Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fareeda Again..

Tahun baru.. tudung baru.. tapi tak dapat jugaks yang diidamkan.. huhuhuhuhu..

Aku berkenan hat Sweet Love.. sungguh tergoda dengan design baru tu.. so aku pergi ler ke Fareeda sempena jualan masyur cuti sekolah aritu.. nasib baik ler en hubby berbesar hati nak layan karenah aku ni... huhuhuuu... yerlah sejak mula2 design Sweet Love dikeluarkan.. tak habis2 aku dok usha kat fb hari2..

Sampai jerk kat fareeda dalam kul 3 kalau tak silap.. dah lama tak pi since nak raya dulu.. tau2 dah ada sistem bernombor.. macam nak buat urusan kat bank lah pulaks.. haaa.. ko.. dah lebih seribu no nya.. itupun tinggal 2 no jerk lagi yang di printkan.. sib baik..

tapi sayang... no ni takde ong laa..

Lepas keluar jalan2 dulu sekitar bangi.. kami patah balik.. tak sampai 10 minit no aku dipanggil.. tapi kena beratur dulu dalam kedai.. adalah lebih kurang 20 orang dalam tu.. lepas group yang sebelum tu selesai buat pembayaran.. kelihatan staff Fareeda keluarkan beberapa helai stok baru.. so, aku dah aim nak rembat..  tapi... nak masuk tu rupa2nya still ikut no giliran... huhuhuhu.. hampeh!! berbelas orang yang terawal dari aku dah rembat siap2.. grrrrr.. aku hat last2 ni apa pun tadak.. masuk pun macam dah takde semangat nak beli.. hat cantik2 dah takde.. semua diorang rembat.. yg aku geram tu.. diorang tu bawak family.. yg lelaki pun join sekali.. yg lelaki pun ambik jugaks.. fareeda pun satu.. dah tau ramai customer.. buatlah banyak2 design baru.. design lama dah tak ramai yg nak beli..

Aku pusing2 lagi.. sempat jugaks usha kat bahagian belakang kot2 diorang nak keluarkan stok baru.. tapi hampeh.. bila aku tanya pasal Sweet Love.. dah takde katanya.. lorrrr.. ntah apa2.. last2 baru sorang staff tu perasan ada dalam kotak design Sweet Reben color merah.. haa... ada pun.. 

Oh ya.. masa jualan masyur ni harga tudung memang murah.. tak sampai RM150..

So, sebelum tamat masa yg diberikan.. aku rasa tak sampai pun 10 minit.. cepat2 aku ambik yg berkenan.. dapatlah dua helai.. tapi yg diidamkan masih takde..

Sweet Reben kaler merah..

Suzanna 2 layer + brooch cincin

Masa hari terakhir jualan masyur.. aku plan nak pergi lah kan... sebab tak puas hati tak dapat Sweet Love.. harga pulaks masa tu cuma RM120.. tapi sebab keletihan pergi Wet World.. so, aku sampai kat Fareeda dah nak dekat kul 4 petang.. 

Tapi... punyalah ramai yg masih ada kat luar.. aduiii.. sekali tengok no giliran dah tak dikeluarkan.. sadis.. takde rezeki..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah