Trip to Universal Studio Singapore (USS) & Legoland ~ Travel Day

TRAVEL DAY - 4 November 2012

Kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 8.00 pagi pada 4 November 2012.. check-in hotel pada jam 2.00 petang.. so, target kena keluar awal.. yerlah kan first time hanya kami berempat ke JB.. aku pernah gaks pergi JB tapi ngan sedara mara.. aku tak ingat dah.. kang sesat barat... jenuh nak cari..

Kami berhenti berehat di Hentian Air Keroh.. sarapan pagi nasi lemak.. perghhh.. hehhehehe.. sakit2 jugak.. makan totap makan..

Lepas tu kami meneruskan perjalanan... akhirnya kul 12 tengahari kami sampai.. so, anggaran perjalanan adalah dalam 3 jam setengah sahaja utk ke JB.. tapi bukanlah bawak 80 - 90 km sejam.. lebih lah beb.. setakat ni aku perhatikan tidak ada Kamera AES sepanjang ke JB.. yg ada pun kamera apa ntah.. dan polis yg bertugas kat bawah jejambat.. standby lah yerk.. pandailah2 korang kan..

Memandangkan masih terlalu awal utk check-in.. kami pi jalan2 dulu sekitar JB.. tapi takde lah round sangat.. kami bukannya reti.. main redah jerk.. jumpa Danga City Mall .. tempat dia biasa2 aja.. takdelah besar sangat.. yang best.. free parking.. kami sempat lunch kat food court yang disediakan..



Memikirkan aku tak berapa lapar sangat.. dan Amiera yang masih demam.. so aku order mee hailam.. manalah tau boleh bukak selera Amiera nak makan kan... dari segi harga reasonable la.. sobab apo??? haaa.. ni bukti eh..

besar gedabak.. ni mee hailam ke mee goreng ladna.. aku pun konfius.. penuh ngan bahan2 dan sayur2an.. memang berbaloi dengan harga RM5.. 

En hubby makan nasi daging merah, air pulaks fresh orange, carrot susu suam dan air suam.. total RM18.. oklah kot..  tapi aku takdelah kenyang sangat2.. tak habis makan mee tu sorang2.. dahlah aku ni bukannya penggemar mee yg tegar.. Amiera pulaks memilih.. hish... susah..

Dah habis round2 shopping mall tu.. kami patah balik ke Tune Hotel.. check in time.. cari parking dulu depan tune hotel.. memang senang sangat2..

Ok uols.. cam biasa kan.. korang tunjuk jerk booking letter tu kat kaunter.. bagi ic sekali ok.. diorang akan bagi kunci dan voucher tiket bas ke USS yg korang kena redeem tiket bas tu kat kaunter Odyssey.. kaunter tu kat luar tune hotel.. ada banyak kedai kat luar tune hotel tu..

Masa aku nak redeem tiket bas tu.. kaunter tu tutup for lunch pulaks sampai kul 2.30 petang.. so, kami naik atas dulu hantar barang..

Sambil anak2 santai ngan papa.. aku turun ke bawah.. pi redeem tiket bas.. selain tiket bas.. korang kena isi borang kecik bagi tujuan imigresen.. borang tu korang kena selitkan kat passport ok.. dan tulis nama kat senarai penumpang bas Odyssey.. selesai urusan bas.. pada awalnya aku plan nak naik kul 8.30.. tapi petugas kaunter cakap.. bas hanya ada pukul 7.30 pagi sebab tak ramai orang.. kalau ramai sangat baru diorang sediakan extra bus.. lagipun katanya.. walaupun bertolak awal.. tak semestinya sampai awal di Sentosa Island.. takut ada masalah dengan imigresen.. 

kenangan tiket bas yg dah kena kerat..

Selesai urusan bas..

Meh aku nak review pulaks pasal Tune Hotel.. first impression.. bilik sangat bersih dan kemas.. hotel baru gamaknya.. cuma kecik sebagaimana yang diwar2kan oleh blogger.. itu memang aku akui.. lagipun aku tak kisah.. bukannya kita nak duk kat hotel tu 24 jam right.. lagipun amat sesuai dengan harga yg kita bayar..

Ni serba sedikit gambar yg aku snap guna hp..

sikecik tu asalnya dah tidur masa dalam kereta.. tau2 letak kat tilam terus celik.. haiyaaa.. aku pilih twin room ni sebab masa nak booking lebih murah sket dari double room.. ikut nasiblah masa kita nak book tu.. kalau dapat hat double room lagi murah lagi bagus..

depan tu pintu masuk.. belah kanan tu bilik air..

dinding dihiasi dengan corak bunga.. kaler pastel.. sweet ja.. tv dok terpacak kat situ.. jarak ngan katil.. alahai.. kecik jerk.. sib baik aku kurus..

pintu bilik air ni.. agak menyusahkan.. tapi ada sebab diorang buat cenggini.. tak kisahlah kan.. cuma.. tak boleh nak lock.. hahahahhaha.. sendiri mau ingat!

bilik air yg sangat bersih.. pemancur air dia best! besar.. memang puas mandi..

kesian Amiera kesejukan.. hehehhehehe.. dahlah demam yerk.. remote kipas kami dah kena cilok.. huhuhuu.. tak pasal2 laju tahap lipas kipas tu berpusing..

So, kami rehat2 dulu.. ingatkan petangnya nak round sekitar danga bay.. tapi alahai.. hujan lobek lah pulaks..

Gamaknya... landing time laaa... 

Malam kami keluar cari makan.. ingatkan nak makan kat Restoran sebelah hotel.. Sekinchan Ikan Bakar.. tapi malangnya diorang tak masak sup2 ni.. dah lewat malam gamaknya..

So, terpaksalah kami cari makanan di luar.. 

Mula2 nak round sekitar Danga Bay.. tapi alahai.. tak sesuai jerk ngan kami ni restoran kat situ.. pastu kat situ pun ada ala2 Fun Fair.. besar jugaks.. sib baik Fateh tidur.. huhuuhuhu.. selamat...

Pusing punya pusing.. rupa2nya berhadapan dengan kawasan hotel ada kedai makan.. besar gaks.. Restoran Singgah Selalu.. 24 jam.. macam2 makanan ada.. order jerk.. tapi harga mak aiii... memang agak mahal.. sekali sekala bolehlah.. hari2 boleh kopak.. harga makanan yg kalau kat sekitar Bangi ni mungkin cecah RM30 lah paling mahal pun.. kat situ hampir RM50.. pergh.. mentang2lah tempat pelancongan..


aweks ni masih demam.. perut pulaks asyik sakit.. mana tak sakitnya.. suh makan tak mau.. aku paksa jugaks dia makan nasi malam tu..

chedapnya.. makan apa tu en abang??

Oklah.. makan sudah.. mata pun ngantuk.. balik hotel.. kena tidur awal.. esok nak kena bangun pagi2.. semangat nak gi Spore ni.. hahahhahaha.. poyos..

Tunggu n3 aku ke Sentosa Island.. see ya..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty