Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Trip to Legoland ~ Lego Imagination

Salam pagi Isnin..

Sihat semua?? muge sihatlah hendaknya ya.. aku alhamdulillah sihat.. cuma en hubby aku yg kureng sihat sket.. cian dia..

Bulan ni aku agak sibuk dengan urusan di pejabat dan urusan2 lain.. terkezut aku ok bila tengok story utk bulan ni baru 7.. huhuhuhuu.. sadis.. sadis..

So sebelum tamatnya tahun ni.. aku nak banyakkan story2 yang dah lama tak berupdate..

Sambung kisah kami di Legoland.. kali ni di Imagination.. apa yang menarik di Imagination?? budak2 ler yang paling suka.. very kalerfull.. dan banyak game yang menarik tapi malangnya tak semua kami join..


Meh tengok gambar sambil aku story sket..

 Musical Fountain.. ada music kat sini..

en hubby aku jadi referee bagi pertandingan bola zirafah.. belakang tu ler restoran Pizza Mania.. kat sebelah kanan pulaks ada Surau, Baby Care..

  
Duplo Playtown.. kat sini budak2 memang suka.. ala2 taman permainan gitu.. 

Duplo Express.. 

besaq ko dinasour ni.. 

Observation Tower.. masa ni kami tak naik lagi sebab tengok tengah ramai yg beratur..  

tengah menunggu di Lego Studios.. 4-D Adventure..

apa kes ni dik oiiii.. ni kes bosan menunggu ler ni.. huhuhuhu...

Walaupun 4-D.. pada aku.. tak setanding di USS... yerlah citer Lego.. nak action lebih2 takut tercabut pulaks lego tu karang...

Lepas puas bagi anak2 main apa yg diorang nak.. kami pi lunch dulu.. Pizza Mania.. sebab teringin nak rasa Pizza yang diwar2kan kesedapannya.. pada aku biasa2 jerk.. pizza dia nipis cam biskut.. nenas banyak laks tu.. not my peberet.. kalau sekadar nak merasa aku suggest ambik pakej kids tu.. rm15 kalau tak silap.. bleh dapat 6' pizza+air+buah2an.. tapi kes kami lain.. hehhehehe.. sebabnya.. masa kami masuk restoran tu dah ramai orang tengah beratur beli pizza.. so, malas nak beratur.. terpaksalah order menda lain dulu.. aku beli Seafood Marinara.. memang sedap.. sampai licin ko anak2 aku makan.. dalam setengah jam kami lepak kat situ.. tiba2 kat luar hujan turun lebat.. sib baik.. semakin ramai orang dah masuk ke dalam restoran.. so, nak menunggu hujan reda.. terpaksalah kami order makanan lain.. nak tak nak kenalah beratur beli pizza.. beli set family sebab set kecik sket dah habis.. satu pizza 14' kalau tak silap + 4 soup + 4 air.. erkkkk.. naik muak nak perabihkan.. memang tak habis pun.. terpaksalah bawak balik pizza tu.. hehhehehhe... tapi hat soup tu kami bagi kat budak2 sekolah yg tengah makan.. yerlah dari membuang camtu jerk.. kan membazir tu..

haa.. tengok si Fateh.. sedap sangatlah tu..

Chicken Pizza

Bila hujan dah reda.. kami sambung lagi.. ingatkan nak naik Observation Tower.. tapi malangnya.. pintu ada problem pulaks.. haaaaiiiii... camno ni?? bayar mahal2 tapi tak bleh nak naik.. apa kes?? takkan kami nak nunggu kot.. pi tempat lainlah jawabnya..

game ni Amiera tak nak naik.. takut katanya.. rugi betul bawak Amiera.. semua menda takut nak main.. grrrr.. nak suruh si adik naik tak confirm tak boleh.. huhuuhu..

Ada satu tempat lagi yg kami tak singgah iaitu Build & Test.. main susun2 lego kalau tak silap.. itu yang aku nampak dari luar laaa... kami tak masuk sebab ramai sangat orang dalam tu.. satu hal lagi.. dah masuk memang susah sangat nak keluar.. tau2 jerlah budak2 ni.. nak main lama2..

Oklah.. itu sajork pengalaman kami di zon Imagination..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah