14. Gambar di Legoland = RM60.00
TOTAL : RM 3000.23 - pergh.. gilos babas mahal beb!! tapi aku tak kisah.. sebabnya.. ni lah first percutian kami ke luar negara... hahahhahaa... luar negara lah sangat2.. inilah percutian berempat kami yang termahal setakat ni.. dan memang Spore tu duitnya lagi mahal dari duit Malaysia.. tapi sangat2 berbaloi bayar tiket ke USS.. BEST! dan first time kami buat passport.. selain tu jugak kami pergi 2 tempat.. pada aku reasonable utk orang malas macam aku... hahahhahaha.. poyos!
Ok.. ni lah souvenier yang murah2 tu (jangan korang darab ngan duit Malaysia ya.. pasti MAHAL jawabnya.. ).. meh aku senaraikan harga mengikut nilai SD ya..
1. Bekas kepala transformer - SD29.90
2. USS Universal Globe - SD21.90
3. Botol Air hat panjang - SD15.80
4. Botol Air Dinasour - SD19.00
5. Kipas - SD3.90 each
6. USS Shopping Bag - SD3.90
7. Cap utk En Hubby - SD23.90
8. Woman Set (PINK T-Shirt + Cap) - SD36.90
9. TShirt En Hubby - SD26.90
10. TShirt Budak - SD19.90 each
1. FM Madagascar - SD7.90
2. FM Shrek - SD3.90
3. FM WoodyWoodPecker - SD3.90
4. FM Transformer - SD11.90
5. FM USS - SD5.90
6. Shrek Pen - SD4.90 each
Dan.. inilah baki SD yang tinggal.. SD133.00.. simpan utk kenang2an dan future plan utk pergi semula ke USS..
Hope.. info ni berguna utk uols..
Overall.. USS memang BEST! dan memang tak puas lagi round.. selain tu.. banyak character2 film dan kartun yang tak sempat kami jumpa.. so, next time target aku nak jumpa character2 tu dan main attraction yang ada.. shopPINK.. tak sangat kot.. aku nak kumpul FM jerk.. makan2 tu standardlah.. tak syok jalan tanpa makan2..
Oklah.. tamat sudah cerita ceriti aku mengenai USS.. akan bersua lagi dalam n3 aku di Legoland pulaks.. huh!! letih siot bercerita dalam blog ni.. see ya..
Comments