Skip to main content

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kisah Benar : Bayi kawan opis aku yg baru lahir jatuh ke lantai


Sedih.. kesian... bila aku dapat tahu kisah ini semalam di pejabat.. amat mendukacitakan.. semoga kawan aku tu tabah menghadapi ujian dan dugaan dari-Nya.. apa pun staff yg bertugas perlu bertanggungjawab dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku.. jangan ambil remeh hal2 macam ni.. jangan memburukkan reputasi kakitangan awam khususnya yang bekerja secara langsung dengan orang awam..

Trauma bayi jatuh ke lantai

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Nor Azizah Mokhtar Cetak
Kuala Lumpur: Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.
Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.


Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif... tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu... pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

kredit to bharian.com.my

Comments

Salwa said…
Semoga anak mereka sihat. Sanggup mereka tak mohon maaf kan. :(
shafarina said…
Ya Allah. Kalau jadi kat anak sendiri baru diorang maik tahu kot. Tolonglah, banyak sungguh kes2 kecuaian macam ni. Kesian kawan kamu tu.
syalinda johari said…
jumaat lepas jumpa henni dan pn. novolin, diorg bgtau..sian fahmi, harap2nya baby dia sihat dan okey sampai bila2...aminn
Faina Arisya said…
Salwa.. alhamdulillah.. khabarnya anak dia ok..

shafarina.. tulah kan.. kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau..

syalinda..

sian kan.. kalau anak kita memang dah meraung dah tu..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah