First Day @ School

Salam pagi Sabtu..

Terlebih dulu aku nak minta maaf sebab lambat nak update perihal anak2 aku masa hari pertama persekolahan.. sibuk yg amat.. jap agi aku cerita ya..

Aku masuk keje hari Khamis.. aku dah mula start buat keje2 programming guna framework baru.. agak mencabar kefahaman programming aku.. pe'el aku ni once aku dah start memang susah sket aku nak berenti.. selagi tak dapat selagi tu aku akan cuba cari solution.. keje yg sepatutnya bleh siap dalam 3 hari paling lama pun sampai sekarang tak siap2.. hahahhahahha.. fenin aku.. walaupun design dah keluar tapi proses di belakang tu masih belum boleh run lagi.. dunia IT ni memang cepat berubah.. so, macam2 kaedah dan pendekatan baru yang digunapakai.. utk orang2 yg separuh veteran cam aku ni.. otak pun dah tepu.. lagilah mencabar.. so, utk korang2 yang anak nak masuk U tu.. toksah lah ambik bidang keje programming.. carilah bidang lain.. melainkan anak2 berminat dan masuk sektor swasta.. berbaloi dengan gaji yang ditawarkan..

Bukannya apa.. kalau upah kat vendor buat sistem pun dah memakan puluh2 ribu dan ada jugak mencecah ratusan ribu... kami yang nak pecah kepala kerja buat sistem gaji takat tu jugaks.. takde elaun kritikal bagai.. user pulaks suka2 hati ambil kesempatan.. mentang2 free.. suka2 jerk nak ngarah buat sistem itu ini.. eiiiiii... PESIMA sila perjuangkan apa yg patut ya..

Ok.. tak mau migrain2.. meh aku cerita serba sedikit kisah anak2 aku di hari pertama persekolahan..

Tahun ni aku tak bimbang sangat perihal anak2.. Amiera pun dah Tahun 3.. so, dia dah arif perihal sekolah.. Fateh pulaks just masuk tadika.. memang aku serah kat cikgu.. lagipun seharian Fateh di situ.. takde tukar ke mana2..

Kisah Amiera..



serba baru.. bagi semangat pada anak2 utk memulakan hari pertama persekolahan.. yeahh.. zaman aku dulu memang susah.. so, aku tak mau ianya berulang lagi.. i want the best for my children.. hampir 7.20 baru gerak nak ke sekolah.. hari pertama papa dia yg hantar.. aku uruskan si kecik..

Selepas hantar Fateh.. kami ke sekolah Amiera semula.. nak beli buku yang belum di beli sebab tak sampai lagi masa kami beli time cuti sekolah.. tapi masih ada sebuah buku lagi yg belum sampai.. haiiii... sykt mana yg dapat kontrak ni..

  
tahun ni Amiera telah dinaikkan ke kelas ke-2.. alhamdulillah.. satu cabaran baru utk Amiera..

kelihatan murid2 tahun 1 sedang mendengar taklimat guru.. teringat masa mula2 Amiera masuk tahun 1.. tahun ni ada 2 kelas ditambah.. dari 6 kelas ke 8 kelas kesemuanya.. masa zaman Amiera cuma 5 kelas sahaja... perghhhh.. semakin ramai student sekolah ni..

di dalam kelas.. she's very good.. pendiam.. tapi kat rumah.. hmmm.. kecoh! belajar rajin2 yer kakak..

Lepas selesai urusan Amiera.. kami gi sarap dan pasar.. beli apa2 yg patut.. so, tengahari tu aku masak peberet Amiera.. nasi ayam..


Petang pulaks kami hantar Amiera ke sekolah agama.. pastu kami dating ler tengok wayang.. kebetulan pulaks hari Rabu kan.. tiket pun murah.. memang sesuwaiii...


Kisah Fateh..

Budak kecik ni memang susah nak bangun pagi.. tapi aku ada cara nak memudahkannya.. nak kejutkan dia tu memang satu hal.. mandi apatah lagi.. mula2.. bagi dia minum susu dulu.. pastu gurau2 sampai celik mata dia.. baru ajak dia mandi.. tunjuk kat dia beg baru nak gi sekolah baru.. excited ler nak mandi kan..

Dah siap semua.. beg pakaian, beg sekolah (ada pencil box, colour pencil, botol air), beg berisi bedak+sikat+minyak+losyen, mandian buh dlm plastik jerk, tilam+bantal+selimut.. keperluan Fateh di CIC.. semuanya telah bernama..

Oh ya.. Fateh kena pakai kasut sekolah kaler putih ok! tak semua cawangan CIC yg arahkan memakai kasut putih.. jenuh jugaks masa kami dapat sms beberapa hari sebelum start sekolah.. nasib baik ada saiz kecik.. dahlah beli sepasang jerk.. harap2 tak hilanglah..

Alhamdulillah.. hari pertama persekolahan.. Fateh dah tak nanges.. mungkin dia dah kenal sekolah baru dia.. good boy..

semangat baru!

Yang aku suka kat CIC ni cikgu2 diorang sungguh ramah mesra.. tak lekang dengan ucapan salam dan terima kasih.. sampaikan aku nak menyampuk pun susah.. hahahhahaha... lagi satu peraturan yang parents dan pelawat kena alert.. tak dibenarkan masuk ke dalam ok!

Petangnya masa ambik Fateh.. cikgu bertanya tentang beg pakaian Fateh.. lorrr.. apa takde nya.. memang aku dah bawak sekali.. cikgu tak perasan nama kat beg.. lorrr.. sampai ke petang Fateh masih guna baju yang sama.. bila dah jumpa beg baru cikgu tukarkan.. sian Fateh.. berkali2 jugaks cikgu meminta maaf kat aku... yg aku peliksnya.. nape tak call kami.. kenapa masa nak ambik baru nak tanya.. confuse tul!

kebetulan belakang sekolah ada taman permainan.. memang suka sangat ler Fateh dapat main..

Sampai rumah.. baru aku perasan.. stokin takde, botol air takde.. hmmm.. takpe.. mungkin hari pertama sekolah.. macam2 perangai budak2.. cikgu tak boleh nak control.. its ok.. hari esoknya aku tanya.. ok semuanya ada..

Oklah.. itu saja kisah anak2 aku semasa hari pertama persekolahan.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekeliruan..

Untuk anak2 aku tersayang.. Amiera dan Fateh.. belajar rajin2.. be a smart student.. InsyaAllah.. masa depan kalian akan terjamin.. InsyaAllah..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty