Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti terakhir 2012 ~ Pedas & Morib

Sebelum 2012 melabuhkan tirainya.. kami akhiri aktiviti kami dengan mandi manda di Wet World Pedas..

Kenapa di wet world?? sebab aku dah beli tiket online di groupon sebulan yang lalu.. dapat diskaun yg agak murah..

Last minute.. aku ajak parents aku.. tapi as usual my mom tak nak ikut.. mak aku lebih rela duk umah jaga kucing2 kesayangan dia... huhuhuhu.. abah aku jenis tak kisah.. mana anak2 nak bawak kecuali bermalam dia akan ikut... kang kalau bermalam susah dia tinggalkan isteri kat rumah sorang2..

So, perjalanan dari Putrajaya ke rumah mak aku tu takdelah jauh.. sekangkang kera jerk.. tapi nak sampainya tu.. hmmmm.. macam jauh sangat.. huhuhhuu... dahlah malam sebelumnya anak2 aku tidur lewat.. dipaksa tidur tak mahunya.. tak pasal2 bangun lambat.. dahlah bangun lambat.. nak mandi.. alahai si tecik tu.. meraung2 nak mandi.. camna nak masuk tadika ni?? bila dah keluar rumah.. dalam perjalanan.. jalan jem laaa pulaks.. time2 tu diorang nak betulkan jalan bagai.. time2 tu pulaks ada kematian.. berarak tepi jalan... hmmm... sampai rumah mak aku dah 10.30..


Ingatkan ikut jalan lama dari Seremban bleh sampai cepat ke pedas.. tapi aku tak confident.. namo yo orang nogori.. jalan kek soghomban pun tak ghoti! terpaksa aku suh en hubby masuk highway sajork.. sonang cerito... huhhuhu...


Sampai di wetworld dah hampir kul 1... huhuhuu.. panas terik siot..

sampai jugak akhirnya..


pemandangan sekitar wet world pedas..

bila Fateh jumpa air..

sweet memory.. atuk & cucu..

berebut nak pelampung..

air kat sini tak sehebat kat Gambang..

diorang dah sediakan penghadang panas.. so, bleh lepak2 kat situ..

kat situ jugaks diorang ada sediakan permainan ala2 fun fair tu.. nangis2 Fateh nak naik.. sib baik tutup kata staff bertugas.. kalau tak melayang puluhan ringgit.. so, sebelum pulang.. bergambar dulu kat taman permainan..

Malamnya pulaks.. 


Kami termasuk mak abah aku.. (hahahhaha... berjaya jugaks aku bawak mak aku gi jalan2.. yerlah kan.. kucing2 kesayangan dia dah masuk sangkar.. ).. kami gi makan2 kat Pantai Morib.. sambil makan bleh hirup udara laut... tapi sayang.. laut tengah surut..

di tepi pantai Morib.. 

kelakar pulaks aku tengok Amiera ni.. haa.. ni lah ropa kalau pi gunting rambut kat kedai mamak.. hahahhahaha... tak nyempat2..


simbol kebanggaan Morib..

abah aku memang tak pernah nak tolak permintaan anak dia..

gambar kabur sket.. maklumlah abah aku tu bukannya reti.. ni pun kira bagus dah ni.. ada gaks gambarnya..

selamat malam Morib.. jumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah