Salam pagi Isnin..
Sihat semua?? aku setakat ni masih suam2 kuku... huhuhuu.. hope cepat sembuh lah hendaknya..
Sebelum aku nak bercerita tentang pengalaman aku dan family bercuti2 di USS Singapore dan Legoland.. meh aku nak cerita serba sedikit tentang rancangan percutian dan perkara2 yang perlu korang ambil tau.. tapi aku taklah pencerita yang hebat nak habaq semua.. aku cerita based on experience aku sendiri lah yer.. lain orang lain caranya.. so, tepuk dada tanya hati masing2..
Untuk pengetahuan semua.. perancangan asal aku hanya utk ke Legoland sahaja.. yerlah kan dah nak musim cuti sekolah ni.. mesti nak bawak anak2 pi jalan2 kan.. kebetulan pulaks taman tema Hello Kitty pun dijangka akan di buka pada Oktober...
Bila asyik berding-dong ngan en hubby... faham ke korang ek? maknanya kami masih belum sepakat nak pergi.. ntah macam mana.. aku boleh terfikir nak ke USS.. alang2 dah ke selatan tanah air.. apa salahnya kan.. kalau semata2 nak ke Legoland jerk cam tak best... so, sebelum aku bentangkan cadangan ke pihak atasan (en hubby aku ler).. aku kena study dulu dari segi kos..
SURVEY & TICKET
Mula2 aku survey dulu harga tiket ke USS.. boleh check kat
website USS.. masa peak dan non-peak.. agak jauh berbeza... dan diskaun 15% yang disediakan khusus untuk pemegang credit card maybank.. hmmmm... satu lagi kanak2 di bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.. so, Fateh is exclude..
Lepas tu aku survey pulaks tiket ke
Legoland.. ada promosi.. tapi yang tak bestnya.. kanak2 dari umur 3 tahun ke atas dikenakan bayaran... alamak..
Ke Taman tema Hello Kitty.. aku tak survey sebab takde website.. lagipun masih tak sure dah bukak ke belum.. beberapa hari sebelum kami bertolak.. aku dapat email dari Hello Kitty Malaysia yang taman tema akan di buka secara rasmi pada 10 November.. so, memang tak dapatlah nak bawak budak2 ke situ..
Sambil2 aku survey tu aku plan jugaks date yang sesuai.. kalau boleh bukan musim cuti sekolah..
Lepas tu aku survey pulaks hotel yang berdekatan.. jumpa website
Tune Hotel.. senang.. dan banyak kemudahan disediakan.. tak yah susah2 nak ke USS.. diorang dah siapkan package tiket bas untuk ke USS.. RM25 seorang.. so, korang bleh booking sekali ngan hotel.. sampai kat hotel diorang akan bagi voucher dan kena redeem kat kaunter perkhidmatan bas.. peringatan.. harga hotel akan sentiasa berubah2 mengikut tarikh yer.. macam air asia.. oh ya.. aku cuma tambah (Add-On).. entertainment utk sehari.. RM10.60 sahaja.. korang tak yahlah nak tambah air-cond sebab bilik kecil jerk.. kipas pun dah sejuk.. nak2 pulak musim hujan.. lagi sejuk.. hat minum2 tak yahlah nak ambik.. kedai 7e ada kat sebelah hotel..
Lepas tu aku survey pulaks bayaran passport.. pergi ke website
imigresen.. dan tanya ngan kawan2 yang dah pernah buat passport..
So, rumusan dari hasil survey.. aku emailkan ke en hubby seperti di bawah..
Passport - 2 Dewasa - RM200.00
Passport - 2 Anak - RM300.00
Tiket
USS - SD248.10 x 2.5 (2 dewasa 1 anak) - lebih kurang RM620.00 .. promosi Maybank Credit Card termasuk
pass ekspress (kalau tak ambik pass ekspress ni.. kena tunggu hampir sejam utk attractions yg ada)
Tiket Legoland - RM375.00 (2 dewasa 2 anak)
Hotel - RM196.96 (3 hari 2 malam dan tiket bas pergi balik ke Resorts World Sentosa)
Total : * RM1691.96
* Tidak termasuk makan, tol dan minyak
Akhirnya.. en hubby bersetuju..
Dan pada tanggal 11 Oktober aku booking semua tiket secara online.. hanya di hujung jari aku.. simple kan.. dasar pemalas.. dan tarikh percutian pada 4 - 6 November.. tak sampai lagi sebulan... hehhehehehe..
Selesai urusan membooking.. print semua dokumen yg pihak USS, Legoland dan Tune Hotel email kat aku.. done..
Saranan aku.. carilah yang betul2 murah.. aku jenis pemalas ok.. aku suka beli
direct ngan webiste tu.. kalau korang ada usaha nak cari yg lagi murah..
dipersilakan..
*******************************************************************************
PASSPORT
Petang tu jugaks lepas office hour.. kami ke kedai gambar.. semangat siot nak buat passport..4 keping setiap sorang.. kos RM40.00.. done.. fotostat ic dan surat beranak.. tapi ada masalah sket.. ic en hubby aku hilang.. pulok!! jenuh nak ingat kembali kat mana en hubby aku letak.. tapi hati aku kuat mengatakan ic en hubby tertinggal kat Celcom Kajang... tapi kan.. kenapa pihak Celcom tak call en hubby aku?? confuse.. aku call Celcom Centre.. nak dapatkan no tel Celcom Kajang.. tapi hampeh.. diorang tak simpan no tel cawangan.. kalau ada pun kata operator tu.. diorang tak akan angkat call.. boleh gitu?? apa daaa..
So, en hubby pun pergi sendiri ke Celcom Kajang.. sah! memang IC dia tertinggal di situ... tapi aku hairan.. kenapa pihak Celcom Kajang sendiri tak ada rasa tanggungjawab pada customer?? huh!! duit kitorang nak?? grrrrrrrrrrrr... wahai pihak Celcom Kajang.. sila jangan ambil mudah hal2 cenggini ok..
Selesai urusan gambar dan photostat...
Urusan Passport kami buat pada hari Sabtu.. bleh baca kisahnya
di sini.. aku memang tak suka bertangguh.. mana yang boleh dibuat segera.. buatlah segera.. tak nak kelam kabut last minute.. peringatan.. tak yah isi borang.. just bawa sekeping gambar berukuran passport dan salinan ic / surat beranak.. dan jangan lupa duit CASH ONLY!
********************************************************************************
BAJU HUJAN DAN MAKANAN
Baju hujan aku just beli kat Watson hat pakai buang.. kenapa nak beli?? sebab ada attraction kat USS yang kena pakai menda alah ni.. takkan korang nak lenjun!! kalau rasa nak mandi air free boleh aja.. sekeping tak lebih RM3.50.. tapi kalau korang nak beli kat USS pun ok jugaks.. memang diorang ada jual.. sekeping kalau tak silap aku SD1.. murah jugaks..
Makanan dan minuman.. en hubby beli sehari sebelum bertolak.. just beli kudap2 dan roti.. bukannya makan sangat pun.. banyak makan kat hotel compare kat USS.. buat penat jerk bawak.. sebab memang kitorang plan nak makan kat USS..
Kami cuma bawak satu beg sandang.. dalam dia ada 3 botol air mineral, botol susu, susu Fateh, baju anak2 sepasang sorang, pampers (takut Fateh terkucil..), dan sedikit makanan..
DUIT SAKU
Sebelum nak tukar duit.. aku dah survey dulu.. harga makanan kat USS dan cenderahati yang aku nak beli kat USS.. so, bajet semua dalam SD300.. biar berlebih jangan kurang... huhuhuuu...
Aku serahkan kat en hubby tolong uruskan.. memandangkan kesihatan aku yang tak menentu lepas raya haji.. aku cuma tolong survey tempat yang murah.. ramai blogger cadangkan kat Kajang.. so, tak kisahlah kat mana en hubby nak pergi.. yg penting kat Kajang..
En hubby pi tukar duit sehari sebelum kami bertolak.. done!
cam tak cayo jerk aku akan guna duit Spore ni..
murahnya harga duit Malaysia..
So, setakat ni dulu.. introduction perancangan percutian kami kali ni.. hope dapat bantu korang yang nak pergi ke USS..
Nanti aku sambung cerita selanjutnya pada n3 yg lain okay... see yaaaa... aku nak pi masak.. perut dah berbunyi... daaaaa...
Comments
kak iena dah sihat ker ni? hopefully sudah sihat sepenuhnya k..
insyaAllah.. adalah kurang sket.. tapi masih belum pulih sepenuhnya..