Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Trip to Universal Studio Singapore (USS) ~ The Lost World

Salam hujung minggu..

Sihat semua? dah makan ke?

Sebelum memulakan bicara.. marilah kita sama2 panjatkan doa kepada yang maha Esa supaya melindungi umat Islam di Gaza dari serangan tentera Israel yang kejam.. dan sekiranya ada yang telah terkorban syahid.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.. aminnnn...

Bersambung semula dengan cerita ceriti kami di USS yang masih belum ada kesudahan.. hehehhehehe...

Selepas berpuashati di Far Far Away.. kami meneruskan penerokaan selanjutnya di The Lost World.. apa yang menarik di Lost World??

As usual.. aku share info di Lost World.. ada 5 attraction iaitu Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Amber Rock Climb dan WaterWorld.. kat sini kami tak join 3 attraction.. sebab en hubby dah kepeningan.. kesian Amiera.. tak dapat dia nak naik Dino-Soarin.. ni semua punca kami naik Jurassic Park Rapids Adventure.. so, uols.. better uols pergi attraction yg lain dulu ya.. tapi kalau korang jenis tak kisah perihal pening2 ni.. suka hati uols lah nak main hat mana dulu ya...

Ada 2 kedai souvenier.. tapi aku tak masuk.. tak berkesempatan.. kan en hubby aku dah pening... hohohoho..

Ada 2 restaurants tapi dua-dua takde logo halal.. so, janganlah korang yg beragama Islam rajin2 nak masuk ya.. tapi kalau uols nak masuk jugaks.. lantak koranglah.. ingat!! aku dah bagi info ok! oh ya.. aku bagi info ni berdasarkan fakta ok!! aku baca dari map yang disediakan.. kalau aku salah.. maknanya map tu salah lah yo..

Jom layan gambar yang sempat aku snap.. gambar tak banyak ok...



Mula2 kami layan WaterWorld dulu..

adik dah letih ke sayang?? tutup mata jerk anak2ku.. apa kes??

sampai2 jerk dah ramai orang.. so, duk kat sit hijau.. dengarnya.. kalau duk kat sit biru.. confirm2 kena simbah ngan air.. huhuhuhu..

antara adegan2 cemas sepanjang cerita ni berlangsung.. overall.. oklah dengan action2 yang diorang buat.. sebijik cam movie.. bunyi letupan toksah cakaplah.. kojap2 aku terkezut.. grrrrrrrr... 

hat yang kena simbah ngan air tu.. hahahhahhaha.. nasiblah.. memang diorang akan ada action yang menyebabkan air tu tersimbah keluar..

Lepas tu kami ke Jurassic Park.. 


Fateh sibuk nak mandi kat situ.. suka2 hati dia jerk..

bersemangat si kecik ni nak naik bot.. tapi..

sayangnya.. ketinggian Fateh tidak melepasi syarat2 yang dibenarkan...

terpaksalah Fateh ditempatkan di sini.. kami bergilir2 jaga Fateh.. Fateh layan movie Dinasour.. nasib baik Fateh tak nanges.. huhuhu.. selamat aku..

Papa & Amiera akan memulakan pengembaraan di dunia Dinasour..

dan kemudian giliran aku pulaks ngan Amiera main.. gilos aku takut.. macam2 aku tanya Amiera.. takut ke.. ada action yang menyeramkan ke.. hehehhehehhe.. Amiera pot..pet..pot..pet.. cerita kat aku.. aku pulaks yg risau.. semasa ride tak dibenarkan bergambar ya..

selesai jugaks akhirnya.. debar2 aku dibuatnya.. kepala pun pusing buk!

 Ingatkan masa second round kami di USS sempat nak main attraction yang lain.. tapi tak sempatlah.. 

petang tu kami nampak dinasour ni di bawak keluar.. memang dia bergerak ok.. nganga jerk nak ngap orang! nak dekat2 pun aku takut..

Sekian dulu n3 aku di The Lost World.. jumpa n3 selanjutnya utk zon lain laks.. see ya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah