Trip to Universal Studio Singapore (USS) ~ Far Far Away

Salam petang Jumaat...

Terlebih dahulu aku nak mintak maap.. n3 sebelum ni salah tajuk daaaa.. sepatutnya Madagascar.. hehehhehehe.. kesilapan teknikal yg tak disengajakan.. ampunnnn..

Ha... ni baru betul n3 berkaitan dengan Far Far Away..

Selepas kami menjelajah Madagascar.. kami ke zon Far Far Away pulaks.. kat sini lagi best.. sebabnya aku teringin sangat2 nak tengok castle Shrek dan Fiona.. memang mengkagumkan ok!! bestnya kalau ada palace cam ni kan.. apa yerk yg ada dalam castle tinggi tu?? hmm.. tunggu cerita aku jap lagi ek..

Ok.. seperti biasa aku nak share info menarik utk uols.. kat Far Far Away ni ada 4 attraction iaitu Shrek 4-D Adventure, Donkey LIVE, Echanted Airways dan Magic Portion Spin.. banyak kan?? ada jugak kedai souvenier kat Fairy Godmother's Potion Shop.. dan ada 3 restaurants.. yg ada logo halal ialah Goldilocks dan Friar's..


Jom tengok pulaks aktiviti kami sepanjang berada di Far Far Away..


sebelum nak masuk istana Shrek.. akan jumpa rumah lama Shrek.. 

kalau sapa2 teringin nak lepaskan hajat sila2lah yer.. hehehehhe..

kami berlatarkan istana..

welcome to Far Far Away..

masuk je ke dalam kawasan istana.. kami terjah dulu salah satu attraction yang ada kat situ.. Echanted Airways.. ingatkan menda laaa... Fateh pun boleh naik ok..

muka seronok nak main game..

Fateh ngan en hubby.. aku ngan Amiera.. rilex jerk aku snap gambor..

dan..... mak aiiiiiiiiiiiiiiii.... takuttttttttttttttttttttttttt... terus simpan kamera cepat2.. tutup mata.. pegang kuat2... hahahahahhaha... gilos... sumpah aku tak nak naik lagi.. ketaq lutut aku tau... huhuhuuhu.. Amiera sampai nanges2.. kesian dia.. first time gamaknya.. kata Amiera pemegang tu macam nak tercabut... erkkk.. ngeri siot..

Lepas tu kami release ketakutan kami dengan masuk ke dalam istana.. jom layan Shrek 4-D Adventure..

sebelum masuk ke panggung.. kami diberi sedikit taklimat dan sedikit kisah Shrek..

orang ramai dah standby nak masuk panggung..

haaaaaaa.... dah ready nak layan 4-D.. masa tayangan tidak dibenarkan ambik gambar yerk.. 

kakak dah ready.. awat kakak bersila.. tak bestlah.. 

kesimpulan 4-D Shrek.. memang best sangat2.. sampaikan Amiera jadik takut.. kejap2 dia tanggalkan spek.. apa daaaaa... penakut!

wajib ambik gambar kat sini tanda kami dah nonton 4-D Shrek..



Amiera.. princess.. nak jadi puteri ke sayang oiiii.. tok sah lah yerk.. duk kat rumah lagi bagus..

Tak lama kemudian.. Shrek dan Fiona pun keluar menemui peminat2..

masa diorang tengah berjalan ni.. silalah ke tepi ye.. tok sah nak nak berangan nak bergambar ngan diorang.. nanti kena halau.. so, frust jugaks tak dapat bergambar kan..

Sebelum nak pi makan kami pi bilik termenung dulu...



Dan tanpa di sangka.. masa nak ke bilik termenung tu nampak beberapa orang sedang beratur nak bergambar dengan Shrek.. sementara orang tak ramai cepat2 kami beratur sekali..

lepas kempunan nak bergambar dengan Shrek dan Fiona.. Fateh dah tak larat dah.. susu time.. fedulik dia ngan Shrek.. ada dia kisah.. tapi sampai ke sudah dia still ingat Shrek lambai2 tangan kat dia.. siap buat action lagi tu.. hahahhahha... Fateh.. Fateh..

Lunch time kami di Goldilocks.. 

masing2 dah lapor time ni..

kami ambik 1 set kanak2 dapat free lunch box, 1 set burger, 1 set ayam goreng dan 1 botol air gergasi yg dalam dia ada fruit punch.. total SD50.90.. time ni korang jangan dok sibuk nak kira dengan duit Malaysia ok.. sah2 memang mahal.. tak makan lah gamaknya.. dari segi rasa pulaks.. lagi sedap McD dan KFC... serius beb...

pekat sungguh fruit punch ni.. sampai ke sudah tak habis.. hahahhahahha... asalnya nak beli botol tu jerk.. suka ler tew.. kembang2 hidung..

ala encem boy mama ni.. seronok ler tew dapat lunch box ya.. kakak ko dah riki2 nak menda alah tu tau! hahahhahaha...

time ni memang tak ramai yang makan.. so, memang relax dan santai jerk kami beristirehat.. memang best!

Gambar2 di bawah di ambil masa kami buat second round.. sebabnya kami tak sempat nak masuk Donkey Live..

Tapi masa kami sampai tu.. dah start.. so, kena tunggu setengah jam lagi.. sementara tu kami just lepak2 kat luar.. sambil menikmati pemandangan di Far Far Away..

Amiera with Rapunzel..

Amiera with ?? aku tak tau daaaa...

kereta kuda.. menarik..

Fateh layan kebosanan dengan game.. 

aku pun nak tumpang sekaki.. masa kecik2 kan tak dapat... hahhahaha.. poyos..

mana2 tempat yg nampak menarik.. aku ambik gambor..

Dan.. yg dinantikan.. dapat jugaks masuk.. walaupun dah terlepas sekali tayangan.. here we go.. Donkey LIVE!

muka masing2 dah kepenatan.. baik jerk kakak ni.. tegak jerk ambik gambor..  hehhee.. apa yg best dalam Donkey LIVE ni?? uols alamilah sendiri ya..
 
habis show kita akan keluar dan masuk ke kedai Fairy GodMother's.. kat dalam tu ada satu lagi attraction.. tapi aku malas nak suh diorang naik.. biasa2 jerk pun.. 

Ok.. setakat ini sajork aktiviti kami semasa berada di Far Far Away.. nantikan aktiviti2 kami di lain2 zon pada n3 akan datang... see ya..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty