Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Trip to Legoland : Lego Land of Adventure

Sambung semula cerita aku di zon seterusnya di Legoland iaitu Land of Adventure..

muka keletihan.. nak dukung.. uwaaaaaaa... terpaksalah aku yang keding ni mendukung.. si ayah dah jauh di depan ngan Amiera..

Kat sini kami tak pergi 2 tempat iaitu Adventure Game dan Dino Island.. nampak dari jauh jerk Adventure Game.. confirm kami tak akan main.. so, tengok dari jauh jerlah.. tak perasan pulaks kat area situ ada Dino Island..

Kami hanya bawak budak2 ni main kat Pharaoh's Revenge dan Lost Kingdom Adventure.. hat Beetle Bounce Amiera takut2 nak main.. takkanlah aku yg nak naik kot.. wat malu jerk..

Aiiitt... cerita ceriti takde gambar tak bestlah pulaks.. mendalah aku membebel ni kan.. so, jom layan gambar yg tak seberapa ada ni..




jumpa Pak Arab dan untanya..

budak2 memang suka main game ni.. sampaikan si Fateh meraung2 bila kami bawak dia keluar.. habis tu takkan asyik dok dalam ni jerk kan.. nak jugak pi tempat lain..

  
ni lah game yg Fateh suka sangat tu.. kasi tembak!

berhadapan dengan game ni.. nampak ramai orang tengah beratur.. best ke??


so, kami pun join sekali beratur..

dan hasilnya..

hehehee.. masing2 serius menembak.. yerlah.. tiba2 tengah syok dok menembak tu tetiba spot-light keluar.. caittt.. sib baik muka aku semenggah! lebur RM30 utk sekeping gambar ni..

di sebelah lain pulaks.. game ni ler yg Amiera takut nak main.. alahai.. bukannya tinggi pun.. 

dari jauh nampak game kat sini menakutkan.. so, malas nak pi tengah2 panas terik tu..

 ok.. itu sajork pengalaman kami di Land of Adventure..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah